Pesawat hitam diberi nama Black Hawk meluncur laju,teknologi yang ditetapkan pada kapal ini memberi kelebihan pada si pengemudi. Kerana dia memiliki sistem penyamaran sempurna,malah sukar untuk dikesan oleh musuh selain kelebihan kelajuan yang luar biasa.Kapal itu direka dan dibangunkan oleh professor Zahari Al'Darius,enjin kapal tersebut begitu senyap bagi mengelakkan musuh sedar jika dikejar. Kapal ini mempunyai sistem autopilot,dan juga menggunakan sistem nuklear tidak perlu pengisian semula.
"Kita dah sampai destinasi yang pertama..." Azryan memberitahu melalui alat interkom.
Alif yang duduk bersimpuh di atas sofa sambil tidur seketika,membuka sebelah mata kerana alat pembantu suara itu jelas kedengaran. Agnez yang menggilap pedangnya,menyarung semula pedang miliknya ke dalam sarung senjata."Negara mana?" Soal Alif sebaik membuka pintu kokpit.
"Negara ini dikenali sebagai Fruit Nation..." Jawab Azryan.
"Negara yang terkenal dengan berbagai buah-buahan...malah setiap pokok di situ memang berbuah..." Alif membaca maklumat negara itu melalui smartphone miliknya.
"Sana boleh mendaratkan kapal kita ke?" Soal Alif dan Azryan hanya mengangkat tanda ibu jari.
"Pusat kawalan Fruit Nation sila jawab,ini pesawat dari Mentari Nation..." Azryan menekan butang perhubungan.
"Pusat kawalan terima,sila teruskan kzzt!..." Jawab satu suara yang dipercayai adalah orang yang mengendalikan pusat kawalan utama negara Fruit.
"Kami ingin membuat pendaratan,sila berikan kebenaran..." Pinta Azryan.
"Baiklah sila mendarat pada kod lokasi yang kami berikan..."
"Terima kasih...!"
"Bagaimana?" Soal Alif dan Azryan hanya tersengih sahaja.
Black Hawk selamat mendarat di lokasi yang ditetapkan,Aurora dan Agnez menjengah dari dalam melalui tingkap pesawat tersebut.
"Kenapa kamu mendarat pula? Biasa bukan kamu hanya biarkan kapal ni berlegar-legar di udara?" Soal Aurora.
"Sini negara bersekutu negara Mentari,sebab itu diorang mendarat di sini..." Agnez mencelah.
"Apa maksud akak?" Soal Aurora.
"Negara yang kami jelajah selama ini bukan sekutu negara Mentari,masih ada negara yang menyimpan dendam...jadi sebab itu apabila berada di negara bukan bersekutu kami hanya biarkan ia autopilot..." Jelas Azryan dan Aurora mengangguk faham.
"Eh? Mana Alif?" Soal Agnez menyedari Alif tiada bersama mereka.
"Dia dah pergi dulu..." Ujar Azryan mencebik dan singgah pada satu gerai.
"Wanna ice cream?" Soal Azryan lagi menoleh ke arah dua orang gadis itu.
"Sure..." Aurora menjawab dengan mengangguk sambil tersenyum.
Alif pula pada masa itu berjalan dengan santai,memerhatikan keadaan pekan di negara Fruit. Negara terkenal dengan tanaman buah yang begitu banyak,majoriti kebanyakan rakyat yang menetap adalah petani. Mereka yang menjaga semua tanaman tersebut.
"Can i pick one?" Soal Alif pada pengawal di situ.
"Ambillah...buah terlalu banyak,jika tidak dimakan akan membusuk..." Jawab pengawal itu tersenyum.
Alif tersengih gembira dan mencapai buah yang berada hampir dengannya,dikesat pada baju bahagian dada kemudian digigit. Jelas kedengaran bunyi rangup,juga air jus yang keluar ketika dikunyah.
"Pergh... This is heaven..."
KELETUK!!
Sedang Alif merasai nikmat buah yang baru sahaja dimakan,satu benda hinggap pada kepala dengan bunyi yang kuat. Sakit juga bila ditanya bagaimana rasanya,Alif mencangkung sambil mengusap kepalanya.
"Siapa bangang sangat baling tak tengok tempat tu ha!?" Jerit Alif bengang.
Aurora berdiri sambil memeluk tubuh,Alif mengangkat kening melihat kehadiran dia. Lantas dia bangun dan membersihkan bajunya,kemudian dia beredar meninggalkan kawasan tersebut.
"Hey! Don't just ignore me like that!" Jerit Aurora dan Alif buat tidak tahu sahaja.
"Foto..." Kata Aurora secara berbisik.
