Zharief tergamam kerana Rollant berdiri di hadapannya,dia kehairanan kerana Rollant sepatutnya mati.Tapi kenapa?
Rollant tidak memberikan sebarang reaksi,dia hanya meluru ke arah Zharief dengan laju. Pedangnya dihayunkan dengan segera Zharief menyeru senjatanya,sebilah pedang jenis katana dan berwarna hitam mati.
KTANG!!!
"Ouhhh.. This suck!" kata Zharief.
Makhluk seruan umpama zombie yang diseru oleh Pluto,telah hancur begitu sahaja kerana Pluto mati dihapuskan oleh Luqman dan Aminudden. Namun Luiz telah menyeru tenteranya sendiri,menyerang bandar-bandar berdekatan.
Fara dan Hikari membantu orang awam berpindah,menyelamatkan yang terperangkap bersama skuad Ghost arahan Ikhwan. Neptune dan Utareed tersedar sesuatu,kepala masing-masing diusap dan menahan geram.
"Pluto dan Mercury..." ujar Utareed menggigil.
"Mereka telah tumpas..." jelas Neptune.
"Berani mereka...." Utareed mula marah dan dihalang oleh Neptune.
"Biar saya.." ujar Neptune dan mengangkat tangannya ke udara.
Fara yang sedang sibuk menyelamatkan orang awam,menyedari sesuatu dan mendongak ke langit. Matanya dibesarkan kerana sebuah meteor gergasi,lebih besar dari kota dia berada berada di atas langit.
Ahli skuad Ghost turut terkejut,melihat besarnya meteor tersebut. Farhan yang sedang bertahan,menyedari meteor tersebut yang berada di atas kota di mana Fara berada.
"Alamak! Fara..!" ujar Farhan cuba mara namun dihalang oleh Utareed yang muncul dengan tiba-tiba.
Farhan mendecih di hadapan Utareed,belakang pula The Dreary Hunter yang merenungnya. Utareed memegang pedangnya dan dihunus ke arah Farhan,aura jelas terasa amat kuat dari Utareed.
"Step aside..." ujar Farhan.
"If you can..." balas Utareed.
Farhan mula hilang sabar dan menghela nafas pendek,dia harus bersabar dan percayakan Zharief untuk pertahankan kota tersebut.
KRAANG..!!
"Sugar honey ice tea..." ujar Zharief selepas menolak Rollant ke belakang,kerana menyedari meteor tersebut.
Rollant kemudian bangkit dan ingin menyerang,namun Zharief melakukan tindakan. Lantai yang dipijak keluar 4 tiang setinggi pinggang,menyebabkan Rollant terhenti bergerak. Rantai keluar dari setiap tiang,lalu mengikat Rollant dengan ketat.
"Duduk diam-diam di situ..." ujar Zharief.
Pada masa yang sama juga,Neptune tersenyum dan menggerakkan tangan ke bawah. Meteor gergasi itu terus bergerak ke bawah,sedikit demi sedikit hampir merapati kota tersebut.
Zharief menembak berkali-kali dengan meriam yang baru diseru,berkali-kali namun langsung tidak menunjukkan sebarang kesan. Fara muncul di belakangnya,Zharief menoleh ke arahnya.
"Zharief!" Fara memanggilnya.
"Hey,kau boleh alihkannya?" soal Zharief dan Fara menggelengkan kepala.
"Sugar honey ice tea... Damn it!!" Zharief menembak berulang-kali dan Fara hanya mampu risau.
Neptune hanya ketawa kecil,Hikari tergamam dan ahli skuad Ghost tidak dapat membantu kerana di luar kuasa mereka. Ikhwan yang sedang berjalan di satu tempat,segera menghalakan tangan ke satu arah dan tersarung meriam naga.
"Abang?" Alisa kehairanan.
Tembakan yang begitu kuat umpama plasma laser,dilepaskan ke arah yang tidak pasti. Sekelip mata menghancurkan meteor gergasi yang ingin membenam kota di mana Zharief dan yang lain berada,Neptune tergamam dengan apa yang berlaku.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...