SUDAH dua minggu berlalu sejak peristiwa di London itu. Peristiwa yang amat memeritkan bagi seorang insan yang bernama Aimin Natasha. Dan juga sahabat sejak kecilnya, Putri Arina.
Pemergian Kak Arin telah memberikan impak yang besar terhadap kehidupan Aimin. Terutama penerimaan keluarganya apabila mereka mengetahui perkara sebenar.
Alia Melissa sepertinya tidak dapat menerima hakikat itu. Dan dia seperti menjauhkan diri dari Aimin sejak majlis pengebumian Kak Arin tempoh hari. Jenazah Kak Arin dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia atas permintaan Aimin dan Arin. Puan Fatini pula murung.
Langsung tidak diceritakan kepada mereka perihal Aimin. Sedikit pun tak. Sebab apa? Sebab mereka lebih tertarik untuk tahu berkenaan Kak Arin. Tapi yelah.. Nak buat macam mana kan? Lebih-lebih lagi Kak Arin memang dah lama tak balik sini.
Kehidupan Aimin mula gelap dan kusam setelah ketiadaan Kak Arin. Walaupun Kak Arin penyebab kepada kematian abang kesayangannya suatu masa dahulu, namun dia tetap kakaknya. Kakak yang pernah dia abaikan. Lebih-lebih lagi keluarganya jadi begini sejak kematiannya.
"Aimin.." Tegur Arin. Dia melabuhkan punggung di sebelah Aimin di atas bangku berhadapan sebuah tasik.
"Emm.."
"Kau janganlah macam ni terus. Bahaya untuk kesihatan kau jugak. Aku tahu kau sedih , tapi kau kena jugak jaga kesihatan kau. Nanti kalau kau sakit, siapa nak ziarah kubur Kak Arin? Siapa nak masakkan untuk keluarga kau? Siapa nak buat semua tu kalau bukan kau? Aku boleh je tapi kalau kau terdesak sangat la. Aku boleh yolong kau, hm?" Arin meluahkan kebimbangannya kepada Aimin dengan lembut.
"Entahlah Arin. Adik aku dah tak nak layan aku. Mama aku pun senyap je. Aku sedih la tengok diorang macam tu. Dan aku rasa bersalah.." Ujar Aimin sambil mengeluh kecil.
"It's not your fault at all.." Pujuk Arin lembut.
"I am.. Kalaulah aku bagitau diorang awal-awal pasal ni." Keluh Aimin lagi. Kakinya menguis-nguis pasir di tanah itu.
"Tak baiklah, Aimin!. Kau boleh tak terima qada' dan qadar Allah? Kalau kau bagitau diorang pun, boleh berubah ke semua ni? Kematian manusia Allah dah tetapkan. Semuanya. Buatlah macam mana sekalipun, kalau dah takdir hari tu, Kak Arin meninggal, memang jadilah." Kata Arin tegas. Tak suka dengan sikap Aimin yang seperti menyalahkan takdir.
"Aku tak tahu.." Balas Aimin lemah.
"Dahlahh.. Jangan salahkan takdir macam tu. Kufur nanti. Aku taknak kau jadi macam tu. Hmm?" Ujar Arin lembut.
Aimin mengangguk perlahan.
Arin membawa tubuh Aimin ke dalam pelukannya. Membiarkan Aimin melayari perasaannya. Dan kalau boleh buat kali terakhir. Itu harapan Arin.
※※💐❤💐※※
"Mamaa... Aliaa... Jom makan! Dah lewat ni." Ajak Aimin. Tangannya ligat menyusun pinggan-pinggan yang berisi lauk-pauk ke tengah meja makan itu. Manakala sebuah jag yang berisi air kordial berperisa durian belanda berada di sisi meja. 3 buah pinggan dan gelas yang sudah berisi nasi dan juga air diletakkan di hadapan tiga buah kerusi di meja makan yang sama.
