PADA satu tempat yang lain, Zarif tak sudah-sudah merungut. Pelbagai luahan dan makian yang dilontarkan kepada bodyguardsnya itu. Sesekali mereka ditengking. Sesekali, dia menyepak rumput yang terbentang luas di padang rumput di belakang banglo kediamannya yang agak ekslusif.
"Berapa banyak kali dah aku cakap. JANGAN IKUT AKU KAT BANDAR SANA TU. KALAU YE PUN NAK PANTAU KESELAMATAN AKU, DARI JAUH PUN TAKPE KAN?!" Bentaknya keras.
"Maafkan kami Tengku. Tapi kami hanya menjalankan tugas dan amanat Tengku Zainuddin." Balas ketua bodyguards itu.
"Eh kalau rahsia aku terdedah kat orang ramai.. Siap korang semua!" Katanya lagi.
"Dan.. Korang tahu tak korang dah buatkan kawan baik aku, tak selesa dengan korang? Korang ni menyemakkan mata dia tahu tak?" Sambungnya lagi, dikaitkan dengan Aimin Natasha.
"Tapi Tengku.. Dia tu hanya gadis biasa yang tiada pangkat macam Tengku." Balas ketua itu lagi. Yang lain masing-masing dah tak mahu angkat muka.
" So what? Sekali lagi aku pesan eh? Ikut aku dari jauh! Kalau tak, aku pecat korang semua.!" Katanya bersama ugutan. Dia berjalan menuju ke banglo keluarganya itu.
※※💐❤💐※※
"Aimin.. Betul ke kau dengan Firdaus dah tak contact?" Soal Arin sewaktu mereka sedang membuat panggilan video pada malam itu.
Terus berubah raut wajah Aimin apabila mendengar sebaris nama itu.
"Ha'ah.. Dah Arin. Aku taknak cakap pasal dia lagi. Terserah dia nak buat apa. Aku takkan ambil peduli apa pun pasal dia." Balas Aimin dengan laju.
Arin mengangguk kepalanya perlahan.
"Okey.. Sorry kalau aku buat kau tak selesa dengan soalan aku tadi." Kata Arin seraya tersenyum nipis.
Melihat senyuman itu, Aimin turut sama tersenyum. Memang dia tak boleh nak marah lama-lama dengan Arin. Arin ni lembut sikit. Kalau dia marah, Arinlah yang menjadi penenangnya. Arin boleh dikatakan seperti air yang selalu mencurah-curah di atas api seperti aku ni, yang suka marah-marah. Er, hiperbola ke?
"Takpe.. Kau tak sengaja kan.. It's okay." Balas Aimin.
"Oh ya.. Arin, kau kerja apa sekarang?" Soalnya lagi.
"Aku?" Arin menunjuk kepada dirinya. Aimin mengangguk kepala.
"Aku..erm.. Aku kerja biasa-biasa je." Balas Arin lembut.
"Kerja apa? Kongsilah dengan aku." Pujuk Aimin lagi. Berkeras hendak tahu kerjaya Arin.
Arin hanya tersenyum.
"Aku jadi PA je." Kata Arin.
Aku tersengih nakal.
"PA siapa? Izzul eh?" Usik Aimin.
Arin kelihatan tergelak kecil dengan usikannya. Mukanya pun dah merah sikit.
"Mana kau tahu?" Soalnya seakan terkejut.
"Eh betul ke? Hahaa.. Aku teka je tadi. Tak sangka pulak.. Panjang betul jodoh korang." Usik Aimin lagi.
"Hisy kau ni. Dahlah cakap pasal dia." Arin cuba mengubah topik perbualan.
"Biar aku pula teka kau punya kerja.. Ha, kau jadi pengusaha kafe. Betul tak?" Kata Arin lagi.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...