4 tahun kemudian
Rainbow Garden Cafe
"ICE blended mocha satu!" Laung seorang lelaki sambil menghampiri kaunter.
"Banyaklah kau punya ice blended! Suara tu perlahanlah sikit!" Marah si gadis pemilik kafe yang baru dibuka itu. Keadaan kafe yang agak kelam-kabut tatkala para pekerja termasuknya bertungkus-lumus mengemas kafe sebelum pulang.
"Hehehh.. Maaf."
"Ha, kau nak apa? Aku baru je tutup kafe." Kata si gadis.
"Tasha.. Aku sebenarnya.. Ermm.."
"Apa? Cakap betul-betullah!" Potong Tasha, berang dengan sifat acah malu teman karibnya itu
"Aku nak minta tolong kau, boleh tak?"
"Minta tolong apa?" Soal Tasha lagi. Tangannya ligat mengemas sisa pastri yang terdapat di kaunter itu.
"Tolong.. Jagakan hati kau untuk aku.. Ecewahh! Hahahah.." Katanya seraya tergelak.
Tasha membulatkan matanya. Sapu tangan yang berada berdekatannya diambil lalu badan lelaki itu dilibas.
"Woi! Takde masa aku nak bercia-ciaa dengan kau! Buang masa aku je!" Kata Tasha.
"Woo woo! Relaks duh! Sakitlah! Kau ni nak bergurau pun tak boleh.." Lelaki itu menepis libasan Tasha.
"Cepatlahh.. Aku nak kemas kafe ni!" Suara Tasha ditinggikan. Matanya tiba-tiba tertancap pada hadapan kafenya.
"Haihh.. Zaf, i'm so annoyed with your friends. " kata Tasha menyampah. Kawan-kawan lelaki itu dikerling lagi. Dah lah ber'suit' lengkap siap. Pakai cermin mata hitam, pakai earpiece, berdiri tegak macam tu. Gaya mereka macam bodyguards.
"Haha.. Biarkan je diorang tu." Balas Zafril sambil ketawa hambar.
Tasha berkerut kening.
"Zaf.. Are you sure they're not your bodyguards? Kenapa diorang pelik sangat?" Soal Tasha lagi.
Zafril kelihatan resah.
"Tak.. Taklah. Kau ni tak percaya aku apasal?" Soalnya kembali.
"Hmm.. Okey fine.." Balas Tasha.
"Oh ya.. Tasha.. Tolong aku. Jadi fake girlfriend aku boleh tak?" Kata Zafril pula.
Tasha tersentak.
"No way, Zaf.. Berdosa. Aku taknak. Kau suruh lah orang lain." Balas Tasha sambil tangannya ligat mengelap kaunter.
Zafril terdiam sebentar. Mungkin agak terasa.
"Tapi..."
"Zaf.. Cukuplah aku jadi bodoh sebelum ni sebab bercouple bagai. Aku dah perit. Aku dah dapat balasan Allah." Pintas Tasha penuh emosi.
Zafril terdiam lagi. Ya, gadis itu pernah memberitahunya perihal masa silamnya itu. Dia mengetahui hampir kesemuanya.
Kerana mereka berdua menganggap masing-masing sebagai adik-beradik. Mesti ada je yang nak diadu bersama."Okey-okey.. Maaf terpaksa kau. Aku pergi dulu." Kata Zafril sambil berjalan keluar dari kafe Tasha.
Tasha hanya menghantar pemergian Zafril dengan pandangannya.
Terdapat seorang lelaki yang Zafril kata kawannya, membuka pintu kereta mewahnya kepada Zafril. Manakala 'kawan'nya yang lain, membongkokkan sedikit badan mereka, seperti memberi penghormatan kepada Zarif. Apabila Zarif masuk ke dalam keretanya, barulah mereka bersurai. Mereka bergerak pula ke tiga buah kereta BMW berwarna hitam, untuk menyusuli kereta Zarif.
Tasha berkerut kening.
"Betul ke diorang tu kawan dia? Kenapa aku rasa cam dia ada sembunyikan sesuatu je dari aku?" Monolog Tasha sambil menongkat di kaunter tersebut.
"Akak.. Lia tunggu dalam kereta tau." Sergah Alia Melissa, adik kepada Aimin Natasha.
"Haa? Oh okey-okey.. Akak nak kemas sikit lagi." Balas Tasha seraya menyambung kerjanya.
"Orait.. Cepat sikit tau. Dah lewat ni." Kata Lia sebelum keluar dari kafe dan menuju ke kereta Tasha.
Beberapa minit kemudian, Tasha selesai mengemas bahagiannya. Dijenguknya dapur kafe tersebut. Masih terdapat tiga orang pekerja yang lain.
"Belum siap lagi ke?" Soal Tasha.
"Sikit lagi, bos!" Laung mereka.
Tasha mengangguk kecil.
Dia mengambil keputusan untuk menunggu mereka di luar kafe. Sesekali, dekorasi dalaman kafe miliknya itu diperhati melalui dinding kaca yang menjadi benteng kafe tersebut. Seperti kebanyakan kafe-kafe zaman canggih sekarang.
Kelibat tiga orang gadis itu mula kelihatan. Mereka menutup pintu kafe tersebut setelah semuanya keluar. Tasha mengunci pintu tersebut.
"Kami balik dulu, bos. Assalamualaikum!" Kata pekerja-pekerjanya sambil melambaikan tangan mereka sebelum perlahan-lahan 'hilang' dari pandangan Tasha.
Tasha menjawab salam mereka. Kemudian, dia berlalu ke keretanya di mana adiknya sedang menunggunya di dalam.
"Kakk.. Kadang-kadang ann, Lia cam pelik dengan abang Zarif tu. Muka dia, memang sama, sebijik macam Tengku Mohd Zarif Hilmi. Akak kenal kan?" Kata Lia memecahkan kesunyian di dalam kereta tersebut.
Tasha berkerut seketika. Kemudian matanya membulat. Siapa je yang tak kenal salah seorang pewaris kerajaan di negeri Selangor itu?
"Eh ha'ahlahh.. Even nama diorang pun sama. Tapi, kenapa dia rahsiakan pangkat dia tu?" Soal Tasha, agak 'KBAT'.
"Ya Allah, kak.. Kalau dia dedahkan, mestilah dia kena serbu dengan orang ramai." Balas Lia sambil menepuk dahinya dengan perangai kakaknya itu.
"Ha'ah la kan.. Heheh.." Tasha berfikir semula.
"Eh tapi, takkan takde siapa pun yang cam dia? Kalau betul dia tu Tengku?" Soalnya lagi. Kereta dihentikan sebaik sahaja traffic light yang berwarna merah.
"Mesti ada.. Akak perasan tak dia selalu je ada 'pengiring' ramai-ramai tu? Takkan lah orang biasa dikelilingi ramai bodyguards kot? Tak ke pelik tu kak?" Balas Lia.
"Tapi dia kata diorang tu kawan dia." Balas Tasha.
"Mungkin dia tak nak dedahkan lagi semua ni?" Rumus Lia.
Tasha mengangguk setuju. Biarlah dia sendiri yang beritahu kebenarannya nanti. Tak pepasal dia dah buat dosa sebab bersangka buruk terhadap teman rapatnya itu.
TO BE CONTINUED
🍃🍃Author's Note🍃🍃
Nak bagitau, mungkin watak Firdaus keluar lewat sikit. Sabarlah ye pearls sekalian? Hoho🙈
Update hari ni sebab terharu exam dah habis😪
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...