CHAPTER 123 : YOU PICK THE WRONG ENEMY

742 95 19
                                    


Satu tempat rahsia dan beberapa orang mengawal satu mesin,seorang lelaki berpakaian tentera berdiri memerhatikan monitor gergasi. Imej pada skrin jelas menunjukkan istana Mentari,lelaki berpakaian tentera serta barret di kepala merenung sambil tersengih sinis.

"Sir.. Satellite already in position..." ujar salah seorang yang berada di hadapan monitor,mengawal satelit yang berada di ruang angkasa.

"How much energy left?" soal lelaki itu.

"About 40 percent sir.." jawab pengikutnya itu.

"Good.." ujar lelaki tersebut.

Khadez lenyap dari pandangan mata Ikhwan,menerima nasihat Ikhwan untuk memujuk anaknya iaitu Khaisa. Ikhwan menoleh ke arah satu keluarga,Reezal memandang ke arahnya. Zareena dipeluk erat Razeedah,Luqman dan Aminudden serta Intan turut memeluk mereka berdua.

"Apa yang kamu semua buat? Kenapa berdiri di tengah-tengah halaman istana?" soal Rumina kehairanan.

Solleh dan Rumina tergamam melihat Zareena berdiri di hadapan mereka,seperti tidak percaya dengan apa yang mereka nampak. Cucu mereka yang dikatakan telah meninggal,berada di dalam pandangan mata mereka.

"Datuk.. Nenda.." ujar Zareena terus berlari ke arah mereka berdua.

"Ya Tuhan atuk tak mimpi ke?" soal Solleh dan Rumina tersenyum.

Zareena dipeluk erat oleh Solleh dan Rumina,mereka berdua menangis kerana gembira. Cucu mereka masih hidup,Luqman dan Aminudden hanya memerhatikan sahaja. Tidak lama kemudian Yusri dan Raffie muncul,Reena dan Iris juga menyusul. Mereka tidak terelak dari terkejut,lantas memeluk Zareena.

Reezal dan Razeedah berpelukan,mereka bersyukur kerana gembira Zareena masih lagi hidup. Intan juga menangis kerana kakaknya,masih hidup dan sihat tiada apa-apa masalah terjadi.

"10 tahun... 10 tahun kita bersedih fikirkan kakak kita sudah tiada..." ujar Luqman.

"Kau nak nangis ke bang?" soal Aminudden.

"Tengah tahan ni..."

"Sama la.."

Luqman dan Aminudden beredar dengan secara senyap-senyap,Reezal sedar tindakan kedua-dua anak lelaki dia. Namun hanya sekadar memerhatikan sahaja,sudah tentu Reezal faham perasaan anak dia sendiri.

"Hish little girl,tahu tak betapa rindunya uncle dan auntie pada Zareena? I thought we gonna lose you forever..." soal Reena memeluk Zareena seeratnya.

"Maaf kerana buatkan kamu semua fikirkan saya dah mati.... " Zareena turut memeluk Reena.

"Apa yang berlaku?" soal Yusri ingin tahu.

"Yelah... Bukankah depan mata Ikhwan,yang kamu diletupkan tanpa ada sebarang kesan?" soal Raffie berfikir,Reena meleraikan pelukan pada Zareena.

"Saya tak dapat jawab soalan tu... Saya sedar sahaja,uncle Ikhwan sudah berada di hadapan mata saya..." jelas Zareena.

Raffie dan Yusri berpandangan,Reena mengusap kepalanya. Reezal segera menghampiri mereka,Zareena segera ke arah ayahnya.

"Sudah la jangan fikirkan.. Yusri,kau boleh buat siaran secara langsung bukan?" soal Reezal.

"Ouh.. Pasal Zareena masih hidup?" soal Yusri kemudian mengangguk faham lalu beredar.

Zareena menoleh ke kiri dan ke kanan,dia mencari-cari dan Reezal memberi isyarat ke satu arah. Zareena terkejut kemudian tersenyum,Reezal hanya mengangguk sambil tersengih.

"By the way.. Ikhwan mana? Hilang macam tu je?" soal Reezal.

"Entah... Ada hal lain la tu..." ujar Yusri dan Raffie pula menoleh ke arah Iris.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now