HARI yang ditunggu-tunggu Aimin tiba jua. Pada pagi itu, dia bangun awal kerana terlalu teruja. Tak sabar nak jumpa kak Arin dia. Dia bercadang untuk spend time bersama kakaknya di sana nanti.
Reunion akan diadakan pada hujung minggu, sehari dua sebelum bertolak pulang semula ke Malaysia. Jadi, dia mempunyai banyak masa untuk kakaknya.
Sedang dia menyiapkan sarapan untuk dirinya serta mama dan adiknya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Terdapat satu panggilan daripada Zarif. Kening Aimin bertaut.
"Apa masalah mamat ni call aku pagi-pagi buta macam ni?" Gumam Aimin perlahan.
Ikon hijau ditarik ke atas untuk menjawab panggilan tersebut. Kemudian, telefon itu dikepitkan antara telinga dengan bahunya. Manakala tangannya sibuk menuang bijirin dan susu segar ke dalam mangkuk.
"Assalamualaikum." Sapa Aimin tatkala si pemanggil mendiamkan diri selama 5 saat.
"Waalaikumussalam. Sorry aku ganggu kau ke ni?"
Memang! Memang ganggu.. Ganggu ketenteraman aku nak sarapan.
"Eh tak ganggu puunnn.." Balas Aimin sarkastik.
Kedengaran Zarif tergelak kecil.
"Nakal kau ni. Err, aku nak tanya la. Kenapa kau tak kerja semalam?"
Ehh sibuk je dia ni.
"Aku hang out ngan kawan-kawan sekolah dulu. Kenapa? Penyibuk.." Balas Aimin. Dia berlalu ke meja makan lalu duduk di kerusi yang sedia ada.
"Ohhh.. Haha, biarlah. Aku sibuk urusan kau je."
Errrrrrr..
"Hmm kau busy tak hari ni?"
"Aku lupa nak bagitau. Hari ni aku berlepas ke London. Jadi, selama seminggu ni aku takde di Malaysia. Harap maklum ye." Jawab Aimin.
"Whatt? Kau buat apa kat sana? Seminggu siap!"
Ya Allah mamat ni!
"None of your bussiness. Aku tutup eh? Bhaii!" Aimin pantas menamatkan panggilan.
Apa kes mamat tu nak busybosy huh? Rimas aku. Ergh! Tak kuasa makk..
Memang tidak dinafikan bahawa Zarif mempunyai sikap yang protective terhadapnya. Bukan setakat dirinya malah terhadap Puan Fatini dan Alia juga. Kadang-kadang dia arahkan kawan-kawan dia tu untuk tolong jengukkan rumah mereka tatkala mereka tiada di rumah.
He's very protective.. But, sampai sekarang Aimin tak faham kenapa dia perlu libatkan kawan-kawan dia kalaulah dia tu nak pantau keselamatan mereka sekeluarga. Sesiapa tahu?
"Harap-haraplah dia tak suruh kawan dia tu pantau keselamatan aku kat sana nanti. Kalau tak, memang aku bagi cukup-cukup atas muka dia tu. Huh!" Bebel Aimin seorang diri.
"Hoi! Apa yang akak bebelkan tu? Apelah akak ni. Depan makanan pulak tu." Sergah Alia Melissa yang baru turun.
"Ya Allah! Dah lembik cornflakes ni.. Hisy! Zarif punya pasal lah ni." Marah Aimin. Orang lain pula yang disalahkan. Tapi betul juga kata-katanya itu.
Mungkin sesetengah orang suka makan bijirin yang lembik. Tapi tak bagi Aimin. Tekaknya tidak boleh menelan bijirin yang lembik seperti itu. Alahan barangkali. Entohlah nakk..
"Lia.. Kau makan akak punya ni. Dah lembik." Kata Aimin sambil menyuakan mangkuk bijirinnya kepada Alia yang baru nak ambil mangkuk.
"Oh? Okey... Terima kasih akak.. Lembik pun lembik lahh.. Dia serap susu ni jugak dalam badan dia tu." Balas Alia kepoh sambil mengambil mangkuk Aimin tadi.
Manakala Aimin mengambil bijirin yang baru.
※※💐❤💐※※
9.50 pagi
Semua ahli TGT telah berkumpul di taman bunga Emerald Highschool setelah mendapat keizinan Tuan Pengetua. Aimin lah orang yang paling teruja sekali nak masuk dalam taman tu.
Fanatik dengan bunga lah katakan. Bagi Aimin, bunga menjadi peneman dia semasa dia sedih, stress dan sebagainya. Peneman semulajadi. Macam-macamlah si Aimin ni.
Mereka masing-masing mengambil tempat di bangku yang terdapat di taman itu. Mereka hanya perlu menunggu kedatangan TF sahaja sebelum bertolak ke KLIA Airport.
Aimin sorang sahaja yang hyperactive di dalam taman bunga tersebut. Sekejap belai dan sentuh bunga mawar, sekejap bunga kertas, sekejap bunga cherryblossom , sekejap bunga kekwa, sekejap bunga tulip, bunga raya, bunga matahari. Gabungan kesemua bunga itu yang tersusun rapi di dalam taman tersebut menjadikannya menarik dan ceria dengan pemandangannya yang berwarna-warni.
"Woi Tasha! Tak habis-habis dengan bunga.. Tinggal kang, menangis sia-sia je kau." Bebel Wanie.
"Biarlah dia.. Ni syurga dia kan." Kata Iffah.
"Hmm.. Haihh yang diorang ni pulak. Tak sampai-sampai. Nak tunggu flight tu berlepas baru nak sampai gamaknya." Leter Ama pula. Dia mengerling jam tangan di pergelangan tangan kanannya.
10.20 a.m.
"Dah setengah jam ni. Flight pukul berapa?" Soal Ama lagi, kalut.
"Tak tahu. Diorang yang uruskan." Balas Iffah. Juga tidak senang duduk.
"Ish.. Amende lah diorang tu! Memang nak makan penumbuk aku ni!" Marah Wanie sambil mengepal penumbuknya.
Arin mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Izzul. Dalam dua deringan sahaja, panggilannya dijawab.
"Hello, Assalamualaikum Arin!"
"Waalaikumussalam. Izz korang kat mana? Flight pukul berapa? Kenapa korang tak sampai lagi kat sekolah? Janji melayulah korang ni!" Hambur Arin namun suaranya tetap lembut, cuma dikeraskan sedikit.
"Laa.. Kat sekolah ke? Patutlah. Kan kitorang dah bagitau pergi airport terus? Tak ingat?"
Arin terdiam sejenak. Sejak bila?
"Hmm okeylah. Bye!" Arin terus memutuskan talian.
"Weh, jom lah pergi airport. Diorang dah tunggu kat sana." Kata Arin sambil berdiri.
"Huh! Hari tu kata tunggu kat sekolah! Ciss betul!" Bentak Ama. Arin hanya menjongketkan bahunya, malas nak keruhkan keadaan jika dia beritahu apa yang Izzul kata tadi.
Mereka turut berdiri dan melangkah keluar dari taman tersebut diikuti Aimin di belakang sekali. Sedih rasanya nak tinggalkan taman ni. Tapi, kakak dia lagi penting! Aimin kembali bersemangat.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...