Mata yang dipejam rapat,mula dibuka dan V terkejut dengan keadaan sekitar. Putih bagaikan kesucian yang tidak terusik,V memandang ke kanan. Ikhwan berdiri tenang dan melihat sfera hitam keunguan yang di dalamnya,seorag gadis berambut hitam yang tidak sedarkan diri."Apa yang berlaku?" soal V memandang kiri dan kanan.
Ikhwan melangkah ke hadapan,menghalakan tangannya ke arah sfera hitam itu. Namun bagaikan ada halangan perisai tidak dapat dilihat,Ikhwan hanya menghela nafas pendek lalu terus ditekan tangannya masuk ke dalam sfera tersebut.
"Persistent... Think this thing can stop me?"
Anak mata Ikhwan bersinar warna kebiruan,V tersentak dan sebaik digenggam penumbuk. Sfera tersebut terus hancur bagaikan kaca yang berderai,gadis yang berada dalam didakap oleh Ikhwan. Gadis tersebut membuka kelopak matanya,dia memandang orang yang mendakapnya.
"Un-uncle? Uncle Ikhwan?" soal gadis itu atau Zareena Al'Reezal.
"Hello sweetheart... Good morning..." ujar Ikhwan tersenyum.
Zareena tergamam dan matanya berkaca lalu memeluk Ikhwan dengan erat,V hanya memerhatikan sahaja keadaan tersebut dan mendiamkan diri.
"It's been 10 years..." ujar V sendirian.
Z yang sedang duduk sambil menikmati minuman teh,tidak lama kristal di hadapan mereka merekah. Sarah lantas bangun dan Z hanya memerhati kristal itu sahaja,tidak lama lepas itu dengan mengejut kristal tersebut terus meletup.
Z segera bangkit dan Sarah turut membuat langkah berjaga-jaga,Ikhwan muncul sambil mendukung Zareena bersama V yang dalam keadaan lemah.
"Ikhwan!" ujar Z terkejut.
"Z,katil kalau kau tak kisah..." ujar Ikhwan.
"Sure... Why not..." ujar Z menyeluk tangan ke dalam dimensi,lalu menarik keluar katil bujang.
"Thanks..." ujar Ikhwan membaringkan Zareena pada katil tersebut.
"Kau nak pergi mana?" soal Z apabila Ikhwan beredar.
"Supermarket.." jawab Ikhwan selamba.
"Eh?" Serentak mereka kehairanan.
"Kau loli... Ikut aku.." ujar Ikhwan menuding ke arah V.
"Hey don't call me loli...!" V mengikut Ikhwan dengan merungut.
Z dan Sarah memerhatikan Ikhwan beredar diekori V,sambil gadis kecil itu sedang merungut pada Ikhwan mengenai panggilannya.
"Saya tak pernah bersua dengan Raja Naga,tapi tak sangka personaliti dia begitu menarik..." ujar Sarah tersengih.
"Awak kata macam tu menarik? Sesuatu terhentak pada kepala awak?" soal Z terkejut.
Sebuah pasaraya dalam satu negara,Ikhwan dan V melangkah masuk ke kawasan barang mentah. Dia membelek bahan-bahan masakan,V hanya sekadar mengekori tanpa berkata apa-apa.
"Kau tak mahu beli apa-apa? Barang sini boleh tahan murah..." ujar Ikhwan masih membelek barang jualan.
"Ia bukan masalah awak..." kata V merungut.
"Hey loli.. Aku nak tanya satu benda.." ujar Ikhwan.
"Saya bukan loli!" V melakukan protes.
"Apa-apa sahaja... Aku nak tanya,kenapa kau sanggup selamatkan anak saudara aku?" soal Ikhwan dan V terdiam.
"Kenapa awak tanya?" soal V pula.
"Tiada apa yang menarik,aku tidak percaya seseorang yang menjaga Realm of Time-Lost.. Menyelamatkan seorang gadis manusia..." jelas Ikhwan dan menoleh ke arah V.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasíaDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...