CHAPTER 94 : BIG WAVE

742 81 2
                                    


Peperangan terus bersambungan dan para pahlawan berusaha sedaya-upaya,mereka melawan pemberontak yang datang menyerang dengan menggila.

Para pemberontak bagaikan tidak takut untuk mati,mereka sanggup meluru tanpa ada kelengkapan bertarung. Para tentera tiada pilihan lain selain bertarung untuk melindungi raja mereka masing-masing.

Tetapi berbeza dengan raja Mentari dan Rembulan,mereka sendiri ke barisan hadapan. Tidak lupa negara Bayu dan juga Badai,Akhil serta Khidir bekerjasama menjatuhkan pemberontak dari terus mara.

Reezal menghasilkan dinding tebal,Aswandy pula melompat ke atas kemudian membekukan pemberontak yang cuba menyerang mereka. Aswandy mendarat sambil tersengih menoleh ke arah Reezal,adiknya hanya menggeleng kepala sahaja.

Tidak lama kemudian mereka mendengar letupan kuat,Aswandy dan Reezal berbalas pandangan sahaja.

"Nak pergi tengok?" soal Aswandy.

"Tak payah la..." ujar Reezal pula.

Rowan terseret ke belakang,Wild Gunz pula menembak tanpa henti ke arah Alif. Tetapi Alif dengan mudah mengelak dengan melompat-lompat ke belakang secara back-flip,Rowan menoleh ke arah Mariana yang rebah meniarap mencium tanah. Tiada tanda-tanda yang Mariana sedar,dia meluru laju ke arah Alif dan menghayunkan penumbuk.

Alif tahan dengan menolak penumbuk Rowan ke tepi,tindakan Alif mengejutkan Rowan sebelum terasa tubuhnya terapung dan dihempaskan ke dinding berhampiran. Sebaik dihempaskan dengan segera Alif menghayunkan penumbuk berulang-kali pada Rowan,keadaan dinding lama-kelamaan hancur dek tumbukan bertubi-tubi Alif.

Wild Gunz segera menghalakan senapang dia yang terapung,ke arah Alif yang terus menumbuk Rowan tanpa henti. Sebaik menyedari ancaman dengan segera Alif mengelak secara berundur,serangan Wild Gunz berjaya dielak dengan segera.

Alif mengelak tembakan bertalu-talu daripada Wild Gunz,kepala ke kiri dan ke kanan mengelak tembakan laser. Rowan mengambil peluang untuk menyerang curi dan Alif pula sedar,segera menahan tetakan pedang daripada Rowan.

"Hanya dengan tangan kosong?!" soal Raisyah tergamam melihat Alif menangkap bahagian bilah pedang milik Rowan hanya dengan tangan kosong.

Wild Gunz pula menghalakan sepuluh senapangnya,terapung bergerak ke hadapan lalu membentuk bulatan berputar laju. Tembakan sama seperti meriam laser menyerang ke arah Alif,Rowan melompat ke belakang mengelak serangannya.

Alif pula hanya menoleh ke arah serangan Wild Gunz,dia tidak berganjak dan Aurora mula risau malah cuba ingin membantu namun Azryan menahannya. Alif pula menghentak tanah sehingga membentuk seperti dinding,serangan bertembung dan letusan dahsyat terhasil.

Rowan dan Wild Gunz mengasak Alif dengan berterusan,percikan bagaikan bunga api terhasil dari lagaan tinju Alif dan hayunan senjata Rowan. Wild Gunz pula menarik senapangnya,satu das tembakan dilakukan dan Alif mengelak pantas.

"Budak tu memang kuat macam tu ke?" soal Recca menoleh ke arah Ikhwan.

"Mungkin Lord Ikhwan ada lakukan sesuatu..." ujar Felicia.

Ikhwan tersengih sebelum mengingati sesuatu semasa dia tinggal kedutaan Mentari di negara Hawk,dia berbisik sesuatu pada Alif dan Ikhwan menunggu di taman pada waktu malam.

"Jumpa aku di taman.. Ada sesuatu yang ingin aku bincangkan.."

Ikhwan berdiri di bawah tiang lampu taman yang berada dalam bangunan kedutaan,bunyi cengkerik memecah kesunyian malam di taman tersebut.

"Tuan putera..." suara Alif kedengaran menegur Ikhwan.

"Kau datang juga..." ujar Ikhwan tersengih.

CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™Where stories live. Discover now