"KAU tunggu dalam bilik ni je. Jangan pergi mana-mana. Aku ada mesyuarat dengan klien ni." Pesan Firdaus sebelum membetulkan kot hitamnya.
Aimin yang sedang membaca majalah yang terdapat di dalam pejabat peribadi milik suaminya itu mendongak memandang Firdaus. Majalah tadi ditutup dan diletakkan di tempat asal. Dia menghampiri Firdaus.
Aimin merapikan kedudukan tali leher suaminya itu. Kemudian, kot hitam itu ditepuk lembut untuk membetulkannya sekaligus menghilangkan habuk-habuk yang melekat di situ.
"Okey, tapi awak pasti kan bilik awak ni peribadi. Saya takut ada orang ceroboh masuk.." Kata Aimin dengan muka cuak. Sejak tadi lagi dia berasa tidak sedap hati. Harapnya perasaan dia sajalah.
"Inshaallah takde apa-apa. Nanti aku ketatkan kawalan kat depan tu. Kalau ada pape, kau call aku. Aku buat mode vibrate. Okey?" Kata Firdaus lembut.
Aimjn hanya membalas dengan anggukan kepala. Dia mengambil tangan suaminya yang dua kali ganda tangannya lalu dicium lembut.
"Hati-hati awak." Kata Aimin.
"Kau tu yang patut hati-hati." Pesan Firdaus pula.
"Hehee okey."
"Aku pergi dulu." Kata Firdaus sebelum meninggalkan Aimin seorang diri di dalam bilik itu.
"Ya Allah, kau tenangkanlah hati aku." Kata Aimin perlahan sambil menggosok dadanya.
Kemudian, dia kembali menyambung bacaannya pada majalah tadi. Habis semua bahan bacaan di dalam bilik itu dibacanya. Betapa lamanya mesyuarat suaminya sampaikan dia sudah habis baca 20 bahan bacaan yang tebalnya lebih kurang 50 muka surat.
Setelah bosan, dia bersandar di atas sofa gebu di sebelah meja kerja Firdaus. Dia membelek-belek telefonnya buat seketika. Namun, tiada apa yang menarik. Kawan-kawan TGT dia pula semuanya sibuk dan ada yang masih offline. Dia berbaring pula di sofa tersebut. Empuk gila!
Tak lama lepas tu, dia terlelap.
10 minit kemudian,
Seorang gadis yang berpakaian seperti tidak cukup kain menghampiri figura Aimin yang terbaring di atas sofa merah itu. Dia menyungging senyuman sinis di bibirnya. Sekejap sahaja sebelum wajahnya berubah kepada heartless.
Tanpa membuang masa, dia menarik tudung yang dipakai Aimin sehingga gadis itu tersedar dari tidur lenanya.
"Kau! Apa kau buat kat bilik boyfriend aku ni ha?!" Tengking gadis itu kepada Aimin tanpa malu.
"Biarlah. Aku ada hak." Balas Aimin. Sebenarnya dia tak tahu nak jawab apa. Sebab dia dah janji dengan Firdaus tak nak bongkarkan rahsia perkahwinan kepada orang lain. Lebih-lebih gadis di hadapannya ini ialah kekasihnya.
"Hak kau kata?! Hei kau tu siapa pada Faiq?! Kau fikir kau tu berharga sangat ke kat dia? Tak okey, tak! Aku je yang dia sayang, yang dia cinta." Kata gadis itu bertubi-tubi dengan tegas.
"Err.. Dah puas membebel?" Tanya Aimin berani.
Gadis itu mengetap gigi. Mungkin berang dengan jawapan Aimin itu.
"Berani kau perlekehkan aku?!" Tangannya laju je naik ke leher Aimin. Entah apa yang merasuk mindanya sehingga dia berasa seperti mahu membunuh saja Aimin.
Aimin pula berkerut tatkala bekas cap mohor pada lehernya tempoh hari berdenyut-denyut dan pedih. Tambah pula dengan kuku gadis itu yang panjang dan tajam seperti ahli sihir. Bertambahlah tanda pada leher dia nanti.
"Le-lepaslah! Kau gila ke?!" Jerkah Aimin kuat. Tangannya menampar-nampar tangan ahli sihir yang mencekiknya. Tapi, tangan itu seperti tangan besi yang langsung tidak terkesan dengan tamparannya.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...