CHAPTER 110 : LUCIAN,GOD OF CALAMITY

689 85 14
                                    


DUUUSSH..!!

KRAKKK!!

Ozmandiyas mengeluarkan darah dari mulutnya,tulang rusuknya patah sebelum dia tercampak merempuh gunung bersalji. Alif menggenggam sekuat hati penumbuk sehingga menggigil,dia berdiri dalam keadaan menumbuk sebelum menurunkan tangannya.

Ozmandiyas melekat pada gunung sebelum jatuh meniarap,dia ditimbusi salji yang gugur dari dinding gunung. Ozmandiyas mengerang kesakitan dalam diam,kesakitan yang dirasai tidak terperi rasanya.

Dia menggigil kemudian menggigit bibir dan menjerit sebaik keluar dari timbusan salji,Alif dan Luqman serta Aminudden memerhatikan sahaja dari jauh. Alif hanya mendiamkan diri dan membalas renungan tajam daripada Ozmandiyas,suasana menjadi sunyi dan sepi seketika.

Ozmandiyas tidak berkata apa-apa kemudian memulihkan semula kecederaan yang dia alami,kemudian dia meluru semula ke arah Alif dengan amarah yang mendalam. Tumbukan dihayunkan sekuat hatinya,Alif turut membalas dengan tumbukan juga.

DUUUSSH!!

Gegaran kuat sebaik tumbukan mereka berlaga,kemudian situasi masa bagaikan dalam keadaan masa diperlahankan. Alif dan Ozmandiyas berbalas renungan,mereka meneruskan pertarungan.

Meteora kelihatan muncul tidak jauh dari situ,dia dalam keadaan cedera akibat dikalahkan oleh Farhan. Wild Gunz tidak bersamanya,dia tidak mampu meneruskan pertarungan lagi.

BRAKK!!

Alif dan Ozmandiyas kemudian berbalas sepakan,renungan mata mereka sekali berlaku dan masa turut bagaikan bertukar perlahan.

"Kenapa...." ujar Ozmandiyas.

DUSH!!

"Kenapa..." Ozmandiyas mengetap gigi tidak dapat membendungkan kemarahannya.

DUUUSSH!!

Ozmandiyas terpelanting berpusing dan terjatuh secara terseret,dek sepakan kaki Alif yang lebih pantas dan kuat. Ozmandiyas kembali bangkit,dia mengetap gigi dan kemudian menggigit bawah bibir.

"KENAPA MESTI KAU HALANG JALAN AKU?! AKU BENCIKAN DUNIA NI,IA MEMBERIKAN SENGSARA PADA AKU!!" Ozmandiyas menjerit sekuat hati.

"Oz..." Meteora berkata dalam keadaan cedera.

"Aku tidak tahu kesengsaraan kau..." ujar Alif dan Ozmandiyas kehairanan,sekelip mata dia terus berada di hadapan Ozmandiyas.

"Huh? K-kau..." ujar Ozmandiyas terkejut.

"Tapi..itu bukan alasan kau ingin libatkan nyawa YANG TIDAK BERDOSA!!!"

DUUUSSH!!!!

Alif menumbuk dengan cara menegak dan membuatkan Ozmandiyas,terpelanting ke udara berpusing-pusing tanpa henti. Alif muncul di mana Ozmandiyas berhenti atas udara,lantas memusingkan badannya menghentak Ozmandiyas menggunakan tumit kakinya.

KRAKKK!!!

KLONG...!!!

Alif tidak berhenti dan terus menghenyak tubuh Ozmandiyas yang terbenam pada tanah diliputi salji,akibat tindakan Alif Ozmandiyas semakin terbenam lebih ke dalam lagi.

Alif melompat secara berpusing dan mendarat jauh sedikit dari Ozmandiyas terbenam,dia hanya menunggu jika Ozmandiyas ingin bangkit semula. Ozmandiyas yang dalam keadaan terbenam,sambil menahan sakit dia termengah-mengah.

"Aku tidak boleh terima semua ni..." ujar Ozmandiyas tersekat-sekat suaranya,dia kembali ke bentuk normal.

Ozmandiyas mencakar tanah dengan kuat dan kemarahannya,mula memuncuk dan kebencian turut menebal. Pada saat dia mendengar suara halus,membisik kepadanya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now