"MORNING.." Sapaku sambil mengambil tempat di meja makan.
"Morning , kak. Awalnya bangun." Balas Alia Melissa yang sibuk menyediakan sarapan buat kami berempat di banglo itu.
"Saja je. Macam mana semalam?" Tanyaku , sengaja.
Alia Melissa tersentak. Pipinya mula bertukar warna. Aku tersengih macam kerang busuk.
"Alhamdulillah.. Baby.. Baby akan dapat sepupu tak lama lagi." Ujarku sambil mengusap perut kempisku.
"Akakk!"
Terletus tawaku melihat reaksi Alia Melissa itu. Malu lah pulak dia ni , alahai..
"Amende? Betullah kan?" Sakatku lagi.
"Dahlah kak.. Ha , adik nak bagitau satu benda." Kata Alia Melissa.
"Apa?" Tanyaku , ingin tahu.
"Sebenarnya , adik masih suci sebelum ni." Katanya perlahan.
"Whatttt?! Kau tahu mana , dik?" Tanyaku lagi seolah-olah tidak percaya.
"Dia yang bagitau semalam." Jawab Alia Melissa.
Aku mengucapkan syukur di dalam hati. Seketika kemudian , biburku kembali menyungging senyuman nakal.
"Tapi dah tak suci dah lepas tu kan?" Tanyaku sambil ketawa.
Mukanya kembali merah padam.
"Akakkkkk!" Marahnya. Dia memuncungkan mulutnya , merajuk.
"Alololooo... Adik siapa lah ni." Ujarku sambil tersengih.
"Adik akaklah." Jawab Alia Melissa selamba.
"Amboi-amboi , meriahnya dapur ni." Sampuk Firdaus yang baru turun. Dia menghampiriku.
"Isteri abang tu ha. Bising je pagi-pagi ni." Bebel Alia Melissa. Dia menghidang mee goreng yang dimasaknya ke atas meja makan bersama seteko air teh 'o' panas.
"Sayang buat apa?" Tanya Firdaus sambil memandangku.
"Takde buat apa-apa." Balasku.
"Goodmorning korang." Sapa Tengku Zhariff pula.
"Morning." Balas kami serentak.
"Jom breakfast." Ajak Alia Melissa.
Dia menyediakan empat buah pinggan dan juga empat biji cawan ke atas meja itu. Dia menyenduk mee goreng untuk suaminya dan dirinya sendiri. Baru sahaja dia ingin menyenduk mee untuk kakaknya , tetapi dia menghalang. Alia Melissa mengalah dan mengambil tempat di sebelah Tengku Zhariff.
Aku menyenduk mee goreng ke dalam pinggan suamiku. Setelah itu aku menyenduk sedikit mee goreng tersebut ke dalam pingganku. Air teh sudah dituang oleh Alia Melissa sebentar tadi.
"Sikitnya makan kak." Tegur Alia Melissa tatkala melihat pingganku yang berhadapannya itu.
"Entahlah. Akak takde selera sangat." Balasku sambil tersenyum pahit. Sejak aku disahkan mengandung , selera makanku semakin berkurang. Buat masa ni , aku masih belum mengidam apa-apa. Mungkin sebab kandunganku masih awal.
"Takpe-takpe. Jemput makan semua." Pelawa Firdaus di sebelahku , cuba menceriakan suasana.
Tengku Zhariff mengetuai bacaan doa sebelum makan kami pada pagi itu. Kemudian , kami mula menjamu selera.
Aku berasa mual setelah menyuap beberapa sudu mee goreng ke dalam mulut. Aku cepat-cepat berlari ke sinki sebelum aku memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan tadi. Aku menyanggah lenganku di atas sinki itu. Aku berkerut menahan keperitan yang tidak terhingga di kerongkongku.
"Akak okey tak?" Tanya Alia Melissa dengan wajah yang risau.
Aku hanya menganggukkan kepalaku.
