Firdaus' POV
"AKU terima nikahnya Aimin Natasya Bt. Dato' Ahmad dengan mas kahwin seratus ringgit tunai." Ucapku tanpa nada.
"Sah?" Soal tok kadi kepada saksi iaitu TF dan TGT.
"Sah!" Jawab TF.
"Sah!" Kata TGT.
Tok kadi kemudiannya membaca doa untuk mereka berdua. Selesai itu, dia meminta diri untuk beredar.
Jumpa juga tok kadi Melayu yang menetap di London ni. Perkahwinan ini dilakukan di dalam wad Aimin sahaja memandangkan Aimin masih belum sedar.
Aku mengerling dia sekilas. Perasaan geram dan benci masih terbuku di hati. Kalau tak sebab kau, aku masih bujang! Apa aku nak jawab dengan Putri nanti?
"Hoi! Ciumlah isteri kau ni." Arah Syazwan.
Aku menjeling mereka tajam. Aku merapati Aimin dengan terpaksa. Dahi licinnya aku cium sekilas.
Kemudian, aku berlalu keluar dari wad tersebut. Hancur luluh hatiku apabila mengingatkan peristiwa ni. Aku mengeluh perlahan.
Tiba-tiba telefonku berdering.
Alamak, Putri call!
Aku menjawab panggilannya. Nanti merajuk pulak, lagi susah.
"Hello, honey.." Suara dimaniskan mungkin.
"Hello too.. Awak buat apa tu?" Suara lembut Putri membuatkan aku serba salah.
"Err, takde buat pape." Balasku.
"Ohh.. Bila awak nak balik Malaysia? My parents keep asking me bila awak nak jumpa diorang. Hmm?"
Aku meneguk air liur yang terasa kesat.
"Err, about 4 days more. Sabarlah sayang." Kataku memujuk.
"Mm.. Okay takpelah kalau macam tu. Saya nak tanya tu je. Bye." Terus panggilan ditamatkan oleh Putri.
Aku mengeluh kecil.
Apa lagi masalah yang perlu aku hadapi lepas ni?
End POV
※※💐❤💐※※
"K-Kenapa tak hilang lagi?" Soal Arin gugup.
"Mungkin lepas 24 jam tu baru hilang kut." Kata Ama pula, menyedapkan hati masing-masing.
"Em, mungkin."
Tiba-tiba Aimin memberikan respons. Badannya bergerak perlahan sebelum kelopak matanya terbuka sepenuhnya.
"Eh Aimin.. Kau dah sedar!" Kata Arin sedikit teruja.
"Berapa lama aku pengsan ni?" Soal Aimin perlahan. Kepalanya diurut.
"Er.. 20 jam." Balas Arin.
"Ohh.. Kenapa leher aku rasa sakit ni? Aku ada terhantuk apa-apa ke kat situ?" Soal Aimin lagi sambil memegang belakang tengkuknya.
Arin dan yang lain sedikit tergamam. Jadi, dia boleh rasa semua tu.
"Ha'ahh.. Kau luka sikit kat leher kau tu. Nasib baik tak kuat sangat." Kelentong Wanie.
Arin menghela nafas lega.
"Oh, patutlah lain pun. Mesti dalam luka tu. Aku boleh rasa." Tangannya masih lagi mengurut di sekitar kawasan 'tanda' tu.
Mereka semua hanya mengangguk.
"Sekarang dah pukul berapa?" Soal Aimin.
Masing-masing mengerling jam tangan.
"11 malam." Kata Iffah.
"Okey.. Korang boleh tolong aku tak. Aku nak solat. Aku tak larat nak bangun sendiri." Pinta Aimin.
Arin dan Iffah menolong memapah Aimin ke bilik air. Manakala Ama menyediakan kelengkapan solat kepadanya. Wanie dan Aten pula keluar ke hospital mart untuk membeli makanan untuk Aimin. Malam-malam macam ni, nurse dah tak hantar makanan ke bilik pesakit.
Mereka setia menunggu Aimin selesai menunaikan solat.
"Macam mana ni. Aku tak boleh pegang rahsia." Bisik Aten kepada Arin.
"Diam je. Tak payah sebut pun pasal tu." Kata Arin.
Selesai solat, mereka semua makan kudapan bersama-sama sambil berbual.
"Korang nak tahu tak , mimpi aku an tak logik langsung. Aku tak percaya aku mimpi semua tu." Kata Aimin sambil mengunyah roti coklat.
"Mimpi apa?" Soal Wanie.
"Aku mimpi aku dah kahwin dowh. Gila bapak ahh.." Balas Aimin.
Hampir tersembur makanan yang berada di dalam mulut masing-masing.
"Ohh yeke? Kau kahwin ngan siapa?" Soal Arin berlagak tenang.
"Bencilah.. Tapi entahlah. Aku kahwin dengan mamat kerek tu. Eeii nasib tu mimpi je." Kata Aimin dengan muka yang ditarik.
"Maksud kau, Firdaus?" Soal Aten.
Aimin menganggukkan kepalanya tanpa rela.
'Tu bukan mimpi nak oi. Tu realiti.' Bisik hati kecil Arin.
"Kenapa korang nampak terkejut sangat ni? Lebih daripada aku pulak." Kata Aimin yang perasan akan perubahan wajah masing-masing.
"Kalau aku cakap, mimpi tu betul-betul terjadi, apa reaksi kau?" Soal Arin.
"Ergh! Memang taklah wei aku nak nikah ngan dia tu. Poyo je lebih! Banyak muka!" Balas Aimin.
'Maaf, tapi kau dah pun nikah ngan dia.'
※※💐❤💐※※
Tepat jam 3 pagi, Aimin mengaduh sakit. Belakang lehernya dipegang. Kulit lehernya terasa bagaikan disiat-siat. Dia menangis kerana tak mampu untuk menahan kesakitan itu.
"Kau okey tak ni?" Soal satu suara garau.
Aimin tersentak. Tu, tu suara Firdaus! Apa dia buat kat sini? Mana Arin dan yang lain?
Namun dia tak mampu nak mengeluarkan walau sepatah kata. Kepedihan di belakang lehernya menyukarkan segala-galanya.
Air matanya mengalir semakin laju.
"S-sak-sakit.." Rintih Aimin sedaya upaya.
Denyutan di lehernya semakin menjadi-jadi. Aimin mengerekot kesakitan. Tiba-tiba dia berasa satu tangan melingkar di bawah tubuhnya. Sekali tarikan sahaja, tubuh kecilnya berada di dalam dakapan Firdaus.
Mahu saja, dia melepaskan diri. Namun, dia terasa sesuatu bulatan di lehernya seperti direntap kuat. Ya Allah, kenapa ni?
"Aaahhh!" Aku terkulai layu di dalam pelukan sasa Firdaus. Sakit tadi sudah tidak terasa lagi.
Kemudian, segalanya berubah menjadi gelap dan kelam.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...