Ikhwan hanya menghela nafas,dia tidak dapat menghalang mereka pergi. Kuasa mereka berdua terus lenyap,bagaikan suis enjin dimatikan. Hilang begitu sahaja dan dia menoleh ke arah Qatariz,lantas dia memapah 'kembarnya' bangun."Kau okay? Tak ada cedera yang serius?" soal Ikhwan.
"Yeah,thanks to you.. Aku okay.. Kalau tak berlubang-lubang badan aku..." jelas Qatariz berseloroh.
"Mana Mirana?"
"Aku minta dia kembali ke bangunan kedutaan negara Mentari di negara Hawk..aku tak nak dia tercedera sekali.."
"Patutnya kau bawa sekali,sebab Luiz lemah dengan serangan puak Hunimal.." ujar Ikhwan memeluk tubuh.
"Hah?! Mana la aku tahu.." ujar Qatariz mengangkat sebelah kening kiri.
"SIXTH!"
"Kamu bertiga ikut aku?" soal Ikhwan.
Ikhwan dan Qatariz terkejut dengan kehadiran Alif,Aurora serta Azryan. Ikhwan tidak menyangka yang Alif akan mengekorinya,dia menekup muka kemudian tersenyum.
"Maafkan kami,tapi kami risau.." jelas Alif.
"Tidak apa... Alif.." ujar Ikhwan nadanya serius.
"Ya?" jawab Alif.
"Ada benda yang aku nak bincangkan dengan kau..." jelas Ikhwan.
Pagi mula menjengah dan kelihatan Ikhwan bersiap-siap,dia perlu pulang semula ke negara Mentari. Ghost Squad juga mengikutnya pulang,dia dan Alisa berpandangan kemudian mengangguk serentak.
"Uncle dah nak gerak?" soal Intan disusuli Luqman dan Aminudden,Aila serta Alia dan Hikari juga bersama mereka.
"Yeah,korang semua bagaimana?" soal Ikhwan pula.
"Err... Macam mana bang?" soal Aminudden.
"Rasanya kita akan duduk di sini buat sementara waktu..." ujar Luqman.
"Nak melancong ya? Okay,anggaplah ini percutian bulan madu korang berlima.." kata Ikhwan tersenyum sinis.
"Err... Uncle..." Luqman dan Aminudden berkata serentak mendesah.
"Okay apa.. Layan la isteri korang baik-baik ya..." kata Ikhwan dengan penuh makna.
Aila,Alia dan Hikari terdiam malah mukanya memerah. Alisa pula sekadar menutup mulut,menahan ketawa manakala Intan hanya menghela nafas pendek.
"Kalau begitu,Intan ikut uncle la.." jelas Intan.
"Intan pasti?" soal Ikhwan.
"Ya... Lama sangat rasanya Intan di sini.." jelas Intan lagi dan Ikhwan sekadar mengusap kepala anak saudaranya.
"Okay kalau macam tu,ada baiknya kita gerak sekarang..." ujar Alisa mencelah.
Ikhwan mengangguk dan terus melangkah pergi,Luqman dan Aminudden berbalas pandangan. Mereka harus mengiringi bapa saudaranya,ke lapangan kapal terbang. Arjuma kelihatan berada di pintu hadapan bangunan kedutaan,bersama Alif serta Aurora dan Azryan. Tidak lupa Qatariz dan Mirana,mereka juga akan beredar sebaik Ikhwan berlepas pulang.
Lapangan Kapal Terbang
negara Hawk
0900 HrsKapal pesawat peribadi negara Mentari sudah siap-sedia untuk berlepas,Recca dan Felicia menunggu di pintu pesawat. Ahli skuad yang lain sudah berada di dalam berada di tempat duduk masing-masing. Arjuma mendaki tangga disusuli Intan,Alisa dan Ikhwan pula hanya melambai ke arah Alif serta yang lain.
Kapal pesawat tersebut berlepas tanpa sebarang masalah,hilang ditelan menaiki awan tebal sehingga ke langit. Luqman dan Aminudden berpandangan,kemudian mengangguk dan beredar bersama isteri mereka.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantezieDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...