🌹 13 🌹

6.1K 272 7
                                    

Aimin's POV

Kenapa dia perlu ada kat situ malam tu? Aku tak faham kenapa diorang biarkan seorang lelaki jaga aku. Padahal dia bukannya abang aku ke apa ke.

Dan paling menyakitkan hati, suka suki dia je peluk aku. Ingat aku ni apa? Teddybear? Aduh, sakit kepala aku.

"Korang.. Tolonglah bagitahu aku kebenarannya. Kenapa korang biarkan dia jaga aku semalam? Korang tahu tak peritnya aku semalam? Aku-aku terpaksa peluk dia. Dengan cara tu, sakit aku kurang sikit. Korang memang tak patut!" Aku merajuk ni.

Arin menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Err, ye ke? Aku tak tahu pun dia yang jaga kau." Bohongnya.

Aku menjeling Arin.

"Arin, you're not you. Aku kenal kau dah lama Arin. Sejak kita kecil lagi. Aku boleh tahu yang kau tengah tipu aku sekarang ni." Perliku.

Arin mati kata.

Aku mula terfikir semula perubahan Arin dan yang lain. Sejak bila eh? Ah! Lepas aku bagitau diorang pasal mimpi aku tu. Kejap! Jangan cakap... Jangan kata semua tu betul?

Aku rasa macam nak nangis pun ada sekarang ni. Hisy , sampai hati korang.

"Jadi, betullah.." Aku berkata sekerat.

"Betul apa?" Soal Aten.

"Aku... Dah kahwin?" Kataku cuba menelan perit peristiwa hitam sejak aku berada di London ni.

"Dengan Firdaus?" Sambungku lagi. Mataku terpejam.

Mereka berlima tersentak.

"Er, maaf Aimin." Ucap mereka.

"Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba?" Soalku sebak. Cecair hangat mengalir di tubir mataku.

"Semua tu untuk keselamatan kau. Dan untuk selamatkan nyawa kau." Kata Arin perlahan.

"What?" Aku tak faham. Kenapa pulak? Aku pengsan je kut dalam rumah hantu tu. Kan?" Aku berkerut kening.

"Apa yang kau ingat, sebelum kau pengsan?" Soal Arin tanpa menjawab soalan.

Fikiranku menerawang semula ke situasi sebelum aku merebahkan diri di dalam rumah hantu tu.

Oh! Yang tu!

"Ha, aku dah ingat! Aku rasa macam leher aku terkena benda panas. Lepas tu aku terus pengsan." Kataku. Betullah, tapi aku rasa macam ada orang ikut aku sepanjang aku dalam rumah tu.

"Okey,, you know what.. Diorang tinggalkan tanda tu pada kau. Roh perempuan tu kata mangsa diorang semuanya ada tanda tu. Er, dia kata kalau kau tak keluar dari rumah hantu tu dalam masa 24 jam, kau akan hilang dara kau. Dan lepas tu kau akan mati. Tapi nasib baiklah Izz ngan Firdaus cepat." Terang Arin membuatkan aku terlopong.

"Serius lah? Kenapa aku rasa macam mengarut je?" Soalku ragu-ragu.

"Diorang ni pun macam kau lah masa aku cerita kat diorang. Betul! Aku 'nampak' roh perempuan tu. Dia juga mangsa diorang. Kesian." Kata Arin.

"Siapa diorang?" Soalku lagi.

"Pengamal sihir ilmu hitam." Balas Arin.

"Okey, tapi apa kena mengena yang tu dengan kahwin?" Soalku lagi. Complicated sungguh!

"Ha, disebabkan kau berjaya keluar dari rumah hantu tu, jadi kau terselamat dari kena ngap. Tapi tanda tu masih ada dekat leher kau. Roh tu ada kata, semua perempuan yang diorang culik tu tak mendirikan rumah tangga lagi. Dia kata, diorang tu benci akan pernikahan. Jadi, sebab tu kau kahwin dengan Firdaus." Jelas Arin panjang.

"Kenapa dengan tanda tu sebenarnya?" Soalku hairan.

"Roh tu kata, tanda tu maksudnya kematian." Balas Arin.

