CHAPTER 46 : FATE IS A GOD SECRET

957 92 3
                                    

Pesawat hitam terbang sambil mengelak tembakan dari pihak musuh,Skull Wing dan mereka juga menyerang balas. Tetapi bukan mudah kerana Skull Wing turut menyerang mereka di kawasan udara dengan menggunakan jet drone,Azryan mengemudi kapal dengan kepakaran yang dia ada. Agnez dan Raisyah masing-masing berpaut,Rachel juga sama di bahagian berbeza.

"MEREKA TAK HABIS-HABIS!!" Azryan berkata sambil mengemudi kapal.

Serangan tembakan laser dari pihak musuh berterusan tanpa henti,pesawat hitam itu tidak mungkin boleh terus terbang kerana tenaga kuasa semakin berkurangan. Azryan mendesah dan memikirkan cara untuk menghapuskan musuh sekaligus,pada masa yang sama seseorang terapung di atas langit dengan kilat ungu pada tangannya mengangkat halakan ke arah awan.

"THUNDER BLADE..."

GRUUMM!

KZZT!!!!

Serangan kilat dari awan di atas langit,menyambar musuh yang menyerang Azryan dan lain. Azryan,Agnez dan Raisyah menyaksikan keadaan itu tanpa berkerdip kerana mereka terkejut. Siapa yang membantu mereka?

"Kilat ungu?" Ozmandiyas terkejut melihat daru skrin rahsia,sebelum skrinnya terus terpadam.

Luqman dari tempat tersembunyi tersenyum sinis,dia dan Aminudden berbalas renungan kemudian mengangguk dan Aminudden terus hilang daripada pandangan.

"Ada bantuan lain?!" Meteora mula cemas dan Mariana pula mendecih.

"Apa tindakan kau Oz?" soal Wild Gunz.

"Salah seorang daripada kamu bertiga,pergi bantu Rowan..." Ozmandiyas memberi arahan.

Alif yang sedang bertarung dengan Rowan terhenti,kerana melihat kilat yang tidak dikenalinya menyambar semua musuh berhampiran. Rowan juga tidak terkecuali dari tidak terkejut,dia mendecih dengan muka menjengkelkan dan mengukir bulatan pada tanah.

"ALIF HALANG DIA!!" Aurora tahu akan apa yang ingin dilakukan oleh Rowan.

Alif terus meluru ke arah Rowan dan terus cuba menghentamnya,namun gagal kerana ada pelindung yang melindungi Rowan. Malah ia pelindung yang amat kuat dan sukar untuk dihancurkan,Rowan tersengih dan corak magis gelap yang amat besar terbentuk di sekitar kawasan. Alif segera melompat ke belakang,menjauhkan dirinya dari tindakan Rowan

"Kuasa Kegelapan yang memberikan aku kekuatan...." Rowan mula membaca kata-kata keramat.

"Berikan aku kekuatan mengawal si mati yang terkorban,agar dapat ku hapuskan musuh dihadapanku...."

Seluruh kawasan bersinar dan tanah mula mereka serta bergegar seakan gempa bumi,Alif mendecih dan menggenggam erat tongkatnya serta bersiap sedia apa sahaja kemungkinan. Tangan hitam keluar menjengah dan Alif mengetap gigi terkejut,setiap tempat keluar benda yang sama dan makhluk itu seperti zombi.

"What? The world of apocalypse? Zombi everywhere? Seriously,author did you have to do this?" keluh Alif menahan geram.

"Alif,who do you talk to...?" soal Aurora kehairanan.

"Ah...forget it.." balas Alif.

Askar mayat hidup bangkit dan keluar dari rekahan tanah,membuatkan Alif seriau satu badan dan mayat hidup itu semua meluru ke arah mereka dengan berlari laju.

"Saat ni la terasa cam badan aku ada bulu!!" kata Alif menghentak askar zombi itu.

TANG!!

KRAANG!!

Rowan meluru ke arah Aurora dan senjata mereka berlaga,Alif tidak dapat membantu kerana askar mayat hidup itu semua menghalang jalannya. Aurora dan Rowan berbalas libasan senjata,percikan api terhasil setiap kali mereka bertembung senjata.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now