Aimin's POV
"AAARGHHH!" Jeritku. Mataku terhala ke kiri dan kanan laluan yang dipenuhi dengan cecair berwarna merah itu. Tak tahulah darah betul ke sirap. Tapi ia cukup untuk membuatkan aku mual.
"Arin! Izz! Mana korang?!!" Tempikku lagi.
Sejak tadi, aku kehilangan jejak diorang. Aku rasa aku berkepit dengan Arin je tadi. Kenapa jadi macam ni? Aku berasa macam aku baru bangun dari tidur. Tapi aku tak tidur pun tadi!
Sah rumah hantu ni yang pelik.
"Korang.. Korang kat mana?" Rintihku lagi. Berada di dalam rumah hantu yang gelap dan berbau ini membuatkan aku lemah.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat 'pontianak' melalui ekor mataku. Dia berada di belakang aku sebelah kiri. Nampaknya dia sedang merenung aku habis-habisan. Dengan mata dia yang menakutkan tu. Dijegilkan pulak.
Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rasa macam tu bukan hantu 'orang' tapi tu hantu yang sebenar-benarnya. Kejap, aku rasa aku ada bawa garam tadi.
Sebenarnya aku nak bawa serbuk lada hitam sebagai langkah keselamatanlah katakan an. Tapi entah siapa yang pergi tukar bekas serbuk hitam tu dengan garam. Aku pula takde pulak nak check balik masa aku tuang benda tu. Lagipun aku sibuk duk berbual dengan mama time tu.
Tapi ada juga hikmah pertukaran tu. Boleh lah aku guna garam ni untuk halau 'diorang' ni. Kalau diorang hantu betul la. So, mari kita pastikan ye.
Aku berpaling ke belakang. Mataku bertentangan dengan mata kak ponti yang pupilnya amatlah kecil itu. Berderau darah aku. Dengan bacaan bismillah, aku melemparkan sedikit garam ke arah kak ponti tersebut.
Apa yang mengejutkan aku, telahan aku betul. Sekarang, kak ponti tu tengah menggelepar sakit lah kut. Dah macam orang gila aku tengok dia.
"Yaaaaaaaaaa~!" Ha macam tu dia punya tempikan.
Aku nak tergelak juga sebenarnya sebab lucu sangat bunyi dia. Tapi aku tahan je. Seminit kemudian, kelibat kak ponti menghilang. Aku kembali berdebar-debar..
Kemudian, fikiranku terlintas sesuatu.
'Wait, sekarang ni aku kat London. Macam mana boleh ada pontianak? Ke vampire tadi tu? Vampire apa pakaian putih.' Kata benak hatiku.
Aku memandang sekeliling aku. Tak tahulah apa lagi yang akan muncul. Aku tak kuat, Ya Allah. Berilah aku pertolongan. Aku takut.
End POV
※※💐❤💐※※
"Wait.. What?? Kenapa kita boleh ada kat sini?" Soal Izz hairan.
Rumah hantu yang berada di hadapan mereka dipandang dengan penuh rasa curiga.
"Bukan ke kita dah masuk tadi? Kenapa boleh ada kat luar balik?" Soal Arin bertubi-tubi.
Mereka bertiga tidak tahu nak buat apa. Semuanya bagaikan blur lagi.
"Aimin mana?!" Jerit Arin apabila menyedari sahabatnya itu tiada di sisinya.
"Weh, aku tak sedap hati ni. Mana guard rumah hantu ni? Aku rasa dia tahu semuanya. Masa kita tengah beli tiket, aku perasan, dia asyik tengok si Aimin tu je. " kata Izzul cemas.
"Kenapa kau tak bagitau awal-awal?!" Tegas Firdaus bersuara. Sebenci mana pun dia kepada Aimin, namun dia mesti bertanggungjawab ke atas mereka semua ni kerana dia yang membawa mereka masuk ke kota London ni.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...