Puan Fatini melangkah dengan perlahan ke dapur diikuti dengan Alia Melissa yang bermuka tegang. Sejak dua menjak ni, senyumannya susah sekali untuk dilihat. Hanya sebab itu. Aimin tersenyum kelat.
Suasana di meja makan itu senyap sunyi. Sesekali kedengaran bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan. Mereka langsung tidak bersuara sejak tadi. Kekal membisu sehingga nasi sudah habis dimakan.
Aimin bercadang untuk berterus-terang tentang semuanya yang berlaku di London. Tak mahu ada yang tersembunyi lagi.
Melihat sahaja Alia yang berura-ura mahu meninggalkan tempat duduknya, laju sahaja Aimin bersuara.
"Ma.. Lia.. Akak nak minta maaf sebab rahsiakan pasal penyakit arwah Kak Arin. Aimin tak sengaja. Tu se-" Belum sempat Aimin menghabiskan kata, Alia sudah mencelah.
"Baru sekarang nak minta maaf? Huh! Baik tak payah! Tak ubah apa-apa pun!" Bentak Alia.
"Alia! Mama tak ajar anak-anak mama kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Cakap elok-elok!" Tegas Puan Fatini berkata.
"Mama.. It's okay.. Lagipun semua ni salah Aimin kan? Sebab Aimin tak bagitau pasal keadaan Kak Arin, Kak Arin dah takde. Dan sebab tu juga, mama dan Alia murung, sedih. Semuanya salah Aimin." Kata Aimin penuh emosi.
"Ha memang! Memang semua ni salah akak! Akak ni memang pembawa bala eh?! Alia rasa takut pulak nak rapat dengan akak! Lepas abang, kak Arin pula jadi mangsa. Lepas ni siapa pulak?!" Kata Alia dengan lantang, hilang semua kepercayaan yang ditaruh kepada kakaknya itu. Amarah menguasai dirinya.
Tak semena-mena pipinya ditampar kuat oleh satu tangan.
Suasana menjadi sunyi. Hanya deruan nafas mereka bertiga yang kedengaran.
Alia memegang pipinya.Puan Fatini memandang tangannya yang menggeletar. Aimin tergamam dengan situasi itu. Situasi yang dijangka dek akalnya akan berlaku masa ini.
"Hehh.. Sampai hati mama kan? Akak! Puas hati akak hah?! Mama pun nak backup akak sekarang! Huhh! Lain kata... Alia benci akak! Sampai bila-bila!" Hambur Alia Melissa sebelum berjalan laju ke biliknya.
Aimin mengeluh lagi. Bukan ini yang dia harapkan. Kenapa lain pula yang jadi? Ya Allah..
Puan Fatini juga perlahan-lahan ingin berlalu dari dapur itu.
"Mama.. Aimin tak rasa usaha Aimin ni boleh ubah semuanya. Tapi.. Aimin rasa, Aimin kena pindah. Mungkin dengan cara tu, Alia akan okey.. Mama akan okey.." Putus Aimin. Dia sudah tidak ada cara lain lagi.
Puan Fatini tersentak dengan kata-kata anak ketiganya itu.
"Tak perlu, Aimin.. Maafkan mama sebab terlalu ikut perasaan. Tapi kamu tak payah sampaikan nak pindah bagai." Kata Puan Fatini.
"Tak, ma.. Aimin tetap akan pindah. Untk kebaikan kita semua. Lebih-lebih lagi Alia. Mama jangan risau.. Aimin boleh je tumpang rumah Arin ke sewa ke.. Okey? Aimin harap sangat Alia akan maafkan Aimin. " ujar Aimin sambil tersenyum tawar.
"Rumah ni rumah kamu juga. Balik je bila-bila masa kamu nak. Kalau dah itu keputusan kamu, mama tak boleh nak kata apa lagi. Sekali lagi mama minta maaf sebab tak faham kamu, mama terlalu ikutkan perasaan. Jaga diri baik-baik. Jangan stress sangat ye? Ingat tu." Pesan Puan Fatini.
Aimin mengangguk laju. Terima kasih, mama..
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...