🌸 08 🌸

6.2K 270 1
                                    

"YA ALLAH, Arin... Rajin betul kau ni. Ish ish ish.. Kesian pulak aku tengok." Bebel Aimin di atas katilnya.

Bangun saja dari tidur, dia terus terpandangkan Arin yang tidur di atas lantai yang beralaskan tangannya sendiri di atas bagasinya. Aimin menggeleng kepala.

Dia turun dari katil. Arin dihampiri.

"Arin.. Oh  Arin. Bangun weyh, tidur atas katil sana. Kau cuti kan?" Aimin mengejutkan Arin perlahan.

Arin menggeliat sambil menganggukkan kepalanya.

"Ha pergi tidur atas katil tu. Haihh budak ni." Gerutu Aimin sendiri.

Arin bingkas bangun dan berjalan perlahan-lahan ke katil. Dia terus merebahkan badannya di atas katil tersebut.

Aimin pula mengambil tuala mandinya dan berlalu ke bilik air. Selesai sahaja solat Subuh, dia terus keluar dari bilik tanpa memaklumkan Arin.

Kakinya dihayun menghampiri sebuah kereta sewa yang secara kebetulannya berhenti di hadapan hotel itu untuk menurunkan penumpangnya.

Aimin masuk ke dalam kereta sewa itu.

"Where are you going, miss?" Soal pakcik pemandu.

Aimin memberitahunya lokasi kondominium kak Arin. Pakcik itu menganggukkan kepalanya. Kereta sewa itu mula menyusur atas jalan raya yang masih lengang itu.

Sesekali mereka berdua berbual-bual kosong untuk menghilangkan bosan sementara menunggu sampai ke destinasi.

Aimin membayar tambang kereta sewa seperti yang tertera di dashboard kereta tersebut. Setelah mengucapkan terima kasih, Aimin melangkah keluar dari kereta sewa itu.

Bangunan kondominium yang tinggi mencecah langit, itu pandang. Berkira-kira untuk pergi atau tidak.

Eh, mestilah pergi. Kalau tak, buat apa aku datang sini? , kata hati Aimin.

Dia kemudiannya mengorak langkah memasuki bangunan itu. Dia mengatakan sesuatu kepada penyambut tetamu di lobi itu. Sesekali kepalanya terangguk-angguk macam burung belatuk. Kemudian, dia berlalu ke kafe yang berdekatan hotel itu.

Menurut penyambut tetamu itu, kak Arin selalu ke kafe ni setiap pagi. Jangan risau, ni kafe halal. Pemiliknya ialah orang Arab, takdelah nak syubhah bagai. Jadi, dia berhasrat untuk menemui kakaknya di kafe itu sahaja.

Dia mengambil tempat duduk yang membelakangi pintu masuk kafe tersebut. Dia memesan hot latte caramel kepada pelayan yang datang ke mejanya untuk mengambil pesanan.

Aimin termenung seketika di meja itu. Macam mana keadaan kak Arin sekarang? Dia tak sempat lagi nak berhubung dengan dia sejak dia datang ke sini. Tiada masa yang sesuai lagi.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebatang tubuh yang teramat kurus dan cengkung itu. Matanya membulat.

T-tak mungkin tu kak Arin. T-tak.. Tak mungkin!

Setiap langkah perlahan yang diatur oleh 'kak Arin' diperhati penuh sayu dan sebak. Kolam matanya mula dipenuhi air mata. Tunggu masa sahaja untuk gugur.

Kak Arin mengambil tempat yang berhadapan dengan Aimin.. Cuma selang beberapa buah meja sahaja. Dan mungkin kak Arin masih tidak perasan kehadirannya.

Setelah kak Arin memesan makanannya, dia melabuhkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Aimin pula sudah tidak tanggung melihat keadaan kakaknya sebegitu.

Dikumpul segala kekuatan sebelum kakinya melangkah ke arah meja kak Arin. Tangannya aku tarik perlahan. Pada mulanya dia berkeras tidak mahu, tetapi kudratnya yang lemah membuatkan dia merelakan sahaja. Dia masih lagi tidak mengetahui bahawa itu Aimin.

Ladies dituju. Kemudian, Aimin mengunci pintu utama tandas wanita itu. Dia menghela nafas berat.

"A-Aimin? M-ma.. Macam mana Aimin boleh ada kat sini?" Soal Kak Arin, terkejut.

"Aimin ada reunion kat sini kak. Tapi esok baru mula. Hari ni, rest-rest je dulu." Balas Aimin.

Kak Arin hanya menjawab dengan anggukan kepala.

"Kak.. Akak ada buat rawatan tak ni?" Soal Aimin tanpa selindung.

"Err.. Tak. Tak mungkin sembuh, Aimin. Lagipun leceh lah kena duduk dalam wad je. Akak tak suka." Balas Kak Arin sambil memuncungkan mulutnya.

"Akakk.. Akak tak bolehlah cakap macam tu. Akak kena buat rawatan dulu. Sembuh ke tidak belakang kira. Yang penting, kita usaha untuk sembuh. Yang lain tu, serah pada Allah. Ye, akak?" Pujuk Aimin.

"No, Aimin. Tak mungkin sembuh. Tak mungkin. Dah stage 4 kut." Balas Kak Arin lagi, berkeras tidak mahu ke hospital.

"W-what? Stage 4?! Kenapa akak tak bagitau awal-awal?! Akakkkk!" Terhambur jua tangisan yang ditahan-tahan sebentar tadi. Dia duduk mencangkung sambil menutup mukanya dengan tapak tangan.

Kak Arin serba salah. Bahu Aimjn ditepuk perlahan.

"Bangun, Aimin." Arahnya.

Namun, Aimin masih lagi dengan tangisannya. Tersedu-sedan dia dibuatnya.
Kak Arin mengeluh. Sebab ni lah dia tak mahu beritahu ahli keluarganya.

"Akakk, Aimin tetap akan paksa akak buat rawatan. Tak kiralah stage 4 ke apa ke. Ni je ikhtiar kita kak. Jom, ikut Aimin sekarang." Kata Aimin setelah tangisannya bersisa.

"Aimin, akak tak-"

"Aimin tak nak dengar alasan tu. Tolonglah kak, dengar cakap Aimin. Kali ni je.." Rayu Aimin sambil duduk melutut Kak Arin.

Tubuh Aimin ditarik sepenuh tenaganya.

"Okeylah.. Janganlah berlutut macam ni. Tak baik." Tegur kak Arin. Lutut Aimin yang berlapik dengan skirt itu disapu perlahan, menghilangkan debu-debu yang mungkin melekat.

"Terima kasih kak.. Aimin semua ni untuk kebaikan akak juga. Aimin akan jaga akak kat sini. Dah jom." Ajak Aimin.

Mereka berdua keluar dari ladies dan menuju ke meja mereka terlebih dahulu. Aimin mengambil lattenya lalu dia membantu kak Arin membawa sarapannya.

Setelah membuat pembayaran, mereka berdua menunggu Grab yang telah 'dipesan' oleh Aimin. Beberapa minit kemudian, sebuah kereta sederhana besar berhenti di hadapan mereka berdua.

Setelah memastikan identiti si pemandu, mereka lantas masuk ke dalam perut kereta. Hospital yang berdekatan dituju.

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now