CHAPTER 144 : OUH PLEASE,I'M JUST A CHEF

579 75 4
                                    

Ikhwan kekal berdiri di mana tempat berlakunya pertarungan,dia tertanya-tanya siapakah mereka berlima?

"Nampaknya aku kena lompat beberapa ribu tahun ke belakang..." ujar Ikhwan berfikir panjang.

"Aku rasa itu idea yang tak berapa baik..." Z muncul di sebelahnya,Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Kau ni mana-mana muncul.. Kau stalker part-time ke apa?" soal Ikhwan.

"Maaflah tapi aku kena halang kau pergi ke masa yang lepas.." jelas Z tersenyum.

"Tapi aku perlu tahu siapa mereka..." jelas Ikhwan.

"Kau boleh tanya aku.. Siapakah mereka,apa yang mereka inginkan.. Aku boleh jawab semua persoalan kau.." jelas Z dan Ikhwan terdiam kemudian mukanya serius.

"Berapa umur kau.." soal Ikhwan dengan air muka yang serius.

"Agak biadab bila kau tanya umur seseorang.. Jadi aku nak terus mula penjelasan... Kau nak tahu mengenai mereka bukan?" soal Z dan Ikhwan hanya menghela nafas pendek.

"Kalau kau tak kisah..." ujar Ikhwan.

Fasha melompat sambil berpusing,tetakan pedang Gawayne berjaya dielak. Pedang milik Fasha pula kembali menjadi whip mode,lalu Fasha menghayunkan libasan yang tajam.

Gawayne menahan dan pedang cemeti itu menggeserkan bilah pedangnya,mengenai zirah yang dipakai oleh dan menunjukkan ketajaman pedang Fasha itu hampir menembusi zirahnya.

Gawayne terus menolak bilah pedang cemeti,dia berundur ke belakang sambil mengambil nafas. Gawayne memeriksa keadaan bahu zirahnya,jika lambat sudah pasti tangannya berpisah dari badan.

Gawayne menyedari sesuatu dan tanpa berkata apa-apa,kemudian dia mencacakkan pedangnya pada tanah. Aura warna putih keperakan,menyelubungi seluruh tubuhnya dan cahaya putih menerangi kawasan tersebut.

Fasha menghadang matanya dengan lengan kirinya,menghalang supaya mata dia tidak akan terkena sinar cahaya putih itu. Cahaya itu kembali reda dan Fasha memandang ke hadapan,dia tergamam melihat apa yang ada di hadapannya.

Seseorang dengan zirah kehitaman,berdiri di hadapan Fasha dan kekal tidak bergerak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seseorang dengan zirah kehitaman,berdiri di hadapan Fasha dan kekal tidak bergerak. Auranya amat berlainan dan kedengaran suara menghela nafas pendek,Fasha hanya memerhatikan dari jauh. Dua bilah pedang muncul di genggaman orang berzirah,Fasha mengetap gigi kerana dia tahu siapakah yang berada di hadapannya.

"Sekarang awak bertukar menjadi orang besi huh?" soal Fasha.

"Kau patut lari..." ujar Gawayne.

"Memberi peluang pada musuh? Awak jangan pandang rendah pada saya.." kata Fasha menghunuskan pedangnya.

"Aku aktifkan kuasa aku,bukan untuk lawan kau..." jelas Gawayne dan Fasha kehairanan.

"Apa maksud awak?" soal Fasha.

Gawayne tidak berkata apa-apa,sekelip mata dia berada di hadapan Fasha. Lantas libasan pedang dihayunkan,Fasha tidak sempat melakukan apa-apa. Namun Gawayne berkata benar..

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now