🌺 15 🌺

5.9K 243 1
                                    

Dua hari kemudian...

WAKTU tengah hari tidak berapa terik di London ini. Nak kata panas tak, nak kata mendung pun tak. Teduh je. Keadaan yang amat mendamaikan hati dan perasaan sesiapa sahaja yang merasainya. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut tubuh manusia.

TGT dan TF sedang membuat pesanan makanan di kafe yang selalu mereka pergi. Masing-masing dah lapar lepas buat aktiviti yang macam 'explorace' pagi tadi.

"I want a bowl of fruit salad, a slice of cheesecake, a few slices of watermelon and strawberry juice." Aimin menerangkan laju tanpa menarik nafas. Kemudian, dia kembali memandang lantai dan kasutnya.

Terkial-kial pelayan itu mencatat pesanan Aimin itu ke dalam buku catatannya. Manakala mereka yang lain, menunggu pelayan itu selesai mencatat.

"Chicken burger, a bowl of fruit salad and apple juice." Kata Arin.

"Rice in wrap with cheese and ice chocolate." Kata Iffah pula. Mereka membuat pesanan mengikut kedudukan mereka di meja tersebut.

"A plate of spaghetti carbonara with chocolate ice blended." Pesan Aten pula.

"Tuna sandwiches and latte caramel, please." Kata Ama.

"Maccaroni cheese and melon juice." Kata Wanie akhir sekali.

Pelayan itu menganggukkan kepalanya sambil tangannya ligat mencatat segala pesanan mereka. Kemudian, dia beralih pula kepada TF.

Untuk tidak menyusahkan pelayan itu yang nampaknya sudah berpeluh sakan, mereka hanya copy pesanan TGT.

"You just doubled each of their orders for us. Can you?" Kata Firdaus tanpa nada. Matanya mengerling sekilas gadis di hadapannya itu. Tertunduk-tunduk macam apa tah.

"Got it. Please wait for a moment." Balas pelayan itu sebelum berlalu pergi ke kaunter.

Bahu Aimin tiba-tiba disenggol oleh Arin di sebelahnya. Dia tersentak.

"Kau kenapa?" Soal Arin dalam nada berbisik.

"Takde papelah.. Kenapa?" Soal Aimin balik.

"Yang kau tertunduk-tunduk macam tu apesal? Kau tahu tak ada yang tengok kau macam nak tembus?" Kata Arin lagi.

Aimin tersentak lagi. Siapa? Kepalanya diangkat. Tiba-tiba matanya bersabung dengan mata lelaki di hadapannya itu.

"Ohh.." Balas Aimin.

Tiba-tiba pipinya terasa berbahang. Cis punya pipi! Kau khianat aku! Dia kembali menundukkan kepalanya.

Telefon pintarnya dibuka dan aplikasi Whatsapp ditekan. Nama Arin dicari dan dia  mula menaip mesej untuknya.

Ting!

Telefon Arin berbunyi tanda terdapat mesej 'personal' Whatsapp. Arin dengan selamba membaca mesej itu dengan tangannya disanggah pada meja.

Aimin💕
Wehh.. Sebenarnya kan.. Dua hari lepas, penyebabnya.

Kening Arin bertaut. Dahinya berkerut sedikit.  Aimin dikerling sekilas. Tunduk lagi!

Arin💕
Kenapa? Apa yang jadi?

Aimin💕
Aku.. Hmm.. Aku

Arin💕
Apa?😡

Aimin💕
Okey, aku bagitau. Tapi kau jangan terkejut or gelakkan aku tau? Janji?

Arin💕
Inshaallah...

Aimin💕
Actually.. I think i had fallen for him. Again.

"WHATT?!" Arin tidak dapat mengawal suaranya ketika itu. Mulutnya cepat-cepat ditekup apabila menyedari kesilalannya itu. Aimin dah tepuk dahi. Manakala yang lain tercengang. Ada juga pelanggan lain yang memandang mereka. Cuma sekejap sahajalah.

"Kau kenapa do?" Soal Wanie.

"Kenapa ni sayang?" Izzul pula bertanya dengan nada gemersiknya.

"Euuwww! Gelilah! Tolong sikit." Sampuk Aten.

"Tolong apa?" Khairul pula memainkan peranan otak airnya.

"Diam lah!" Tengking Firdaus.

Semuanya senyap tiba-tiba.

"Tu pun nak kecoh." Sindirnya lagi.

Entah kenapa mereka semua berpendapat yang sama. Firdaus sekarang sangat sensitif, dingin dan menakutkan. Tak sama macam dulu. Dia 100% berubah!

"Rileks lah bro. Yang kau pun nak melenting juga apasal?" Kata Syazwan sambil menepuk bahu Firdaus perlahan.

"Aku serabut tahu tak serabut? Serabut dengan korang dengan perangai korang yang macam budak-budak lagi.. Come onlah.. Kita dah 21 tahun kut. Dahlah aku terpaksa korbankan masa bujang aku macam tu je. Huh! Annoying betul aku dengan korang ni.!" Berdas-das sindiran yang keluar daripada mulut Firdaus. Badannya disandarkan ke kerusi.

Semua yang berada pada meja yang sama kelihatan terkedu dan tergamam. Lebih-lebih lagi Aimin.

"Lebih baik kau tak payah kahwin dengan aku lah kalau kau terpaksa sangat! Biarkan je aku mati malam tu! Baru puas hati kau kan?!" Jerkah Aimin, dia cepat-cepat berlalu dari kafe tersebut. Arin menjeling Firdaus tajam sebelum mengejar bayang Aimin.

"Hisy! Kau la ni Firdaus! Baran tak memasal.. Kau ingat kau sorang yang menyampah? Aku pun menyampah la dengan perangai kau ni!" Bentak Izzul sambil turut meninggalkan kafe itu.

"Kenapa kau jadi macam ni eh? Nak kata salah Tasha, kau yang selalu curang dengan dia dulu... Apa masalah kau sebenarnya?!" Soal Ama garang.

"Huhh.. Buang masa aku je.!" Firdaus turut bangkit dan berjalan keluar dari kafe tersebut.

※※💐❤💐※※

Aimin menyeka air mata yang laju mengalir di pipinya. Kakinya juga pantas mengatur langkah untuk menyeberang jalan raya di hadapan kafe itu. Dia memandang kiri dan kanannya sekilas sebelum mula melintas.

Pon pon pon!

Bunyi hon dari arah kirinya menyentakkannya. Langkah kakinya menjadi kaku. Dia terlupa untuk memandang ke kiri sekali lagi sebelum melintas tadi.

Aimin memejamkan matanya di saat dia tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Sekali lagi, air matanya menitis.

"Aimiinn!!"

Duum!

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now