FIRDAUS hanya berdiri kaku di belakang Aimin yang pada ketika itu sedang duduk di atas sofa. Keadaan di ruang tamu itu agak tegang.
"Dah berapa lama korang berkahwin?" Tanya Puan Fatini tegas. Dia mengambil tempat di sofa berhadapan Aimin dan Firdaus.
"Err.. Dua bulan mama." Jawab Aimin.
"Dua bulan baru nak bagitau mama? Apa ni akak?" Puan Fatini kelihatan agak tidak puas hati.
"Mama.. Kitorang bukannya tak nak bagitau. Tapi, benda ni tak dirancang langsung tau mama. Maafkan akak ma.." Kata Aimin penuh rasa bersalah terhadap mamanya itu. Sudah lama dia tidak nampak wajah serius mamanya itu.
"Kenapa kak? Korang terlanjur ke apa?" Okey, kasar ayat mama.
"Taklah ma.. Payah nak bagitau. Dan akak tak tahu mama boleh percaya ke tak cerita akak ni." Kata Aimin lagi, bersungguh.
Nak harapkan Firdaus? Sampai bila pun dia tak nak bercakap. Masih tak puas hati agaknya. Ikut suka dialah.
"Bagitau la. Baru mama faham." Asak Puan Fatini. Dia memandang anak perempuannya dan menantu tiba-tibanya silih berganti.
"Macam ni... Blablablablabalabal..." Aimin bercerita dari A ke Z.
"Akak buat lawak ke kak? Kenapa tak masuk akal sangat cerita akak ni? Ingat ni drama ke?" Perli Puan Fatini. Tidak percaya dengan peristiwa yang diceritakan Aimin.
"Look.. You didn't believe it." Keluh Aimin perlahan.
"Mama nak bukti? Mama boleh tanya kawan-kawan Aimin yang pergi ke London aritu. Arin.. Mama boleh tanya Arin." Sambung Aimin lagi.
"Okey-okey.. Mama percaya. Walaupun macam mustahil, tapi... Memandangkan akak tak pernah bohong dengan mama sebelum ni, mama percaya." Kata Puan Fatini setelah berfikir semula.
Aimin bergegas mendekati mamanya dan memeluknya erat.
"Thanks mama.. I love you so much." Ucap Aimin penuh gembira dan lega.
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya.
Puan Fatini membalas pelukan Aimin. Belakang Aimin ditepuk-tepuk perlahan.
"Tapi kenapa dengan Faiq tu? Dia tak suka mama ke?" Bisik Puan Fatini perlahan di telinga Aimin.
Akmin tersentak.
"Err.. Taklah mama.. Dia.. Dia takde mood tu." Aimin tibai jawapan yang ada di kepalanya.
"Ohh.."
"Adik mana ma?" Tanya Aimin apabila dia tidak melihat kelibat Alia sejak tadi.
Berubah sedikit muka Puan Fatini apabila mendengar soalan itu.
"Entahlah akak.. Mama tak tahu dia pergi mana. Sejak arwah kak Arin meninggal, perangai dia berubah. Dia selalu keluar sampai tengah malam baru balik. Em.. Dengan penampilan dia yang seksi tu.. Dan kadang-kadang.. Dia.. Dia tengking mama. Mama tak tahu nak buat apa dengan Alia tu." Puan Fatini berkata lirih. Air mata menemaninya.
Aimin yang mendengar dan melihat air mata kesedihan dan kekecewaan mamanya itu turut berasa sedih. Jarang dia nampak Puan Fatini menangis macam ni. Last, masa pengebumian arwah kak Arin.
Aimin cuba menyalirkan kekuatan kepada permata hatinya dengan pelukan hangatnya.
"Mama jangan la nangis. Nanti akak pun nangis juga nanti. Takpe, nanti akak bincang elok-elok dengan adik. Okey? Dia takde pukul mama kan?" Tanya Aimin lagi.
Puan Fatini teragak-agak untuk menggeleng.
"Mama.. Jujur please. " kata Aimin lembut.
"Err.. Tapi akak jangan marah dia tau? Ada la dua kali adik pukul mama. Sebab mama tegur pasal pakaian dia." Kata Puan Fatini perlahan.
Aimin menekup mulutnya. Sampai hati kau, dik!
"Ya Allah.. Mama.. Nanti, kalau dia ada buat hal lagi. Mama call akak tau? Kenapa mama tak bagitau akak selama ni?" Ujar Aimin sedikit kesal. Namun, dia tahu mamanya pasti tidak mahu mereka dua beradik bergaduh lagi.
