Alif dan Luqman berjalan di tengah bandar negara Hawk,bandar yang mempunyai skill gunslinger tahap professional. Senjata api dijual tanpa sebarang masalah di merata tempat,Aurora serta Aila yang turut mengekori mereka hanya diam tanpa bersuara.Para penjual dan tuan kedai hanya memerhatikan dengan renungan yang menakutkan,Alif sekadar menghela nafas pendek kemudian meneruskan perjalanannya.
"Hey Lif,kenapa mereka pandang kita semacam?" soal Luqman sambil berbisik.
"Teruskan berjalan..." ujar Alif yang turut membalas dengan berbisik juga.
"Aku tak selesa..."
"Bukan kau sorang je..."
"Rasanya tak ada masalah,bukan ke skuad arahan uncle ada bersama kita.." jelas Aila sambil mencelah dengan berbisik.
Luqman mendongak ke atas bangunan,kelihatan Aria,Noir dan Milja bergerak umpama bayang tanpa dikesan oleh sesiapa. Luqman pula hanya mendesah apabila menyedari seseorang menahan jalan mereka,empat orang berdiri sambil tersenyum sinis dan Alif menoleh ke belakang. Tiga orang menghalang mereka untuk berpatah balik,Alif menggosok belakang kepala.
"Siapa kamu semua? Boleh ke tepi? Kamu semua menghalang jalan kami... " ujar Alif tidak selesa.
"Tidak jika kamu tidak mahu berikan dua orang wanita yang bersama kamu itu..." kata salah seorang lelaki dipercayai ketua mereka.
"Hah?" Aurora mengetap gigi,Aila sekadar mendiamkan diri.
"Penyamun...." kata Azryan.
"Maksud awak?" soal Aurora.
"Mereka penyamun yang jual perempuan untuk jadikan hamba seks... Tidak kira status asalkan cantik..." jelas Azryan.
"Mereka ni.. Memang nak cari nahas.." Luqman mula menunjukkan rasa amarahnya,Alif menghalangnya dan tersengih memandang lelaki itu.
"Oi.. Oi... Jika kamu nak melawak,ia tidak kelakar..." Alif berkata sambil tersenyum kelat.
"Kami tak melawak,dua orang wanita tu memang kami nak...." ujar orang itu lagi,dan rakannya yang lain gelak sinis.
"Macam tu,penyamun..." Luqman berkata tenang.
"Well,we're the gentleman... We asked nicely..." jelas ketua penyamun itu sinis.
"If we refuse...?" Alif menyoal.
"And we have take it by force..." jelas ketua penyamun itu menarik senjatanya,namun Ikhwan muncul mendarat selamba di hadapan Alif serta yang lain.
"Ha?" penyamun itu semua terkedu.
"Hey korang,apasal lambat sangat?" soal Ikhwan selamba.
"Maaf uncle,kami ada masalah sedikit.." jelas Luqman.
"Masalah?" soal Ikhwan kehairanan.
"HEY KAU!! BERANI KAU GANGGU KERJA KAMI?!" Jerkah ketua penyamun dan Ikhwan hanya terkejut sedikit,lalu menoleh ke arahnya.
"Ya? Ada apa-apa masalah?" soal Ikhwan tenang.
"Kau mengganggu kerja kami,pergi jika tidak mahu sakit...!!" kata salah seorang penyamun itu.
"Aku rasa korang yang kena pergi... Kau menghalang jalan kami..." ujar Ikhwan dan ketua penyamun mula hilang sabar.
"SEMUA TEMBAK MEREKA!! DUA ORANG GADIS ITU JANGAN!!" Ketua penyamun mula memberi arahan.
Para penyamun yang bersama dia,segera mengacu senapang dan senjata api. Suasana menjadi tegang dan para pekedai segera tutup kedai masing-masing,Ikhwan hanya dengan muka selamba dan menghela nafas pendek.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...