AIMIN membuka matanya. Dia hampir mahu menangis lagi apabila melihat dia masih di ruangan yang sama. Dan.. Pinggangnya pula dipeluk erat oleh tangan kekar Zariff di belakangnya.
Air matanya mengalir lagi. Tapi dia berasa agak pelik sebab dia sudah berbaju. Baju tidur pulak tu. Baju siapa?
Tetapi perasaan takutnya masih menguasai. Dirinya kini sudah kitor. Tak suci. Menjijikkan. Esakannya terlepas jua setelah ditahan.
Gebar separas bahunya jtu digenggam erat bagi mengurangkan esakan tersebut. Sayu hatinya apabila mengenangkan nasib dirinya itu.
'Aku malu dengan Firdaus. Macam mana aku nak hadap dia nanti? Aku dah.. Kena tebuk.'
"Kenapa ni? Hrmm?" Soal Zarif lembut, dengan suara serak basahnya , normallah sebab baru bangun tidur.
Ehh kejap. Tapi ni bukan suara Zariff. Suara Zariff lagi kasar. Aimin membalikkan tubuhnya menghadap lelaki itu.
"Awakkk..!" Sebak menguasai diri Aimin. Ya Allah, terima kasih kerana mendengar doaku. Sekali lagi, air matanya mengalir.
Dia pantas memeluk Firdaus erat. Biarlah suaminya nak kata apa. Yang penting, dia selamat berada di dalam pelukan lelaki yang bergelar suami itu.
"Aw-wak.. Maafkan saya.. Saya dah-"
"Shh.. Tak. Kau suci lagi. Aku sempat datang semalam. Maafkan aku sebab lambat. Kau okey kan?" Kata Firdaus lembut. Dia membalas pelukan isterinya. Rambutnya dikucup perlahan.
"S-saya takut. T-tapi dia dah ki--"
"Dah dah.. Kau rehat dulu. Aku pergi ambil sarapan. Ok?" Firdaus meleraikan pelukan mereka. Wajah bengkak Aimin diperhati penuh simpati dan kesal. Air mata yang mengalir disapu lembut.
Aimin menggeleng perlahan.
"Jangan pergi.. Saya takutt." Rengek Aimin.
"Okey-okey. Tapi berhenti menangis. Kalau tak, aku pergi." Kata Firdaus lembut. Dia harus menjaga hati gadis ini. Setelah apa yang dia hadapi semalam. Tak mungkin dia boleh lupa macam tu je.
Aimin pantas menyeka air matanya.
"Maafkan aku sebab tak mampu jaga kau sebaik mungkin." Tutur Firdaus.
Aimin menggeleng perlahan. Pipi Firdaus diusap lembut.
"Awak dah banyak berjasa untuk saya. Saya anggap tu sebagai 'jaga' . Okey. Saya yang patut minta maaf, sebab saya tak mampu jaga maruah saya. Saya rasa jijik dengan diri sendiri. Saya malu dengan awak. Saya bukan isteri yang baik." Sayu Aimin berkata. Usapan di pipi Firdaus dileraikan.
"It's okay. Kau tak expect pun benda nak jadi macam tu kan? Sebab tu, aku pesan.. Jangan jumpa dengan dia sebab dia tu bahaya. Tapi, dia yang jumpa kau kan. Nak buat macam mana. Kau janganlah salahkan diri-sendiri macam tu." Kata Firdaus lemah lembut.
"Hmm. Tapi saya tak boleh lupa. Saya masih terbayang dia buat tu." Aimin mencebik.
"You should forget it. Now, go take your bath. But.. He bite you too much! Sh*t!" Firdaus meneliti leher Aimin yang mempunyai cap mohor itu. Sakit sungguh hatinya saat itu. Nak je dia habiskan nyawa si Zariff tu .
"Kenapa?" Tanya Aimin polos.
"Takde pape.. Pergilah mandi. Aku tunggu kat luar ni. Ke nak aku temankan?" Firdaus tersenyum nakal.
Aimin menampar perlahan bahu Firdaus.
"Janganlah. Tunggu je kat sini." Dia bangkit dari perbaringannya dan dia mengemas kembali katil itu.
Terkejut dia apabila melihat beberapa tompokan darah pada cadar katil itu. Bilik je warna hitam. Katil ni putih tau!
Kolam matanya mulai bergenang.
"Awakk.. Ni--"
"Takk.. Tu darah si Zariff. Aku tumbuk dia semalam." Kata Firdaus. Dia terlupa nak bersihkan semalam.
Aimin memandang mata Firdaus untuk kepastian.
"Don't worry, sweetie. Trust me." Lembut Firdaus memujuk hati Aimin yang nampaknya masih berbelah bahagi itu.
"Okey.."
※※💐❤💐※※
Dua hari kemudian
"Ye.. Saya dah okey."
"Kak Syu dengan yang lain tak payahlah risaukan saya. Saya dah baik kan?"
"Cuma saya ambil cuti la beberap hari ni. Takpekan kalau saya serahkan Kak Syu untuk jaga kafe tu?"
"Terima kasih Kak Syu. Maaf menyusahkan akak."
"Kirim salam semua tau. Assalamualaikum."
Aimin meletakkan telefonnya di sisi katil. Serentak itu, Firdaus masuk ke dalam biliknya.
"Kau nak ikut aku pergi office?" Soal Firdaus. Tak sampai hati pula dia nak tinggalkan Aimin seorang diri di rumah tu. Fobia dia mesti tak hilang lagi.
"Emm boleh juga. Lagipun saya takut nak duduk sorang-sorang dalam rumah besar awak ni." Balas Aimin teruja.
"Ha okey, jomlah."
"Eh tapi, saya tak buatkan sarapan lagi." Kata Aimin.
"Takpe. Kita makan dekat kafe kat pejabat aku tu." Balas Firdaus.
"Okey.. Kejap eh, saya nak pakai tudung." Sehelai shawl berwarna hitam yang sudah digosok diambil di dalam closet. Shawl itu dililitkan di kepala menutupi rambutnya hingga ke paras pusat.
"Dah siap!" Aimin mengambil beg tangannya sebelum mengekori Firdaus.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...