"Takde apelah.. Mama okey je." Balas Puan Fatini sambil tersenyum. Cuba mengambil hati anak perempuannya itu.
"Hmm.. Yelah." Aimin mengalah.
"Err mama.. Faiq ada urusan ni, kitorang balik dulu eh? Ada masa kitorang singgah lagi rumah mama." Firdaus yang sejak tadi membisu, bersuara. Dia menghampiri dua beranak itu. Tangan Puan Fatini dicapai sebelum menciumnya.
"Haa yelah. Akak pergi ambil strawberi yang mama beli dua hari lepas dalam peti sejuk. Mama belikan untuk akak." Pesan Puan Fatini kepada Aimin. Aimin segera menurut perintah, takut lupa pulak nanti.
"Faiq.. Walau apapun yang berlaku, mama nak Faiq jaga Aimin sebaik yang mungkin. Dia mungkin nampak ceria depan kamu, tapi dia cukup menderita di belakang kamu. Banyak detik-detik hitam yang dia pernah lalui sebelum ni. Boleh dikatakan, dialah satu-satunya anak mama yang paling banyak terima ujian berbanding dengan adik-beradik yang lain. Sekarang ni pulak, dia kena pikul tugas sebagai 'kakak sulung' pula dalam keluarga ni. Dengan adik dia yang macam tu. Jadi, mama harap Faiq tak tambah bebanan Aimin,ye?" Panjang lebar Puan Fatini berpesan dan meluahkan rasa.
"Inshaallah mama. Faiq cuba untuk jadi suami yang terbaik." Kata Firdaus. Terbit rasa bersalah di hatinya.
Bila difikirkan semula, Aimin layankan kerenah dia masa dia takde mood macam sekarang. Tugasan sebagai isteri, tetap dia tunaikan walaupun lukanya masih belum sembuh sepenuhnya. Dia pulak, tanpa sebab yang kukuh, buat-buat dingin dengan Aimin. Nak salahkan Aiminlah sebab hubungan mereka bocor? Haktuih kau...
"Mama!! Terima kasih tau belikan strawberi ni.. Akak suka sangat!" Ujar Aimin girang sambil tangannya menjinjit plastik yang berisi strawberi di dalam kotak-kotak plastik yang jernih.
"Sama-sama sayang. Dah, Faiq dah lewat tu. Kesian dia." Kata Puan Fatini.
Aimin menyalami tangan Puan Fatini kemudian mencium muka mamanya.
"Bye ma! Assalamualaikum.." Kata Aimin sebelum mengekori langkah Firdaus yang sudah berlalu ke kereta Mercedes Benznya.
※※💐❤💐※※
Aimin hanya memandang pemandangan yang terhampar melalui tingkap kereta di sisinya. Suasana di dalam kereta itu senyap-sunyi. Nak buka radio, Firdaus tak bagi.
"Aimin." Panggil Firdaus tiba-tiba.
"Hmm?" Pandangan Aimin kini berkalih kepada suaminya.
"I'm sorry sebab tak layan kau elok-elok beberapa hari ni." Katanya dengan nada yang rendah.
"Ohh, it's okay. Saya faham. Btw, parents awak macam mana?" Tanya Aimin.
"Err, aku nak bawa kau jumpa diorang lah ni." Balas Firdaus.
"Ohh.." Nadanya sudah berubah. Aimin menggenggam jari-jemarinya. Debaran kembali bertandang di hatinya.
Firdaus perasan akan riak cemas isterinya itu. Dengan teragak-agak, sebelah tangannya memegang tangan Aimin yang bertangkup itu. Aimin sedikit tersentak dengan tindakan Firdaus itu.
Fuhh! Sejuk sia tangan!
"Janganlah nervous sangat. Kau pernah jumpa diorang sebelum ni kan?" Kata Firdaus.
"Memanglah.. Tapi itu 4 tahun yang lepas." Balas Aimin perlahan. Dia rasa seperti hendak menangis sahaja kerana terlampau takut akan penerimaan keluarga Firdaus nanti.
"Chill sweetie. Aku ada kan?" Pujuk Firdaus lagi. Tangannya meleraikan kedua-dua tangan Aimin yang bertangkup tadi. Kini, dia menggenggam tangan kanan gadis itu.
Teruk cemas dia ni.
Aimin pula turut mengemaskan genggaman tangan mereka. Tangannya yang sejuk tadi kini hangat menerima haba daripada tangan Firdaus.
"Thank you."
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...