Please put your headphone for experience
Lelaki berkerudung dan Alif Haikal berbalas renungan,mereka berdua masing-masing mengeluarkan aura dan jelas aura mereka berdua sedang bertempur dengan dahsyat. Seluruh kawasan bergegar dengan tiupan angin kencang,Agnez dan Aurora muncul bersama Azryan serta Raisyah yang kembali bentuk normal.
"Waa...hanya aura sahaja? Tidak sangka dia mempunyai aura yang kuat..." kata Raisyah kagum.
"Yeah,tapi ini kali pertama tengok dia tengah bengang gila-gila.." Azryan pula memberi komen.
"Apa maksud awak Ryan?" soal Agnez.
"Susah nak tengok Alif bengang betul-betul kecuali sesuatu yang serius..." kata Azryan lagi dan Agnez hanya mampu mengangguk sahaja.
"Jadi apa akan berlaku lepas ni?" soal Aurora pula.
"Just sit and watch till end,there's nothing we can do to stop him..." kata Azryan mengangkat bahu.
"Kamu akan menyesal orang muda,melindungi penjenayah..." kata lelaki berkerudung.
"Jadi kau nak menyerang atau tidak?" soal Alif sambil memacakkan tongkatnya.
Lelaki berkerudung menarik nafas panjang kemudian dihelakan pendek,Alif juga mengatur nafas dan situasi diperhatikan oleh Aurora,Azryan serta Agnez dan Raisyah. Alif dan lelaki berkerudung itu terus bergerak pantas,mereka seolah hilang daripada pandangan dan muncul sambil berlaga senjata masing-masing.
TANG!!
ZTANG!!
KRANG!!
Senjata mereka menghasilkan bunyi yang nyaring,geseran kedua senjata juga terhasil percikan bunga api. Lelaki berkerudung mula tertanya-tanya siapakah pemuda di hadapannya ini?
ZRANG!!
"Beritahu aku budak.." ujar lelaki berkerudung itu,sebaik berundur ke belakang turunkan kain kerudungnya.
Seorang lelaki berusia dalam 30-an dan Alif hanya membiarkan lelaki itu berbicara,dia memberi peluang untuk lelaki itu memberi penjelasan terlebih dahulu.
"Kenapa kau nak melindungi seorang penjenayah,kumpulan dia sukar untuk dicekup...sebab itu setiap daripada mereka ada ganjarannya..." jelas lelaki itu lagi.
"Aku tidak rasa dengan menyerang dia secara belakang,adalah tindakan yang bijak.." balas Alif pula dan lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja.
"Aku cuma inginkan keselamatan manusia di dunia ini terjamin..." jelas lelaki itu memberi jawapan.
"Apa? Dengan membunuh?..." Alif membalas lagi dan lelaki itu pula hanya mendecih.
"Kau terlalu muda untuk faham.." ujar lelaki itu lagi.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasyDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...