BOOMM!!!KRAANG.....!!!
DEGUUMMM!!!
Luqman sambil mendukung Zareena melompat serta mengelak serangan makhluk hitam itu,Armin pula telah berjaya melarikan diri.
"Man! That creature really something!!" ujar Luqman mengeluh.
"Luqman!! Put me down! I know to take care myself!!" kata Zareena mula segan.
"Nope! That thing is really fast.. Almost as fast like me..!!" jelas Luqman.
Makhluk itu memecut ke arah mereka dengan laju,berlari seperti binatang yang paling laju. Luqman mendecih kemudian seluruh tubuhnya,diselubungi kilat dan Zareena kehairanan sebelum terasa dia bergerak dalam kelajuan yang luar biasa.
Sekelip mata Luqman muncul di hadapan Ikhwan dan Farhan berada,mereka berdua sedang dalam perjalanan ke arah mereka.
"Luqman?" soal Farhan dan Ikhwan pula hanya berlagak tenang.
"Uncle!" Zareena berkata.
"Akak tunggu dengan uncle di sini..." ujar Luqman tersenyum dan Zareena terkejut.
"Kamu gila ke? Biarkan uncle Ikhwan yang uruskan!" Zareena mula risau.
"Ada yang tidak kena?" soal Ikhwan dan Zareena memandangnya.
"Sebenarnya..." Zareena membuka cerita dan Luqman hanya diam.
Zareena menjelaskan apa yang berlaku,dia mulakan dari permulaan cerita. Semasa mereka bertemu dengan Lijart dan Armin sehingga Lijart menjadi makhluk yang tidak dikenali.
"Macam tu..." ujar Ikhwan mengangguk.
"Kau nak uruskan ke?" soal Farhan.
"Nah.. Aku rasa Luqman tiada masalah nak uruskan benda macam tu..." jelas Ikhwan tersengih.
"Uncle?!" Zareena terkejut dengan kata-kata Ikhwan.
"Luqman,boleh kau uruskan?" soal Ikhwan memandang ke arah Luqman.
Luqman yang mulanya dengan muka serius,kemudian tersengih licik dan Farhan menekup muka. Zareena pula memandang ke arah bapa saudaranya,kemudian memandang ke arah adiknya pula. Luqman terus hilang sekelip mata,Zareena tidak sempat menahan Luqman.
"Uncle! Ia bahaya!" Zareena berkata ke arah Ikhwan dengan geram.
"Kau ingat adik kamu tu lemah ke?" soal Ikhwan.
"Saya tahu Luqman di bawah ajaran uncle,tapi ada hadnya!" kata Zareena merenung ke arah Ikhwan.
"Apa yang buatkan kau pasti Luqman boleh tewaskan benda tu?" soal Farhan.
"Gerak hati..." jelas Ikhwan tersenyum.
"Apa?" Zareena tercengang dan Farhan menekup muka.
Luqman muncul dan menyepak perut makhluk aneh itu,akibatnya dia terseret ke belakang dan menghentikan benda itu dari terus mara. Luqman meregangkan otot lehernya,kemudian kedua-dua penumbuk pula.
"Sebabkan dia besar.. Apa kata kita menjadi besar juga..? Apa kata kau Avalon?" soal Luqman.
"Apa sahaja yang kau mahukan budak.." ujar Avalon,rakan seperjuangan Luqman.
Sebaik mendengar persetujuan Avalon,Luqman tersenyum dan kuasanya ditumpukan dengan segera.
"SYNCHRONISED!!!" serentak Luqman dan Avalon berkata-kata.
Luqman bersinar dan Aminudden terkejut menoleh ke satu arah,Zareena terkejut dengan apa yang dia rasai. Farhan hanya mendiamkan diri,Ikhwan hanya tersengih sahaja sebaik merasai kuasa itu.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...