🌺 63 🌺

5.1K 205 3
                                    

"Assalamualaikum." Ucap Firdaus di muka pintu banglo milik keluarganya.

Aimin Natasha turut memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ehhh, Faiq , Aimin! Masuk-masuk." Pelawa Fathia atau lebih dikenali sebagai kak ngah.

"Mamaa! Faiq dah sampai! "Kata Fathia sedikit kuat.

"Iyaa?!"

Kedengaran derapan tapak kaki berlari anak menuju ke ruang tamu. Terjengul wajah awet muda milik mama Firdaus. Dia tersenyum bahagia melihat kehadiran anak lelakinya itu. Namun , riak wajahnya berubah tatkala memandang Aimin Natasha di sisi anaknya.

"Mama sihat ?" Tanya Aimin lembut. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Sri Sofia.

"Em. Faiq... Dah lama kamu tak balik rumah mama sejak dah menikah ni." Balas Puan Sri Sofia acuh tak acuh seraya menukar topik perbualan. Salam Aimin juga disambut dengan hujung jari sahaja.

Aimin Natasha terkedu.

Faiq Firdaus mengeluh kecil.

"Aimin ! Jom ke dapur." Ajak Fathia , cuba menghilangkan rasa kekok Aimin.

Mereka berdua beriringan menuju ke dapur . Sambil itu , Fathia berceloteh itu dan ini kepada Aimin.

"Mama , apa lagi yang tak kena?" Tanya Firdaus tidak puas hati.

"Faiq tahu tak sebab dia , Putri mati!" Balas Puan Sri Sofia geram. Sedih hatinya apabila teringatkan arwah Putri yang baginya sangat tulus mencintai anaknya itu.

"Mama ! Bukan salah Aimin lah ! Mama kena terima qada dan qadar Allah. Jangan buat Faiq bangkitkan cerita yang sebenar." Balas Faiq Firdaus , mempertahankan isterinya. Mamanya itu tak habis-habis nak memburukkan nama isterinya.

"Ohh sebab perempuan tu , Faiq dah berani tinggikan suara pada mama kan ? Bagus sangatlah tu." Kata Puan Sri Sofia perlahan , sedih.

Faiq Firdaus menjadi serba-salah.

"Mama.. Faiq cuba tegakkan kebenaran. Mama janganlah tuduh menantu mama macam tu." Pujuk Faiq Firdaus lembut.

"Dahlah. Mama nak naik atas kejap." Ujar Puan Sri Sofia dengan sebal. Tak habis-habis nak bela perempuan tu.

"Haih. Mama.. Mama." Keluh Faiq Firdaus perlahan.

×××××

"Aimin... Aimin jangan terasa hati tau dengan mama. Mama memang macam tu. Perempuan yang dia rasa layak untuk jadi isteri Faiq hanyalah arwah Putri. Entah apa yang mama nampak pada dia tu." Pujuk Fathia sambil tangannya lincah memotong daging ayam.

"Em , nak kata tak terasa langsung memang tipulah. Tapi nak buat macam mana kan. Aimin diam jelah." Balas Aimin Natasha lembut.

"Takpe.. Aimin tetap ada kami yang lain. Aimin ada Faiq , kak ngah , abang ngah , along tu , papa , si kembar." Kata Fathia , menceriakan suasana.

"Kembar ada ke ? Aimin tak nampak pun kat ruang tamu tadi." Tanya Aimin Natasha.

"Ada. Dalam bilik diorang. Waktu ni , diorang sibuk buat kerja sekolah diorang." Kata Fathia.

Aimin Natasha hanya mengangguk tanda faham.

Setengah jam kemudian , mereka berdua selesai memasak. Tinggal untuk menghidang pula. Aimin membuat jus carrot susu dan air teh dan terus diletakkan di atas meja makan. Kemudian dia mengambil gelas cukup-cukup untuk setiap ahli banglo mewah itu.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now