🌸 56 🌸

5.2K 236 12
                                    

TANAH Perkuburan Al-Jannah itu ditemani dengan bacaan surah Al-Fatihah dan  Yaasin daripada sanak-saudara dan orang-orang terdekat yang datang melawat. Termasuk keluarga aku.

Tanah yang masih merah itu aku tatap dengan pandangan yang sayu. Aku menarik nafas dan menghembusnya.

'Mama.. Semoga roh mama tenang di sana.'

Alia Melissa menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Hidungnya sudah merah akibat menangis terlalu banyak. Dia keletihan.

'Semoga mama lebih bahagia di sana. Tunggu kitorang tau?' Desisnya di dalam hati.

Seorang demi seorang warga taman perumahan kami yang menziarahi kubur arwah Puan Fatini mula meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu. Lama-kelamaan, hanya tinggal aku, Alia Melissa, Firdaus dan juga Tengku Zhariff di kubur arwah mama.

"Jomlah balik." Ajak Firdaus sambil memeluk bahuku. Dia mengelusnya lembut.

Aku menggeleng perlahan. Berita itu aku belum sampaikan  kepada arwah mama.

"Mama... Mama dah lama nakkan cucu kan? Mama tahu tak.. Mama bakal jadi nenek tau? Tapi mama dah tinggalkan kitorang kat sini. Takpe.. Sampai masa nanti, kita berjumpa semula kat sana. Tunggu kitorang tau? Aimin sayang mama."ujarku perlahan. Aku mencium batu nisan milik mama.

Semua yang berada di situ terkejut mendengar kata-kataku.

"Sayang.. Sayang mengandung?" Tanya Firdaus dengan riak gembira.

"Akak pregnant?" Tanya Alia Melissa juga.

"Em.. 2 minggu." Jawabku perlahan.

" Alhamdulillah. Doa abang termakbul." Kata Firdaus sambil meraup mukanya. Berkali-kali dia mengucapkan  rasa syukur di hati.

"Tahniah akak. Jaga kandungan akak elok-elok." Kata Alia Melissa tumpang gembira.

"Nampak tak tu? Allah ambil mama, dan Allah hadirkan kandungan tu sebagai pengganti. Adilkan Allah?" Kata Tengku Zhariff yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Hmm.."

"Dah-dah. Kita sebagai hamba Allah, kena redha atas pemergian seseorang. Allah tak suka orang yang meratapi pemergian seseorang. Kita yang masih hidup, kena teruskan hidup." Kata Firdaus, memberikan kata-kata semangat buat dua beradik yatim piatu itu.

"Inshaallah abang." Jawabku.



※※💐❤💐※※



Hari demi hari berlalu sejak kematian Puan Fatini. Kini, sudah tibanya hari perkahwinan Alia Melissa bersama pasangannya, Tengku Zhariff.

Alia Melissa meneliti dress yang tersarung di tubuhnya. Kemudian, dia disolek oleh jurusolek yang profesional. Nipis sahaja solekannya kerana mukanya sudah sedia cantik dan atas permintaannya sendiri. Rimas dengan solekan yang tebal-tebal.

"Adikk! Cantiknya..." Pujiku sewaktu masuk ke dalam bilik yang sudah berhias cantik itu.

"Akakk.. Adik takutlahh." Kata Alia Melissa menggamitku mendekatinya.

"Apa pulak nak takut? Just relax okey? Inshaallah semuanya akan berjalan lancar. Selawat banyak-banyak." Pesanku sambil menggosok lembut bahunya.

Dia mengangguk kepala tanda faham.

"Meh, akak pakaikan tudung tu." Ujarku sambil mencapai shawl berwarna putih yang tersangkut elok di belakang pintu.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now