Ikhwan dan Alisa sudah pulang semula ke negara Mentari,Qatariz dan Mirana pula masih di negara Sakura. Alif pula sama juga berada di negara Sakura,Azryan pula bersama Raisyah awal-awal lagi hilang waktu isyak.Alif bersama Rachel dan Aurora berjalan menuju ke pintu gerbang festival,malam ini bermula minggu festival perayaan di negara Sakura. Aurora begitu mempersonakan memakai kimono begitu juga Rachel,mereka berdua menjadi tatapan semua lelaki di dalam festival tersebut.
Ada yang cuba menegur namun sebaik sedar renungam tajam daripada Alif,mereka membatalkan niat masing-masing. Rachel hanya ketawa kecil sambil mengusap kepala Alif,Aurora pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
"Someone jealous...." ujar Rachel.
"Yeah,I don't wanna any men approach my auntie...and my lover..." kata Alif jujur dan Rachel tersengih,Aurora merah padam mukanya.
"Mereka rayakan Festival apa eh?" soal Mirana turut dengan pakaian kimono.
"Kalau tak silap festival perayaan bulan,untuk menghormati dewi Kaguya iaitu dewi bulan..." jawab Rachel dan Qatariz yang berpakaian formal mengangguk sahaja.
Alif yang memerhatikan Aurora secara senyap,tersenyum melihat Aurora yang berbual mesra dengan Rachel. Sedang dia tersenyum sendirian,dia terserempak dengan satu pasangan yang sedang bertekak. Atau lebih tepat perempuannya berleter,berambut putih vanilla dan matanya berwarna biru laut. Si lelaki pula berambut hitam,matanya berwarna emas dengan mukanya selamba mendengar leteran perempuan.
"Oi Alif,kau nak mengelamun berapa lama lagi? Festival dah lama bermula..." ujar Qatariz melaung dari jauh.
"One second!" balas Alif dan berlari ke arah mereka,Aurora dengan mukanya merona merah tersenyum.
Si lelaki yang diperhatikan oleh Alif,menoleh ke belakang dengan pandangan penuh makna. Si perempuan pula kehairanan melihat reaksi si lelaki dan turut menoleh ke belakang.
"Hafez? Siapa yang awak tengok?" soal si perempuan dan si lelaki bernama Hafez itu sekadar tersenyum kelat.
"Tiada siapa... Erica,awak nak cari kedai senjata bukan?" soal Hafez pada si perempuan bernama Erica itu.
Perempuan berambut putih campur vanilla itu mengetuk tapak tangannya,tanda dia teringatkan urusannya lalu terus berjalan laju. Lelaki berambut itu pula menggeleng kepala,kemudian mengekori gadis tersebut.
Siapakah mereka?
Pada masa yang sama pula,Ikhwan yang berada di dalam jet peribadi menyemak senarai nama. Dia menoleh ke arah Alisa yang lena,sekadar tersenyum dan menarik menyelimuti isterinya. Ikhwan kembali memeriksa senarai nama,dia tersenyum pada satu nama.
HAFEZ AL'AZHAM
THE ELITE KNIGHTIkhwan menyandar pada kusyen kerusi kapal,nafas dihelakan pendek kemudian menoleh ke luar tingkap. Awan tebal memenuhi ruang udara,dia sekadar tersenyum.
"I hope you doing just fine,Hafez..." ujarnya sendirian sebelum menurunkan penutup tingkap.
Alif memerhatikan gula-gula epal,dia menoleh dan terkejut apabila melihat reaksi Aurora pada gula-gula tersebut. Matanya bersinar-sinar sambil menelan air liur,Rachel pula sedang berbual dengan Mirana. Qatariz pula sedang menembak untuk dapatkan hadiah,setiap tembakan mengena dan itu menyedihkan tauke gerai mainan.
"Tauke,kasi satu..." kata Alif meletakkan duit syiling.
Tauke gerai itu mengangguk dan menghulurkan gula-gula epal pada Alif,Aurora terpinga-pinga dengan tindakan Alif yang sedang tersenyum ke arahnya. Alif menghulurkan gula-gula itu pada gadis blonde tersebut,Aurora terkedu dengan tindakan Alif.
"Err?...." Aurora hanya mampu tersengih ragu-ragu.
TASS!!!
