CHAPTER 70 : RAFAELA AL'ARAM

783 81 1
                                    


OZMANDIYAS berdiri di sebalik dinding kaca,dia memerhatikan balang-balang kaca yang berisi susuk tubuh misteri. Air mukanya serius tidak menunjukkan senyuman,Rowan dan Wild Gunz hanya memerhatikan dia tanpa berkata apa-apa.

Ozmandiyas tersentak apabila teringat keadaan dia dihentam teruk oleh Alif,dia menggigit bawah bibir dan memegang sebelah lengan. Tangannya dalam keadaan menggigil,memegang bawah dagu dan ditarik kulitnya sehingga tersiat.

Wajah Joker pula yang nampak,rupanya Joker menyamar sebagai Ozmandiyas untuk menakutkan Alif serta yang lain. Namun perancangan dia tidak terhasil,malah membuatkan Alif membangkitkan kuasanya.

"Nampaknya rancangan kau gagal..." satu suara menegur dan Joker menoleh ke arah suara tersebut,Ozmandiyas berdiri memeluk tubuh dengan pandangan yang tajam.

Wild Gunz dan Rowan sekadar menjadi penonton,Ozmandiyas pula hanya kekal berdiri merenung Joker tanpa bersuara. Joker pula hanya tersengih,kemudian dia ketawa dengan kuat sekali.

"Is he lost his mind?" soal Rowan.

"Just shut up..." ujar Wild Gunz.

Joker dan Ozmandiyas berbalas pandangan,mereka seperti bertempur dan Wild Gunz serta Rowan sudah bersedia dengans senjata masing-masing. Tidak lama lepas itu Joker hanya menghela nafas panjang,Ozmandiyas dan yang lain kehairanan.

"Aku malas nak keluarkan tenaga..." ujar Joker dan berpaling dari mereka lalu beredar.

Wild Gunz dan Rowan tergamam manakala Ozmandiyas sekadar mendiamkan diri,dia hanya memejamkan mata sambil nafas dihelakan dan beredar dari situ. Wild Gunz pula memerhatikan Ozmandiyas pergi sehingga hilang dari pandangan mata kasar,Rowan sekadar mendecih kemudian menyandar pada tepi tingkap.

"Dia tu gila!" kata Rowan geram dan dia maksudkan Joker,Wild Gunz tidak berkata apa-apa dan menghela nafas pendek.

Alif ditempatkan di sebuah bilik,dirinya masih tidak sedar dan dia bagaikan lena. Aurora hanya duduk di sisinya,sekali lagi Alif dalam keadaan seperti ini disebabkan dia.

Alif dalam keadaan seperti demam,mukanya berpeluh dan nafasnya tidak teratur. Aurora memaparkan air muka yang sayu,dia mengelap peluh yang ada.

"Alif,cepat sedar.. Saya rindukan senyuman awak.." kata Aurora sambil mengesat air peluh yang ada pada muka Alif.

Ikhwan hanya memerhatikan dari tingkap bilik,sambil ditemani Luqman dan Aminudden. Manakala Rachel juga turut sama ada,Alisa serta yang lain berada di bilik tamu.

"Apa kena dengan anak saudara kau Rachel? Dia langsung tidak sedarkan diri sejak berlawan dengan orang yang menyamar sebagai ketua Skull Wing.." kata Ikhwan dan Rachel kehairanan.

"Apa maksud uncle 'orang yang menyamar' tu?" soal Luqman.

"Lelaki yang berlawan dengan budak monyet tu,bukan Ozmandiyas yang sebenar..." jelas Ikhwan.

"Hebat!" Rachel berkata sambil tersengih.

"Lupakan yang tu,ada sesuatu yang tidak kena dengan Alif Haikal..." ujar Ikhwan.

"Apa yang lainnya?" soal Luqman.

"Nampak sama je.." kata Aminudden.

"Jadi beritahu uncle,kenapa Alif tidak sedar-sedar lagi dari tadi?" soal Ikhwan dan dua beradik itu terdiam dengan renungan mata bapa saudaranya.

"Bertenang Raja Naga.. Saya tahu sebabnya.." Rachel mencelah dan Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Ia kerana kuasa Golden Light menjadi liar..." jelas Rachel dengan tenang,Ikhwan terkejut dan Luqman serta Aminudden kehairanan.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now