"Aku pengsan tu pukul 3 eh?" Soalku inginkan kepastian.

Mereka semua angguk kepala.

"Oh, sebab tu la aku rasa sakit kat leher pukul 3 pagi. Cukup 24 jam. Hm." Aku membuat kesimpulan.

Ada juga cerita macam ni dalam hidup aku. Haihh..

"Tapi, nak pulak dia nikah dengan aku. Bukan ke dia benci aku ke?" Soalku.

"Tulah.. Kitorang terpaksa paksa dia. Kau patut berterima kasih kepada dia. Dia korbankan kebahagiaan dia demi menyelamatkan kau tahu?" Kata Wanie sarkastik.

Okey sekarang aku rasa bersalah pulak.

"Patut ke aku minta maaf kat diam" aku meminta pandangan mereka.

"Hm, ikut kau lah." Balas Ama.

Tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar. Kelihatan TF memasuki bilik tersebut. Akhir sekali, Firdaus yang menutup pintu wad itu kembali.

"Kau dah okey, Aimin?" Soal Syazwan prihatin.

"Ah? Ohh Alhamdulillah dah okey." Balasku.

"Err, Arin.. Aku kalau boleh nak langsaikan hutang aku tu." Aku memberikan isyarat kepada Arin, Ama, Wanie, Iffah dan Aten. Mereka mengangguk faham.

"Izz.. Saya ada hal nak bincang ngan awak. Jom cakap dekat luar." Arin menggamit pandangan Izzul. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut.

"Syam.. Teman aku makan,jom. Aku tak breakfast lagi." Rengek Aten manja.

"Whaatt? Tak breakfast lagi? Dah pukul berapa ni.. Aten.. Jom!" Tegas Syamid. Aten teguk liur. Hekeleh orang nak tp dia je.

Kemudian, mereka berdua berlalu ke kantin hospital dengan bebelan Syamid.

"Syaz.. Ikut aku jap." Kata Wanie sambil terus menonong keluar dari wad itu. Syazwan hanya mengikut dengan bingung.

"Ha kau pun Khai." Kata Ama.

"Aku apa?" Soal Khairul blur.

"Ish, jomlah ikut aku!" Marah Ama. Mereka berdua juga keluar dari bilik tersebut meninggalkan aku dan Firdaus yang terpinga-pinga.

"Err... Firdaus.." Panggilku.

Dia memandangku sekilas.

"Hm." Balasnya.

"Thanks and sorry." Kataku.

Dia memandangku. Tangannya dilingkarkan di dada.

"So, kau dah tahu semuanya?" Soal Firdaus.

Aku mengangguk perlahan.

"Sebab tu la.. Terima kasih sebab selamatkan aku. Dan maaf sebab aku hancurkan masa depan kau." Kataku laju.

"Tahu pun." Balas Firdaus.

"Mianhae.." Kataku lagi.

"Aku tahu kau dah ada girlfriend kan?" Soalku.

"Hmm." Tu je balasan dia. Nampak sangat dia malas nak layan aku.

"Takpe, aku boleh berlakon tak kenal kau lah. Rileks ah. Kalau kau nak kahwin dengan dia pun, aku izinkan. Lagipun kau bukannya nak isterikan aku pun sebenarnya kan? Sebab kau sudi berkorban untuk aku, aku pun akan balas yang sama." Ujarku panjang.

"Okey. Minggu depan aku jumpa keluarga dia. Maybe diorang nak bincang pasal kahwin. Nanti ada la tu kad keluar. Aku bagi kau nanti. Jangan risau." Balasnya. Finally, dia bercakap juga.

"Okey, aku tunggu." Balasku ceria.

"Kau.. Sakit lagi?" Soalnya.

"Err ah.. Dah sihat dah. Kejap.. Ni hospital apa?" Soalku.

"Alexander Hospital." Jawab Firdaus.

Aku mengangguk. Aku sudah merangka aktiviti yang aku nak buat kejap lagi. Kak Arin, tunggu Aimin!

TO BE CONTINUED

🍃Author's Note🍃

Triple update!! Lepas ni kena hiatus pulakk😭

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now