Siri ni telah masuk chapter 90,agak-agak korang la kan. Sampai tak seperti siri kedua yang lalu?Aurora dan Altera kini berhadapan dengan Wild Gunz dan Altera. Alif terkejut dengan kehadiran mereka,malah bekerjasama menyelamatkan dia. Apa yang membuatkan dia tertanya-tanya,apa maksud Altera dengan kata-katanya tadi?
"Apa maksud kau dengan lelaki kau ha?!" soal Aurora.
"Apa? Kau adalah aku,aku adalah kau.. Perasaan kita sama sahaja.." jelas Altera.
"Kau nak cari nahas ke?" Aurora mengugut Altera.
"Aku tiada masalah jika kamu nak berlawan..." kata Altera pula.
"Kamu berdua..." ujar Alif.
"Apa?!" Aurora dan Altera berkata serentak.
"Musuh kita ada di hadapan,apa kata kita selesaikan semua ini.. Kemudian barulah kita bincang hal tadi okay?" Alif berkata sambil tersenyum kelat.
Aurora menahan geram kemudian memandang ke arah musuh di hadapan mereka,Altera hanya dengan muka tidak berperasaannya. Wild Gunz dan Rowan memerhatikan sahaja,Alif meregangkan ototnya.
"Haa... Mereka berdua hanya handal jarak jauh... Face to face macam tikus.." ujar Alif meneguk sebotol minuman jenis ubat penyembuh.
Sebaik sahaja Alif habis meneguk kesemua air dalam botol,luka pada wajah Alif serta merta terus hilang tanpa ada kesan apa pun. Wild Gunz dan Rowan terkejut dengan apa yang berlaku di hadapan mereka,Aurora terpempan manakala Altera pula sekadar menghela nafas pendek.
"Kalau awak ada healing potion,kenapa tak guna awal-awal?!" soal Aurora bengang.
"Awak rasa saya sempat ke nak guna? Mereka tak bagi saya peluang.." balas Alif mengangkat kedua-dua bahunya.
"THAT'S ENOUGH!!" Rowan menjerit bengang dan mereka bertiga menoleh ke arah Rowan serta Wild Gunz.
"BERANI KAU MAIN-MAIN DENGAN AKU?!" Rowan berkata bengang.
"Oi...bertenang la.." Wild Gunz cuba menenangkan kawannya itu.
"Diam kau Wild!" ujar Rowan dan melangkah ke hadapan,aura kegelapan mula terhasil dan angin kencang bertiup.
"Apa yang dia nak buat?" soal Alif.
"Dia ingin gunakan dark knight armor...." jelas Aurora.
"Dark knight armor?" soal Alif.
Rowan meningkatkan kuasanya dan Wild Gunz sekadar menghela nafas pendek,topi dibetulkan kemudian dia berundur beberapa langkah. Alif merasai daya kuasa yang amat kuat,malah penuh dengan kuasa kegelapan. Rowan melepaskan kuasanya dan terus meletus,Alif menghadang matanya dengan kedua-dua lengan dan dia memandang ke hadapan semula lalu terkejut dengan apa yang dilihatnya.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasiDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...