"MAMA dengan adik ni betul-betul ke nak balik rumah arwah papa tu?" tanyaku sedikit sayu. Bukan apa, aku cuma risaukan keselamatan mereka nanti. Dahlah, takde orang lelaki dalam rumah tu. Apa-apa jadi nanti, susah.
"Iyelah. Dah lama sangat kami berdua menumpang di rumah korang ni ha." balas Puan Fatini.
"Ha'ahh kak. Adik tak tahulah nak balas jasa akak dengan abang Faiq ni macam mana. Terlalu banyak. Walaupun.. Adik pernah--"
"Tak payahlah ungkit lagi. Akak tak sukalah. Okey, kalau mama ngan adik nak balik semula, boleh. Tapi..." potongku, tidak suka sikap Alia Melissa yang kelihatan seperti mahu mengungkit kembali kekhilafannya dahulu.
"Tapi??" tanya Puan Fatini dan Alia serentak.
"Tapi, akak akan hantar beberapa orang pengawal ke rumah tu." sambungku.
"Hah? Pengawal? Tak payahlah Aimin. Kami okey je duduk berdua." Puan Fatini pantas menegah.
"Mama... Kat rumah tu takde 'ketua' aka 'lelaki'. Aimin takut kejadian yang sama berulang. Please, mama?" pujukku lagi. Tangan mama diraih lalu diusap lembut.
"Hmm, mama memang dah tak boleh nak kata 'tak' la kan? Memang kamu takkan dengar." balas Puan Fatini agak tidak puas hati.
"Hehehee... Btw, mama nak balik sekarang ke?" tanyaku lagi tatkala terlihat dua bagasi tersorok di belakang sofa yang kami duduki itu.
"Ha'ah.. Adik dah call teksi yang mama bagitau tu." balas Alia Melissa.
"Teksi? Mama, Aimin dengan Faiq boleh hantarkanlah." kataku sedikit kesal dan kecewa dengan tindakan itu.
"Takpelah. Mama taknak ganggu korang berdua lagi. Lagipun mesti si Faiq tu letih, baru lepas balik dari kerja. Kamu layanlah dia elok-elok ya? Ingat, syurga kamu di bawah tapak kaki suami. Lagipun mama teringin nak menimang cucu." Puan Fatini memujuk anaknya yang seperti berjauh hati dengannya itu.
"Betul tu kak. Adik pun teringin nak ada anak buah." sakat Alia Melissa.
"Ish, kau diam! Inshaallah mama. Err, tapi tak nak tunggu Faiq dulu? Kejap lagi dia balik la tu." aku segera menukar topik perbualan. Pipi dah berbahang ni. Ish.
"Takpelah. Lagipun--"
Pon! Pon!
"Haa, tu... Teksinya dah sampai. Kami pergi dulu ya? Jaga diri baik-baik. Ingat pesanan mama tadi." Puan Fatini mengingatkanku sekali lagi.
"Okey , mama." jawabku. Tangan mama aku kucup begitu juga kedua-dua pipi dan dahinya. Manakala Alia Melissa mengucup tanganku dan kami saling berlaga pipi.
"Assalamualaikum." kata Puan Fatini dan Alia Melissa.
"Waalaikumussalam." jawabku.
Aku menghantar pemergian mereka sehingga teksi tersebut hilang daripada pandangan mataku.
✳💐❤💐✳
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam." jawabku, menyambut kepulangan suami tercinta.
"Eh, mana mama dengan Alia?" tanya Firdaus hairan apabila melihat rumah kediamannnya yang selalunya riuh-rendah dengan kerenah Alia, kini menjadi sunyi-sepi.
"Tulah abang. Balik lambat lagi. Diorang dh balik rumah arwah papa." jawabku sambil mengambil beg kerjanya.
Firdaus masuk ke dalam rumah diikuti aku. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tanu itu. Dia memejamkan mata, merehatkan diri di situ.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romansa[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...