Dua minggu selepas hari 'pengakuan' Aimin dan Firdaus kepada keluarga mereka, berita perkahwinan mereka telah tersebar ke seluruh manusia yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mereka berdua. Teman sekerja juga telah diberitahu mengenai hal itu.
Semuanya menerima berita itu dengan hati terbuka dan gembira. Kecuali dua ekor makhluk yang tak habis-habis buat masalah dengan mereka berdua. Zariff dan Putri.
Pagi itu, setelah selesai solat Subuh, Aimin berasa mual tiba-tiba. Setelah melipat kain telekungnya, dia segera bergegas ke bilik air.
"Uwekk.. Uwekk."
Firdaus yang mendengar bunyi itu turut mendapatkan isterinya. Belakang badan isterinya digosok lembut.
"Kenapa ni? Kau salah makan ke semalam?" Tanya Firdaus.
"Tak tahu." Balas Aimin lemah. Banyak juga dia muntah. Perut dia terasa begitu kosong. Sangat kosong. Kerongkongnya pula terasa perit.
Firdaus memapah tubuh isterinya yang nampak lemah dan lesu itu. Aimin didudukkan di birai katil Firdaus.
Oh, lupa nak cakap. Diorang ni dah tidur sebilik untuk selama-lamanya selagi masih hidup. Keselamatan Aimin perlu dititikberatkan. Firdaus tidak mahu perkara sama berulang lagi nanti.
"Kenapa cengkung sangat ni? Tadi okey je." Firdaus menyentuh wajah Aimin lembut.
Kelopak mata Aimin pula sudah tertutup menambahkan cemas Firdaus.
"Jomlah pergi hospital. Kau dah kurang air dalam badan kau ni." Ajak Firdaus. Dia mengambil tudung Aimin sebelum disarungkan kepala Aimin. Dia mencempung tubuh isterinya. Nasib baik dia ni tak berat. Kalau tak, patah tulang Firdaus ni.
"Awakk.. Perut saya sakit." Rengek Aimin perlahan. Matanya masih tertutup.
"Dalam kereta nanti aku sapu minyak panas eh?" Kata Firdaus lalu dia membawa Aimin ke halaman rumah.
Kerusi di sebelah pemandu diturunkan supaya senang Aimin nak baring nanti.
Firdaus turut masuk ke dalam kereta tersebut. Setelah mengunci pintu kereta, dia memanaskan pula enjin kereta. Sambil itu, tangannya menyelongkarkan beg tangan Aimin. Dia mengambil botol minyak panas yang sedia ada di dalam beg tangan Aimin itu.
Dia terus menyapu sedikit minyak panas itu pada perut Aimin. Berkerut-kerut muka Aimin menahan rasa sakit yang tak tertahan.
"Kau tidur dulu.." Kata Firdaus.
Sampai sahaja di hospital, dia terus mencempung Aimin mendapatkan nurse yang bertugas pada pagi itu. Mereka segera mendapatkan stretcher lalu Aimin dibaringkan di atas stretcher itu. Mereka membawa Aimin ke sebuah bilik.
Sementara Firdaus mendaftarkan nama isterinya di kaunter pendaftaran. Beberapa minit kemudian, seorang doktor memanggil Firdaus yang berada di hadapan bilik tadi.
"Macam mana isteri saya, doktor?" Tanya Firdaus gelisah.
"Tahniah, encik. Isteri encik mengandung. Kandungannya dah masuk dua minggu. Saya sarankan isteri encik tak buat kerja-kerja berat untuk mengelakkan risiko keguguran." Terang doktor perempuan itu sambil tersenyum.
Firdaus kaku. Dia tergamam mendengar berita itu.
"Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu. Encik boleh melawat isteri encik kalau nak." Kata doktor itu sebelum beredar.
Firdaus terdiam sebentar sebelum masuk ke dalam bilik yang menempatkan isterinya itu. Kelihatan Aimin sedang tidur dengan nyenyak. Firdaus menghampirinya.
"Aku harap kau terus tabah." Kata Firdaus perlahan. Dia mengambil tempat di kerusi yang ada di sebelah Aimin.
Dia bermain-main dengan tangan sejuk Aimin. Firdaus tersenyum pahit.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...