Kak Arin's POV
"HAIHH.. Mana la budak Aimin ni, tak nampak batang hidung lagi sejak hari tu. Takkan dia dah balik Malaysia kut? Tapi takkan dia blah macam tu je? Tak bagi tahu aku pun?" Aku bermonolog sendiri.
Kakiku tetap digagahkan untuk bermundar-mandir di dalam wad peribadi itu. Biarpun denyutan di kepala kembali menggila, namun aku tak kisah. Sekarang, aku nak tahu pasal Aimin.
Telefon aku kerling sekilas sebelum dengusan kecil terluah di bibirku.
"Hmm.. Orang telefon dia tak angkat. Mesej tak balas. Whatsapp pun last seen. What happened to you, sister?" Bicaraku sendiri. Masih resah memikirkan keberadaan Aimin.
Selalunya Aimin akan datang melawatku setiap hari walaupun lewat malam. Dia akan tetap datang. Tapi ni, dah tiga hari dia tak munculkan diri. Risau tahu tak?
Aku duduk di birai katil bujang yang bercadar putih itu. Gambar Aimin dan diriku yang diambil tiga hari yang lepas dipandang sayu. Aku berbaring di atas katil tersebut. Denyutan di kepalaku semakin menjadi-jadi.
"Aiminnn! Where are you?"
End POV
※※💐❤💐※※
"Aiminn, kau tak nak bangun lagi ke? Dah dua hari kau baring. Kau tak bosan ke asyik baring je kat situ?" Luah Arin perlahan. Tangannya melekap pada cermin lutsinar itu.
Sememangnya polisi hospital itu amatlah ketat. Pesakit yang koma atau tidak sedarkan diri, tidak dibenarkan untuk diziarahi. Arin juga tidak tahu kenapa. Apa yang pasti, mereka tidak mahu pesakit diganggu.
Tapi, bukankah mereka boleh mendengar juga meskipun anggota badan yang lain tidak berfungsi? Malah, kebanyakan mereka yang koma tersedar apabila mendengar suara insan tercinta. Namun, semuanya atas berkat Allah S.W.T juga.
Arin perherankan sahaja perkara yang berlegar-legar di dalam kepalanya waktu itu. Bahunya dicuit tiba-tiba.
"Oit Arin. Kau tak nak makan? Dah petang ni. Azan Asar pun dah berkumandang tadi. Kalau kau nak makan then nak solat terus pun takpe. Aku pula yang jaga Aimin, ye?" Kata Iffah lembut. Dia baru sahaja selesai makan malam.
"Oh ye ke? Okey.. Tapi aku period, haha.. So, aku turun makan jap eh.." Balas Arin perlahan di telinga Iffah.
Iffah tergelak kecil mendengar kata-kata itu.
"Ops.. Maaf, aku tak tahu." Selorohnya lagi.
Mereka berdua tertawa kecil.
"Apa yang digelaknya tu?" Tanya Izzul hairan.
Arin hanya menggeleng. Dia kemudiannya berlalu ke lif. Kafe hospital itu dituju. Setelah selesai menjamu selera, dia ke tandas hospital yang berada di tingkat pertama. Dia berdiri di hadapan sink yang terdapat cermin besar di depannya.
Dia membuka paip lalu membasuh mukanya berkali-kali. Perasaan sebak bertandang di hatinya tatkala teringatkan Aimin. Dia segera menyapu mukanya dengan air tatkala terasa air matanya mengalir di pipi.
Keadaan di dalam tandas itu sunyi. Hanya ada beberapa orang sahaja yang menggunakannya pada masa itu. Semuanya orang putih.
"Ehh, awak ni..." Tegur seseorang dalam bahasa melayu. Tersentak Arin dibuatnya. Segera dia berpaling ke arah suara itu. Terbuntang matanya melihat figura wanita itu.
"Kak Arin?" Arin menginginkan kepastian.
Kak Arin mengangguk sambil tersenyum lemah.
"Apa Arin buat kat sini?" Soal Kak Arin lembut.
"Err, Arin teman kawan Arin sakit kat sini." Jawab Arin.