Langkah Alif terhenti dan wajahnya disembunyikan sebalik rambut,diketap gigi menyeringai kegeraman dan memalingkan ke arah Aurora dengan pandangan geram.
"APA KAU NAK HA! SI DADA BESAR!!" Alif menjerit geram dan semua yang lalu lalang terkejut.
"Dada be.. Apa? Hey!" Aurora menahan geram.
"Yeah dada besar! Kau dengar kan!? Squish! Squish!" Alif berkata sambil menggayakan tangannya seperti meramas dada perempuan.
Aurora terdiam kerana orang ramai memerhatikan dia,berbanding Alif dan penumbuknya dikepal sekuat hati. Nafas diatur dengan baik,Alif kehairanan sebelum terasa sesuatu hinggap ke pipinya lalu terpelanting melanggar pokok buah.
"Adoi! Apa masalah kau si dada besar!" Alif berkata berang sambil mengusap pipi kanannya.
Aurora menyeru satu senjata lembing berkilau gelap,kilat putih mengalir sekitar bilah lembing tersebut. Matanya sedikit berair dan Alif yang mulanya geram kembali tenang,dan menyeru tongkat emasnya.
"Hey aku terlebih ke?" Soal Alif.
"Memang pun,gatal juga kau ye..." Son Wukong berkata selamba.
Aurora mengatur pernafasan dan terus meluru ke arah Alif tanpa bicara,hayunan lembing dilakukan dan Alif menahan dengan tongkatnya. Aurora terus menujah kaki,Alif mengelak dan pipinya terhiris berdarah. Namun serangan gadis itu tidak berhenti di situ,lalu dia cuba melakukan serangan susulan yang menggunakan kaki juga.
"Jangan harap la!" Alif menggunakan tekanan aura dan menolak Aurora jauh ke belakang.
Aurora hanya memegang kemas lembingnya,Alif pula memusingkan tongkatnya dengan air muka selamba. Aurora mengetap gigi dan membuka mulut,Alif hanya merenung dengan selamba.
"Minta maaf..." Aurora memulakan kata-kata.
"Hurm?" Alif kehairanan.
"Minta maaf cepat!!" Aurora menjerit.
"Atau apa,bagi aku ramas dada kau lagi?" Kata-kata Alif membuatkan muka Aurora merah padam dan meluru ke arahnya dengan laju.
ZRASHH!!
Alif tercampak ke belakang kerana menangkis serangan kuat Aurora,dia kehairanan bagaimana kekuatan gadis sebegini kuat?
"Kau okay Lif?..." Soal Son Wukong.
"Something not right Wukong,how could she be that strong...my hand feel numb!" Alif membebel sendirian.
She's mad like a crazy girl!
Saat Alif melayani perasaan dan pemikiran sendiri,Aurora sudah bergerak pantas di hadapannya. Aurora mengaktifkan kuasanya dan melakukan tusukan lembing,tusukan itu berlaku seperti menjadi ribuan lembing.
"Fine! Kau paksa aku!"
Alif menjerit garang dan memusingkan tongkatnya dengan laju,lalu berlaga kedua senjata itu dengan bunyi yang nyaring. Orang awam tergamam dan pengawal di situ tidak berani menghentikan mereka,tapi seseorang dari bumbung tingkat bangunan tinggi menghela nafas pendek.
"Come on..aku baru nak relax..." Ujar lelaki itu menghela nafas pendek.
Alif menangkis serangan demi serangan pantas Aurora,Alif sedar Aurora bukan gadis sembarangan dan dia merasai satu kuasa luar biasa daripada gadis blonde itu. Alif memegang erat tongkat itu,dan melibas serangan dengan daya tekanan yang amat kuat sehingga Aurora bergerak ke tepi. Namun Aurora menguatkan kekudanya,lalu dia melibas hayunan lembing pada pemuda itu. Alif pula tongkatnya sudah hampir pada wajah Aurora,masing-masing dalam keadaan yang sama.
Namun pada saat itu seseorang tiba,lalu dengan pantas lembing serta tongkat tercampak ke langit kedua-duanya. Alif dan Aurora terkejut dengan kehadiran seseorang,lelaki berpakaian jaket serba hitam dan seluar jeans.
"Stop it will ya?"
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER THREE : THE NEW LIGHT (C)™
FantasíaDunia selepas perang telah lama berlalu,jadi keadaan menjadi aman. Ikhwan diangkat sebagai lagenda baru,negara-negara luar semakin gerun dengan kekuatan negara Mentari. Namun masih ada lagi yang tidak berpuas hati dengan keamanan,berusaha untuk meng...