CHAPTER 133 : CAVERNSEEKER

699 84 13
                                    


Lijart dan Armin berdiri di satu tempat,mereka diarahkan mencari orb yang masih ada di sekitar bumi Mithgar. Pada masa yang sama juga,Zareena dan Luqman juga diarahkan oleh Ikhwan.

Luiz sudah memulakan langkah,masa semakin suntuk jika lambat dunia akan kucar-kacir. Khaizo pula turut menyertai digandingkan bersama Fasha,tiada masalah sebenarnya kerana mereka pernah berganding bahu sebelum ini.

Ikhwan pula bersama Farhan seperti biasa,Aminudden pula bergerak bersama Nazryn. Aminudden hanya menjeling ke arah kerana yang digendong,Nazryn kehairanan dengan jelingan Aminudden.

Luqman dan Zareena bergerak melompat dari dahan ke pokok,pindah ke dahan pokok yang lain.

"It's been a while right?" soal Zareena.

"What?" soal Luqman pula.

"We in tag team dummy.." jelas Zareena.

"Yeah.. It's been so long..."

"Right?"

Ikhwan dan Farhan berhenti di satu tempat,sebuah kawasan lautan yang penuh dengan ribut taufan. Seolah-olah tiada henti bagi ribut tersebut,dia dan Farhan berpandangan.

"Kau ada cara nak harungi lautan ni?" soal Farhan.

"Tengah fikir... Nak redah macam tu je memang tak boleh la..." ujar Ikhwan.

"Jangan cari nahas..."

"Memang tak..."

"Jadi bentuk naga?" cadang Farhan.

"Rasanya kau yang nak cari nahas.." ujar Ikhwan pula dan Farhan hanya tersengih.

"Jadi kau ada cadangan yang baik?" soal Farhan dan ketika Ikhwan cuba menjawab,bunyi jeritan yang amat kuat kedengaran.

Ikhwan dan Farhan terdiam serta aura yang mereka rasai,tidak salah lagi dan sesuatu yang mengerikan sedang bangun dari dasar laut.

"Something lurking from the deep ocean.." ujar Farhan.

"I guess we don't have a choice..." ujar Ikhwan dan rambutnya berubah menjadi kemerahan,Farhan pula rambutnya berubah menjadi putih.

Ikhwan dan Farhan berpandangan,mereka mengangguk,kemudian mereka terus terbang melalui kawasan bahaya tersebut.

The Deeply Ghost Sea,lautan yang penuh dengan roh-roh dari anak kapal yang karam. Lautan itu dikatakan larangan bagi pelayar kapal kecil,peratusan besar akan berlaku kematian jika mereka degil berlayar juga.

Namun kemaraan mereka dihalang oleh satu putaran puting beliung,Ikhwan dan Farhan mengelak kemudian menoleh ke satu arah. Merlin terapung dalam keadaan tangan dihalakan ke depan,di belakangnya pula ada Luiz.

"Aku tak boleh bagi kau halang jalan aku,Iskandar Successor..." Luiz berkata memberi amaran.

Ikhwan dan Farhan berpandangan dengan Luiz dan Merlin,dengan latar belakang penuh taufan serta ombak tidak stabil silih berganti. Seekor raksasa gergasi kelihatan dari belakang Luiz,Ikhwan dan Farhan mendecih kerana mereka sudah terlambat.

"Hentikan semuanya Luiz.. Kau dulu adalah salah seorang dari kami.. Kenapa kau tergamak nak hancurkan dunia ni?" soal Farhan.

"Aku tak perlu beritahu kamu..." ujar Luiz dengan muka tanpa emosi.

"Hentikannya Farhan..." ujar Ikhwan apabila Farhan cuba berkata untuk memujuk Luiz.

"Ikhwan?" soal Farhan kehairanan..

"Tiada kata-kata kau mampu sampai ke hati dia... Sekarang dia bukan lagi Luiz Morgan yang kita tahu sebelum ni.." jelas Ikhwan dan Farhan mendecih memejamkan mata,mereka berdua terus menghunuskan pedang masing-masing.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now