Sebuah kota yang agak sibuk dengan orang awam yang lalu-lalang,kawasan kaki lima penuh dengan pejalan kaki kerana kawasan itu merupakan laluan utama bagi orang awam yang ingin pergi ke tempat kerja. Seluruh tempat di situ agak riuh-rendah dengan suara-suara pejalan kaki,seorang wanita berpakaian sut kerja serta skirt panjang,berdiri sambil bersandar pada dinding memerhatikan pejalan kaki.Rachel matanya melingas ke kanan dan ke kiri,seolah-olah mencari sasaran tetapi untuk apa?
Tidak lama kemudian menoleh ke arah kanan,dia terkejut apabila Alisa berdiri sambil merenungnya dengan air muka yang tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Rachel berundur beberapa langkah,sebelum dia terus beredar kerana merasakan Alisa memberi amaran bahaya kepadanya. Rachel mengintai ke belakang,dia terkejut kerana Alisa sudah lenyap dari pandangannya.
Rachel hanya mampu terkebil-kebil,kerana mana mungkin manusia hilang sekelip mata. Dia terasa dirinya sedang menjadi sasaran,lantas dia terus melangkah pergi dari kawasan tersebut. Pada masa yang sama di bangunan tinggi,dua orang sedang memerhatikannya secara senyap-senyap.
Rachel terus belok dan memasuki lorong gelap,sedar tindakan Rachel itu dengan segera salah satu dari dua pemerhati menekan alat perhubungan.
"Target sudah memasuki lorong gelap.." ujar Khaizo dan menoleh ke arah Farhan,kemudian Farhan mengangguk faham.
Rachel berjalan laju dan nafasnya mula termengah-mengah,dia merasa tidak selamat dan langkahnya terhenti di satu tempat apabila seseorang berpakaian hud di kepala berdiri di hadapan jalannya.
"Rachel Al'Aram?" soal orang berhud itu.
Rachel mengetap gigi kerisauan,dia berundur dua langkah ke belakang namun dibatalkan apabila sedar seseorang sedang berdiri di belakangnya. Rachel menoleh ke belakang,Qatariz berdiri sambil menyandar pada dinding lorong.
"Going somewhere miss?" soal Qatariz tersenyum sinis.
Rachel mendecih kemudian mendongak dan tersentak,kelihatan Farhan dan Khaizo berada di atas bangunan sambil merenung Rachel yang berada di bawah. Niat ingin melompat ke atas untuk selamatkan diri tidak berhasil.
"Siapa kamu semua?" soal Rachel.
"Rachel Al'Aram,awak akan ikut kami.." ujar lelaki berhud itu,sambil diturunkan hudnya dan wajah Ikhwan kelihatan.
Rachel yang asalnya terkejut akhirnya menghela nafas pendek,mukanya ditekup tersenyum kelat dan menghulurkan kedua tangan ke arah Ikhwan.
"Apahal kau ni?" soal Ikhwan kehairanan.
"Awak nak tahan saya bukan?" soal Rachel pula.
"That's bullshit,since when I did say that?" soal Ikhwan lagi.
"You wouldn't?" Rachel kehairanan kerana jika bukan nak menangkap dia,apa yang dia nak?
"Its about your sister,Rafaela The Great Wizard..." ujar Ikhwan dan Rachel kehairanan bagaiman orang asing di hadapannya,mengenali kakaknya?
Farhan dan Khaizo terus terjun,mereka mendarat di sebelah Ikhwan. Qatariz pula menghampiri mereka,Ikhwan tidak banyak soal dan memetik jari lalu portal terbuka di sebelah mereka. Rachel terkejut campur kagum kerana Ikhwan tidak melakukan bacaan magis,untuk membuka portal sebesar ini.
"Kamu masuk dulu Miss Rachel..." Ikhwan menghalakan tangan ke arah portal tersebut.
Rachel yang berdiam diri agak lama,dia menghela nafas pendek dan terus melangkah masuk ke dalam. Matanya dipejam dan dibuka,sebaik matanya dibuka alangkah terkejutnya dia kini berada di hadapan sebuah istana yang amat besar.
"Istana? Lambang tu... M-MENTARI?!"
Rachel berkata dengan terkejut dan berundur beberapa langkah,sehinggalah dia melanggar sesuatu dan sebaik sahaja menoleh. Reezal dengan mata tajam merenungnya,Rachel yang tergamam kemudian tersentak.
"KYA!!!!"
Reezal menekup kedua telinganya,Ikhwan pula muncul dari portal hanya selamba menyaksikan keadaan tersebut. Farhan dan Khaizo berpandangan,Qatariz pula menyusul kemudian muncul Fara dan Alisa.
"Ni apahal kau menjerit,miss Rachel...?" soal Ikhwan kehairanan sebaik sahaja menghampiri Rachel.
"I saw a demon...." ujar Rachel hampir menangis.
Ikhwan kehairanan dan menoleh ke arah Reezal,abangnya hanya sekadar mendecih sambil menyilangkan tangannya pada bawah dada. Ikhwan hanya menekup muka kemudian nafas dihelakan panjang,Rachel pula kehairanan dengan reaksi Ikhwan.
"That's my brother,he's human alright?" jelas Ikhwan dan Rachel terkebil-kebil kemudian sedar siapa Reezal.
"Maafkan saya!!" ujar Rachel sebaik bangun kemudian dia menundukkan kepala tanda memohon maaf.
"Demon?" soal Qatariz tersengih dan Reezal menjeling.
"Apahal?" soal Reezal dengan renungan menakutkan.
"Tak ada apa..." Qatariz menelan air liur.
"Miss Rachel,over here.." ujar Ikhwan menegur Rachel,gadis berambut merah jambu itu hanya mampu menurut sahaja.
Sepanjang perjalanan Rachel hanya mendiamkan diri,malah dia terkejut kerana Alisa ada bersama berjalan di sebelahnya. Dia toleh pula pada Fara,gadis berambut merah cerah itu sedar dia ditenung Rachel dan dia tersenyum.
"Saya terkejut..." ujar Rachel menoleh ke arah Ikhwan.
"Kenapa pula?" soal Ikhwan memandang ke arahnya.
"Saya bertemu dengan nama-nama besar dalam dunia pahlawan..." ujar Rachel lagi tersenyum tenang.
"Amien Khaizo The Gaia Dragon,Farhan The Sky Wizard Dragon dan juga Empress of Blizzard Alisa Darweez serta Crimson Beauty Fara Darweez..." jelas Rachel lagi memandang satu persatu pada nama orang yang disebut olehnya.
"Woo...hebat!" ujar Khaizo.
"Heh..." Farhan sekadar tersenyum.
"Waa...awak memang ada pengetahuan pasal dunia pahlawan juga ya?" Alisa berkata sambil tersenyum dan merapatkan kedua tapak tangannya.
"Ya dan Ikhwan Syah Al'Solleh,The Great Dragon King and Legacy of God..." sambung Rachel memandang ke arah Ikhwan.
Khaizo yang berjalan beriringan dengan Laura,tersengih manakala Farhan pula sekadar menghela nafas pendek. Fara hanya tersenyum sambil bernyanyi alunan muzik,Ikhwan pula hanya memejamkan mata kemudian menghela nafas pendek dan Alisa sekadar tersenyum simpul.
"You're quite knowledge about this huh?" ujar Ikhwan.
"Yeah..." balas Rachel tersenyum.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasiDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...