Alif berdiri membelakangkan Aurora,gadis blonde itu terkejut dengan tindakan Alif. Wanita nampak matang dipanggil Rachel hanya tersenyum seribu satu muslihat,Alif mengesan beberapa orang sedang bersembunyi dan dipercayai bersama Rachel.
"5...tak 10 orang yang bersembunyi?" Alif menduga dan Rachel terkejut kemudian ketawa kecil.
"Boleh tahan budak,kamu bukan sembarangan orang...Basil memang memandang tinggi pada kau..." ujar Rachel dan Alif hanya menghela nafas pendek,sebelum menyeru tongkat dan melibas muka penyerang hendap dari udara.
"Ha..apa yang kau nak huh?" soal Alif kembali memandang ke arah Rachel.
Rachel kemudian ketawa teruja,Aurora memegang lengan Alif dengan perasaan yang risau. Alif hanya kehairanan dengan sikap Aurora,kemudian kelihatan beberapa orang berpakaian ala ninja di sekitar bangunan.
"Alamak..." ujar Alif mula risau.
"Kita kena larikan diri Alif!" kata Aurora memegang erat lengan Alif.
"Kenapa ni Aurora? Apa yang berlaku?" soal Alif dan Aurora mengetap gigi,Rachel hanya ketawa kemudian kembali serius.
"Tak.. Tak,kau tidak akan ke mana-mana Aurora..kau akan ikut aku dan lelaki tu pula akan mati kejap lagi.." ujar Rachel angkuh dan Alif menghela nafas pendek.
"Oi... Oi..sedapnya cakap aku ni akan mati bila...sedap betul mulut kau ya? Ada insuran tak? Tinggi bayaran dia?" soal Alif mula geram memandang ke arah Rachel.
Rachel menghalakan tangan ke arah Alif,rantai berwarna hitam muncul keluar dari bawah tanah mengikat Alif dan Aurora. Mereka berdua terkejut dengan keadaan itu,malahan mereka tidak mampu bergerak seinci sekalipun. Sedang Alif berusaha untuk melepaskan diri,Rachel dengan pantas sudah berada di hadapannya sambil mengangkat sabit untuk dihayunkan.
"Sorry kid,you must die!" ujar Rachel terus melibas,Alif mendecih kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
"ALIF!" Aurora menjerit sekuat hati,Alif tersenyum sinis.
"Apa?" Rachel merasai sesuatu.
Satu tekanan daya kuasa terhasil dari Alif,menyebabkan Rachel tercampak semula ke belakang. Aura emas mula menyelubungi tubuh Alif,Rachel menyedari dan kenal aura emas itu.
"Golden Light? Why? How come that lights with this kid?!" soal Rachel dan Alif dengan pantas sudah berada di hadapan dia.
"Pantas urgh!!" Rachel tercampak lagi dan pengikutnya yang lain meluru ke arah Aurora.
Aurora memegang lembingnya dan melibas sekuat hati,matanya berubah warna merah cerah. Menumpaskan beberapa musuh dan Rachel diasak oleh Alif,rambut merah Alif berubah warna kepada keemasan.
"Bagaimana kuasa ni ada pada kau ha?!" soal Rachel tidak puas hati.
"Mana aku tahu,ia sudah bersama aku sejak lahir.." kata Alif berbalas tangkisan tongkat dengan pedang Rachel.
PAKK!!
TAKK!!
TANG!!
"Macam tu rupanya.." ujar Rachel sebaik menjarakkan dirinya,Alif memusingkan tongkatnya dan bersinar keemasan.
Alif membesarkan tongkat sebesar pemeluk,lalu dia ingin hayun pada Rachel. Namun wanita itu memetik jari,lalu beberapa pengikut yang berlawan dengan Aurora berundur dan hilang dari pandangan.
"Nampaknya kau anak kepada Rafaela,how nostalgic.." ujar Rachel sebelum lenyap dari pandangan.
"How she know my mother's name?" Alif tersentak dan Aurora menghampirinya.
"Aurora siapa Rachel ni?" soal Alif dan Aurora hanya menghela nafas pendek.
"Dia adalah salah satu Alter Archangel juga,cuma jarang nampak dia turun padang..." ujar Aurora terpaksa memberitahu.
"Jadi awak memang mengaku diri awak adalah kumpulan pembunuh?" soal Alif dan Aurora mengangguk sahaja,dia mula terasa bersalah.
"Ha...tak sangka saya mengembara bersama naga dan pembunuh....apa la nasib..." kata Alif.
"Maaf Alif,saya mengaku...tapi saya bukan macam tu lagi..." ujar Aurora menundukkan kepalanya,dia tidak berani memandang wajah Alif.
"Aurora..." Alif memandang Aurora dengan riak muka simpati.
"Pandang wajah saya bila kita sedang bercakap Aurora..." ujar Alif dan perlahan-lahan Aurora mengangkat kepala memandang pemuda itu.
"Dah...jom balik ke kapal..." kata Alif lagi dan beredar,Aurora terkesima kerana tindakan pemuda itu lagi.
"Awak pasti? Saya pembunuh.." soal Aurora dan langkah Alif terhenti,dan Aurora menunggu kata-kata balasan daripada Alif.
"Ya,awak pembunuh..." ujar Alif dan Aurora tertunduk kerana kata-kata Alif.
"Setiap orang lakukan kesalahan bukan Aurora?" ujar Alif dan Aurora kembali mengangkat kepala,dia memandang belakang Alif sekali lagi.
"Saya bukan malaikat Aurora,saya tak boleh nak hukum seseorang..." ujar Alif tersenyum kelat sambil menoleh ke arah Aurora.
"Alif..." Aurora memandang Alif dengan mata berkaca.
"Sudah,cepat..diorang dah tunggu kita nak berlepas ni..." ujar Alif segera meneruskan langkahnya,Aurora tergamam sebelum mengemam mulutnya.
"BAIK!" Aurora berkata terharu dan berjalan beriringan Alif,dia menjengah memandang tepi Alif.
"A-apa?" soal Alif kehairanan.
"Sometimes you really kinds..." ujar Aurora.
"S-shut up! Just walk.." kata Alif menoleh ke arah lain.
Pada masa yang sama Rachel memerhatikan dari atas bangunan yang berhampiran,dia tersenyum memandang ke arah Alif dan mengesat air mata yang mengalir.
"Rafaela,I have found your son..."
Ikhwan yang di dalam kapal,duduk sambil memeriksa dokumen sedar sesuatu dari profil Alif. Farhan turut menyedari perubahan air muka Ikhwan,Alisa dan Fara sudah lena di dalam bilik khas.
"What's up? Something news?" soal Farhan.
"You know about Rafaela Al'Aram?" soal Ikhwan dan Farhan mengangguk.
"Yeah The Great Mage..what about her?" soal Farhan.
"She's Alif biological mother,and The Golden Light we seek is inside that child..." jelas Ikhwan lagi dan Farhan terkejut.
RACHEL AL'ARAM
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasíaDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...