Satu patung arnab jatuh di lantai gerai,Raisyah menarik laras senapang mainan dan bergaya dengan memakai cermin mata hitam. Agnez dan Rachel memerhatikan dari jauh,Azryan muncul di sebelah Alif dan dia mengangkat kening pada Alif.
"Kau mana pergi? Awal menghilang..?" soal Alif.
"Tak ada ke mana,temankan Raisyah beli baju yukata..." balas pemuda rambut putih itu.
Sebaik mendengar jawapan Azryan dengan serta-merta Alif membuat sinis,Aurora hanya memerhatikan sahaja dan Azryan sedar akan fikiran rakannya. Azryan membuat muka blur dan nafas pendek dihelakan,Alif masih muka menjengkelkan.
"Aku cuma temankan,tak sangkut pada fikiran kotor kau tu!" kata Azryan bengang.
"Eh? Aku tak cakap apa-apa pun.." kata Alif selamba.
"Aku rasa nak sepak je muka monyet ko tu...." balas Azryan.
"Come on bro..." ujar Alif menggamit tapak tangannya.
"Hey guys,kalau nak bergaduh tempat lain boleh? Kami nak menikmati festival..." Mirana mencelah dengan muka serius,Alif mendecih dan Azryan mengangkat tangan tanda mengaku kalah.
Qatariz sekadar tersengih melihat gelagat mereka dan dia menoleh ke satu arah,sekadar menghela nafas pendek kemudian berjalan ke arah Alif dan yang lain. Festival perayaan itu berjalan dengan meriah,beberapa askar negara Sakura berkawal dan memberi layanan pada rakyat negara Sakura serta pelancong.
PRANG!!!
Bola boling tumbang kesemuanya dan Raisyah melompat girang,Alif sempat menjeling ke arah dada Raisyah yang bergoyang. Alif sedar bahunya dicuit lalu sebaik ditoleh,kedua matanya dicucuk oleh Aurora yang mukanya selamba.
"SAKIT!!" Jerit Alif berguling di tanah,Aurora menyilangkan tangan memerhatikan reaksi Alif.
Mereka semua bersama menikmati kemeriahan festival di negara Sakura,permainan damak kemudian memanah dan juga menembak patung mainan. Permainan dan gerai makanan bermacam-macam jenis ada,tidak puas kalau hanya satu hari sahaja dinikmati. Akira dan Himiko menyaksikan gelagat mereka dengan senyuman serta gelengan kepala,Akira sedar telefon pintarnya berbunyi dan apabila diperiksa.
"Kerja buat betul-betul,kalau tak aku bakar kau hidup-hidup"
~ ShisouAkira hanya mampu menelan air liur dan menoleh ke arah adiknya,Himiko yang menekup mulut tanda terkejut kerana mesej ugutan Ikhwan.
Satu sudut gelap seseorang bertopi ala koboi,memerhatikan Alif dan yang lain dengan renungan penuh mencurigakan. Aurora yang sedang berbual mesra dengan Rachel,terhenti dan terus memusingkan kepala serta menoleh ke arah di mana lelaki itu berada. Namun lelaki misteri itu hilang dari pandangan,Aurora hanya memerhatikan tempat itu kerana dia merasai aura yang mencurigakan.
"Aurora? Kenapa ni?" soal Rachel kehairanan.
"Ada orang perhatikan kita..." ujar Aurora.
"Apa?" Rachel terkejut dan memandang sekeliling kawasan festival itu.
"Tak nampak apa-apa yang mencurigakan..." jelas Rachel.
"Sebab dia sembunyikan aura dia..." kata Qatariz sebaik menghampiri mereka berdua.
"Skull Wing?" soal Raisyah menjengah.
"Tak pasti...." jawab Aurora.
"Hey guys..." satu suara menegur dan mereka berempat menoleh,Azryan dan Agnez turut menoleh kemudian terkejut.
Alif memegang kolar baju lelaki misteri itu,lelaki itu pula dalam keadaan baru lepas dibelasah teruk oleh Alif semestinya. Azryan menggosok belakang kepalanya dan Agnez hanya ketawa kecil,Aurora hanya mampu tergamam serta terkebil-kebil. Qatariz pula bersama Mirana berbalas pandangan dan Raisyah menggaru kepala.
"Aku perasan dia terhendap-hendap dari jauh...."
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantezieDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...