"IZZ, Firdaus." Gamit Arin.
Aimin pula memandang Firdaus yang nampak risau dan cemas itu. Firdaus menghampiri isterinya.
"Kitorang tunggu dekat luar." Kata Arin. Dia mengajak Izzul keluar dari wad peribadi itu.
Aimin cuba mengangkat kedua-dua tangannya, tetapi sakit. Dia mahu memeluk suaminya itu. Air matanya mengalir buat kesekian kalinya.
Seakan-akan memahami kehendaknya, Firdaus memeluk erat tubuh isterinya yang lemah itu. Dia menahan sebak yang terasa.
Aimin sudah teresak-esak di dalam pelukan suaminya.
"I'm not virgin anymore.. I'm sorry." Kata Aimin sambil menangis. Dia tidak mahu melepaskan pelukan itu.
"Shh.. It's not your fault, right? I'm sorry i didn't save you. I'm sorry sweetie." Balas Firdaus perlahan.
"Please don't leave me again? I'm scared.." Kata Aimin lagi.
Firdaus membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya. Katil itu mampu memuatkan dua orang walaupun nampak macam katil single. Dia kembali memeluk Aimin.
"It's hurt everywhere." Rintih Aimin. Mukanya berkerut menahan kepedihan yang dirasa.
Luruh jantung Firdaus melihat keadaan Aimin yang nampak begitu lemah itu. Dari dulu sampai sekarang, masalah tak pernah tak ada.
"I'm sorry again sweetie." Dia mengucup dahi Aimin penuh kasih.
Aimin mengangguk sambil memejamkan matanya. Dia kembali terlena dalam pelukan suaminya.
"From now on, i'm gonna protect you and... I would try loving you again. I want to be a good husband for you, just like what you did before." Ucap Firdaus jujur. Itulah tekadnya mulai saat itu.
※※💐❤💐※※
Beberapa hari kemudian, Aimin sudah boleh discharge. Namun , kesannya masih terasa.
Setelah Arin memunggah barang-barang Aimin ke dalam kereta Firdaus, dia menghampiri Aimin. Dia membantu Aimin masuk ke dalam kereta suaminya.
"I'm sorry sebab tak dapat temankan kau kat rumah. Aku kena fitting baju kahwin lepas ni dengan Izzul. Nanti kitorang singgah eh?" Kata Arin lembut. Dia mengusap bahu aku perlahan.
"Hmm it's okay. I don't want to disturb you with your husband to be. Hehe.." Usik Aimin perlahan. Dia membaringkan tubuhnya di atas kerusi kereta yang sudah direbahkan.
"Let's go sayang!" Panggil Izzul di dalam keretanya yang diparkir di belakang kereta Firdaus. Firdaus pula masuk ke dalam keretanya, mengambil tempat di sebelah isterinya.
"Aku pergi dulu. Bye! Take a good care for her." Pesan Adin kepada Firdaus sebelum dia berlalu ke kereta Izzul.
Firdaus mula memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital. Dia memandu dengan cukup berhemah dan berhati-hati. Bimbang isterinya terluka lagi.
"Sakit lagi?" Soal Firdaus.
"Em.. Pedih lagi." Jawab Aimin perlahan.
"Awak.. Boleh belikan saya kerusi roda?" Tanya Aimin tiba-tiba.
Firdaus berkerut kening.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...