"Ohh.. Eh tapi bukan ke korang ada reunion kat sini? Kan? Aimin kata macam tu hari tu." Kata Kak Arin.
Arin tersentak.
"Ehheh.. Ha yelah tu. Tapi kitorang dah nak balik dah." Balas Arin sambil tersengih. Kemudian, barulah dia perasan sesuatu.
"Eh.. Kak Arin sakit apa? Ni baju pesakit hospital ni.." Kata Arin bingung.
"Err.. Akak sakit sikit. Hehe." Balas Kak Arin kekok.
"Ohh.. Akak duduk kat wad mana? Nanti boleh Arin lawat." Tanya Arin lagi.
"Wad 25 kat tingkat 2." Jawab Kak Arin. Takpelah, dia kawan sejak kecil Aimin lagi. Lagipun , kitorang dah anggap dia macam ahli keluarga sendiri. Takpelah kut kalau dia tahu.
"Ohh okey kak. Nanti kalau ada masa Arin lawat akak eh?" Kata Arin ceria.
"Haa Arin. Arin ada nampak Aimin tak? Dia dah tiga hari tak lawat akak. Selalunya setiap hari dia datang." Kak Arin meluahkan ketidakpuasan hatinya itu.
Arin tersentak.
"Err akakk.. Kalau Arin bagitau ni, akak jangan melenting tau?" Kata Arin serius.
"Inshaallah, apa?" Balas Kak Arin. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
"Actually , Aimin accident two days ago. Dia koma. Sampai sekarang tak bangun lagi." Kata Arin perlahan sambil menunduk. Tak sanggup untuk menatap wajah kak Arin.
"Hahh?!" Kak Arin terkaku seketika. Terasa berita yang disampaikan itu bagaikan tidak benar.
"Betul kak.. Akak nak jumpa Aimin tak? Arin tolong bawakan akak ke sana." Pelawa Arin lembut.
Arin memapah kak Arin yang sudah kelihatan tidak bermaya selepas mendengar berita Aimin itu. Terbit rasa kasihan di hati Arin. Kakaknya sakit, adiknya pun sama. Siapa je yang tak susah hati?
"Eh, Arin.. Siapa ni?" Soal Iffah hairan apabila Arin membawa wanita yang tidak dikenalinya ke ruangan peribadi itu.
Manakala Izzul dan Ad sudah berdiri tatkala memandang mereka berdua.
"Kakak Aimin." Jawab Arin ringkas.
Kak Arin menahan tangisnya tatkala melihat tubuh adiknya yang terbaring lemah di sebalik cermin lutsinar itu. Badannya hampir terlorot jatuh ke lantai, namun cepat-cepat disambut oleh Arin dan Iffah.
"Aiminnn.. Mana janji Aimin pada akakk.. Kenapa Aimin ada kat situ? Jangan tinggalkan akak, Aiminn.. Kenapa Aimin sakit juga disaat akak menanggung derita ni Aimin? Akak tak tahu bila akak boleh bertahan. Tapi akak sakut sangat Aimin. Tapi kenapa Aimin takde di sisi akak? Aiminnn... Bangunlah. Akak perlukan Aimin.." Rengek Kak Arin bagaikan budak kecil. Air matanya lebat membasahi mukanya.
Arin dan Iffah terkedu dan tergamam mendengar rintihan kak Arin itu. Arin terasa sebak tiba-tiba.
"Akak.. Tell me.. Akak sakit apa?" Tanya Arin sebak.
"Aiminn.. Arin, akak nak Aiminn.. Keluarkan dia dari situu.." Rintih Kak Arin lagi.
Air mata Arin dan Iffah turut mengalir melihat kesungguhan Kak Arin itu. Mereka bertiga teresak-esak di hadapan cermin itu.
Tiba-tiba tangisan kak Arin terhenti. Dia memegang kepalanya pula sambil matanya terpejam dan matanya terkumat-kamit membaca sesuatu.
"Aiminn.." Katanya lemah sebelum pandangannya berpinar-pinar dan kemudiannya menjadi kelam.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...