CHAPTER 56 : CONSIDER THIS IS A WARNING

921 106 12
                                    


Alif menggeliat panjang dan dilepaskan helaan panjang,Luqman pula hanya duduk di dalam kapal sambil membaca buku novel. Aila pula sekadar memasak di dapur khas yang disediakan dalam kapal tersebut,Noir dan Aria hanya membina istana pasir. Alif yang memerhatikan mereka berdua dengan muka tidak percaya,bagaikan melihat seekor arnab dan serigala bermain pasir.

"Mereka separuh manusia..." ujar Aurora.

"Yeah... Tak sangka mereka masih wujud lagi..." ujar Alif pula.

"Awak tak pernah jumpa ke?" soal Aurora.

"Jumpa,tapi untuk yang elit...belum sehingga hari ini..." jelas Alif pula.

"Ada perbezaan ke?" Aurora menyoal.

"Ya.. Mereka ada dua kelas.. Pertama Pure-class dan kedua Demi-class... Pure adalah ibu bapa mereka Hunimal sepenuhnya... Demi adalah sebaliknya,ibu atau bapa mereka manusia atau Hunimal..." kata Alif sambil menyilangkan tangan pada atas dadanya.

"Awak memang berpengetahuan..." puji Aurora.

"Saya dah lama merantau,jadi saya tahu la serba sedikit mengenai mereka..." jelas Alif dan Aurora mengangguk faham.

"Awak nak ke mana?" soal Azryan sebaik menyedari Raisyah berjalan laju ingin menuju ke arah pintu utama pesawat.

"Kita berpisah di sini...." jawab Raisyah.

"Huh?" Azryan kehairanan.

"Saya minta diri..."

"Adakah kita akan bertemu lagi?"

Raisyah tidak berkata apa-apa hanya sekadar tersenyum kelat,dia terus pergi dan lenyap daripada pandangan Azryan. Milja yang sedang duduk di bawah pesawat menyedari Raisyah pergi,dia bangun dan lenyap setelah memberikan pesanan.

Luqman juga menyedari kehadiran Raisyah lenyap,dia sekadar menutup buku novel dan simpan ke dalam rak. Aila pula menjeling ke luar tingkap kapal itu,Noir dan Aria pula hanya berbalas pandangan kemudian hanya mengangguk tanda membiarkan Milja sahaja yang menguruskannya kali ini.

"Eh,mana Raisyah?" soal Alif sebaik memasuki satu bilik bersama Aurora,kerana menyedari Azryan berseorangan.

"Dia kata tak join dah lepas ni..." jelas Azryan meletakkan telefon pintar miliknya.

"Ha? Apa?" Alif terkejut.

Raisyah mendarat tidak jauh di hadapan sebuah kota,dua orang pahlawan menyedari kehadiran Raisyah dan menunduk hormat sambil memberi gaya tabik hormat negara itu. Milja tiba dan mendarat pada dahan pokok gergasi,dia melihat lambang pada kota itu.

"Hawk Nation...." Milja berkata lembut.

Milja berdiri dan menghela nafas pendek,dia mengaktifkan teknik stealth iaitu halimunan. Milja terus menyusup masuk melepasi pahlawan yang berkawal,dua pahlawan itu kehairanan kerana seperti merasakan ada orang masuk tetapi tidak kelihatan.

"Apa tu?" soal pahlawan di sebelah kiri.

"Tikus agaknya..." jelas rakan setugas pula.

Milja bergerak bagaikan bayang,tiada siapa menyedari kehadirannya. Dia seakan halimunan pada semua orang di kota itu,Milja memandang Raisyah yang berjalan sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Seolah-olah dia seakan berjaga-jaga mengenai sesuatu,Milja terus menyusup ke dalam bangunan yang dimasuki oleh Raisyah.

Milja bertenggek di atas palang atas bangunan,dia memerhatikan Raisyah melangkah ke arah tempat dipanggil kaunter bartender. Raisyah menuju ke arah seseorang bertopi ala koboi,rokok cerut di mulut kemudian lelaki itu menghembus lembut asap keluar dari mulutnya.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now