🌻 66 🌻

11K 294 22
                                    

Sorry to say , tapi ni dah bab last.. Fufufufuu 😂😝

2 bulan kemudian...

"Uwekk.. Uwekk.. Uwekk."

"Alhamdulillah.."

Saat yang ditunggu-tunggu oleh Aimin dan Firdaus akhirnya menjelma jua. Betapa bahagianya mereka apabila lahirnya insan baru dalam hidup mereka itu. Apa yang mengejutkan , Alia Melissa turut melahirkan anak pada hari yang sama , beberapa jam setelah kakaknya selamat melahirkan anaknya.

Aimin Natasha dan Firdaus dikurniakan anak lelaki manakala Alia Melissa dan Tengku Zhariff memperoleh anak perempuan. Kedua-dua bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sihat walafiat.

Walaupun bayi Alia Melissa termasuk dalam kategori pramatang , namun kesihatannya seperti bayi yang normal. Kuasa Allah S.W.T.

Firdaus dan Tengku Zhariff mengambil bayi mereka dan masing-masing mengazankan dan mengiqamatkan anak mereka. Setelah itu , mereka menyerahkan bayi mereka kepada keluarga mereka yang setia menunggu kehadiran anak buah dan cucu mereka itu.


×××××



"Sayang okey ?" Tanya Firdaus. Dia mengucup dahi dan pipi isterinya yang masih dalam keletihan itu.

"Okey je." Balasnya perlahan.

"Cukuplah seorang ni je anak kita. Abang tak sanggup tengok sayang sakit macam ni." Kata Firdaus.

"Apa cakap macam tu. Anak ni anugerah Allah kan. Saya sanggup beranak ramai pun , kalau abang layan saya tiptop macam ni. Hehehe.." Balas Aimin Natasha.

Jawapan itu membuatkan Firdaus terharu. Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu ini. Baru hari itu dia tahu keperitan mamanya melahirkannya dahulu. Tiba-tiba dia teringatkan mamanya yang sudah berapa lama tidak ditemuinya.

"Abang ? Kenapa ni ?" Tanya Aimin Natasha apabila melihat suaminya seperti termenung itu.

"Huh ? Ahh , takde papelah. Abang teringatkan mama je." Jawab Firdaus setelah tersedar dari lamunan pendeknya.

"Sabar ea.. Nanti kita cari mama sama-sama." Pujuk Aimin Natasha. Dia menepuk bahu suaminya lembut.

"Okey sayang."

×××××



"Tak sangka kan , sayang melahirkan awal dari due date." Kata Tengku Zhariff sambil mengucup dahi isterinya itu.

"Ha'ahh.."

"Sayang rehat ea ? Mesti sayang penat lagi kan." Kata Tengku Zhariff. Dia mengelap muka dan leher Alia Melissa yang berpeluh semasa melahirkan tadi.

Alia Melissa hanya mengangguk. Sekejap sahaja dia terlena di atas katil hospital itu. Tenaganya telah habis digunakan semasa berada di dalam labour room tadi.

Tengku Zhariff ralit menatap wajah pucat isterinya itu. Dia berasa kasihan dan kagum pada masa yang sama. Dia kasihan melihat isterinya kepenatan dan kesakitan seperti itu. Dan dia juga turut berasa kagum dengan pengorbanan yang dilakukan isterinya dan mana-mana ibu kerana mereka sanggup bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka.

"Abang hargai pengorbanan sayang. I love you for the rest of my life." Bisik Tengku Zhariff di telinga isterinya yang lena dalam tidurnya itu.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now