"Sayangg... Kita pergi klinik?" Cadang Firdaus. Dia menggosok belakangku lembut.
Aku menggeleng kepala.
"Tak payahlah. Biasa lah ni. Morning sicknesss." Jawabku perlahan.
"Hmm yelah. Sayang rehat jelah dekat atas. Nak makan apa-apa ? Biar abang belikan." Ujar Firdaus , prihatin.
"Nak susu je. Fresh milk." Jawabku. Tekak terasa nak minum susu segar pula. Dah mula nak mengidam ke apa ni?
"Okey.. Sayang tunggu kat atas eh? Abang keluar jap." Kata Firdaus sambil memimpinku.
"Tak nak.. Aimin nak tidur dengan abang." Pintaku pula , tiba-tiba.
Firdaus pening. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tadikan sayang nak susu?" Tanya Firdaus.
"Nak susu.. Tapi nak tidur jugak..." Rengekku sambil menempel di lengannya.
Alia Melissa dan Tengku Zhariff terdiam melihat drama kami.
"Biar aku belikan susu untuk dia. Kau pergi temankan dia." Sampuk Tengku Zhariff.
Firdaus menoleh ke arahnya.
"Takpe ke?" Tanya Firdaus.
"Takpelah bro. Lagipun kau dah banyak tolong aku. Apalah sangat setakat beli susu je." Kata Tengku Zhariff.
"Okey.. Thanks Zhariff." Ucap Firdaus. Kemudian, dia menyambung memimpinku ke bilik kami.
"Sayang.. Temankan abang , jom." Ajak Tengku Zhariff sambil memandang wajah berseri Alia Melissa.
"Okey.. Makan la dulu. Lepas ni kita pergi kedai eh?" Kata Alia Melissa lembut.
Tengku Zhariff mengangguk. Dia meneruskan suapan yang tergendala sebentar tadi.
×××××
"Abangg.." Rengekku.
"Iya sayang?" Firdaus melayanku penuh sabar.
"Nak peluk." Aku mendepakan tangan ke arahnya.
Firdaus memanjat katil dan berbaring di sebelahku. Dia menarikku di dalam pelukannya. Aku terdiam sambil memejamkan mata, menikmati kehangatan tubuhnya.
Dia membelai rambutku. Sesekali dia mengucup kepalaku. Aku terus hanyut dibuai mimpi.
Firdaus menepuk-nepuk bahu isterinya lembut. Seperti mendodoikannya. Dia tersenyum melihat isterinya yang sudah terlena di dalam pelukannya itu.
Sejak pagi tadi isterinya meragam seperti itu. Dia hanya keluar dari bilik itu sekali pada waktu tengah hari untuk mengambil kertas-kertas kerjanya di bilik bacaan. Dia menyambung kerjanya di dalam bilik itu sambil menemani isterinya di dalam bilik itu sehingga sekarang.
Tiba-tiba telefon berbunyi, menandakan ada panggilan yang masuk. Dia perlahan-lahan meleraikan pelukan dan berlalu ke balkoni bilik.
"Hello Assalamualaikum." Ujar Firdaus setelah menjawab panggilan tersebut. Dia melekapkan telefon di telinganya.
"Waalaikumussalam. Faiq , jangan lupa minggu depan. Majlis angah."
"Ya, inshaallah angah." Kata Firdaus.
"Bawa Aimin sekali tau."
"Mestilah Faiq bawa dia. Kau ni angah." Bebel Firdaus.
"Hahahahah.. Manalah tahu kan. Hm okeylah. Angah busy ni. Jumpa minggu depan okey?"
"Okey angah. Assalamualaikum." Ujar Firdaus sebelum menamatkan panggilan.
Dia termenung seketika di situ sambil menghirup udara yang segar pada waktu malam itu.Seketika terdengar bunyi rengekan isterinya dari dalam bilik. Pantas dia kembali mendapatkan isterinya itu selepas mengunci pintu balkoni tersebut.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...