CHAPTER 8 : ENEMY APPROACH

1.1K 106 7
                                    


Alif hanya mendiamkan diri sepanjang masa di dalam kapal pesawat,Aizat awal-awal lagi sudah beredar kerana ada urusan perlu diuruskan. Agnez pula telah lena diulit mimpi dan Azryan pula sudah tentu sedang mengemudi kapal,sebaik sahaja serangan daripada lelaki bernama Basil itu mereka mengambil keputusan untuk tinggalkan negara tersebut.

Aurora juga sama dia tidak berani berkata apa-apa dan menundukkan kepala,Alif sedar akan reaksi Aurora yang berlainan namun dia lebih suka mendiamkan diri. Dia mendongak ke atas dan mengingati kembali kata-kata lelaki itu.

Nasib kau akan menjadi malang kerana melindungi pengkhianat itu....

Alif malas ingin berfikir panjang jadi dia memejamkan mata,akhirnya lena dibuai mimpi tanpa halangan dan pada masa yang sama di negara Fruit. Ikhwan dan Aminudden memerhatikan keadaan kerosakan hutan,Ikhwan ketika itu hanya singgah sebentar untuk mencari buah-buahan bermutu namun lain pula jadinya.

"Kerja siapa pula la ni...." Ujar Ikhwan menghela nafas pendek.

"Bukan ke negara ini melarang pertarungan luar?" soal Aminudden.

Ikhwan tidak berkata apa-apa dan mengaktifkan tekniknya,suasana menjadi berlainan dan Aminudden kelihatan bersahaja seperti sudah biasa dengan keadaan itu. Sedikit demi sedikit bayangan dua orang melompat masuk ke dalam hutan kelihatan,Aminudden terkejut melihat salah seorang yang sedang bertarung.

"Alif?" soal Aminudden.

"Heh..." Ikhwan sekadar tersenyum sinis.

Ikhwan mendepakan tangannya ke hadapan dan keadaan hutan bersinar,lalu setiap pokok yang tumbang kembali bangun seakan tiada apa yang berlaku. Hutan kembali pulih sedia kala dengan kuasa milik Ikhwan,Aminudden menyedari seseorang datang dan dia adalah bendahara negara Fruit.

"Tuan putera....terima kasih..." ujar bendahara itu.

"No need to thanks...." Ujar Ikhwan pula menoleh ke arah bendahara itu sambil tersenyum,Aminudden hanya menghela nafas pendek tahu akan apa yang bermain di kepala bapa saudaranya.

"Kami cuma nak bekalan buah-buahan bermutu,dan juga percuma...." Ujar Ikhwan lagi dengan selamba.

"Err....." bendahara itu tersengih mendengar permintaan.

"Tak boleh ke?" soal Ikhwan.

"Bukan tak boleh tuanku,tapi...."

"Ouh macam tu saya buatkan hutan ni jadi macam tadi...."

"Err......"

"The choice is in your hand...." Ujar Ikhwan selamba sambil tersenyum licik.

"Dah agak dah....." Aminudden berkata sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Am....follow uncle..." ujar Ikhwan.

"Ke mana uncle?" soal Aminudden ingin tahu.

"Kejar budak Alif tu la..."

"Eh?"

Pesawat hitam bergerak meluncur laju merempuh awan putih,Alif dan Agnez masih tidur lena manakala Aurora masih berjaga memerhatikan luar tingkap. Alif membuka sebelah mata dan Azryan menyedari sesuatu di radar,objek yang banyak seperti sedang mengekori mereka. Alif lantas bangun dari duduknya dan Aurora terkejut,mereka berdua berpandangan kemudian Alif memandang ke satu arah belakang kapal.

"W-what wrong?" soal Aurora.

"Orang yang buru kau datang lagi..." jawab Alif selamba beredar dan Aurora terdiam mendengar jawapan dari pemuda itu.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now