"ABANG , abang teringin nak ada anak lelaki ke perempuan ?" Tanyaku sambil menguis-nguis rambut Faiq Firdaus yang terjuih di dahinya.
Manakala suamiku mengusap lembut perut buncitku. Sesekali dia menciumnya lama.
"Mestilah abang nak anak lelaki." Jawab Faiq Firdaus laju.
"Tapi Aimin nak anak perempuan." Kataku sedikit tegas.
"Eikkk? Marah? Tadi tanya abang." Ujar Faiq Firdaus sambil tersenyum. Sudah lali dengan kerenah isterinya itu.
"Hmmph! Dahlah , Aimin nak cari nama yang sesuai untuk baby ni." Kataku mengubah topik perbualan.
"Okey."
Keadaan kembali sunyi. Aku memerah otakku bagi mencuba nama yang sesuai bagi bayi perempuan. Sesekali Faiq Firdaus menatap wajah isterinya yang ralit mencari ilham itu.
"Farish Aiman." Kata Faiq Firdaus memecahkan lamunanku.
"Huh?" Aku memandangnya dengan tanda tanya. Tidak dengar kata-katanya dengan jelas. Dia cakap apa tadi ?
"Farish Aiman. Untuk bayi lelaki. Abang ambil huruf pertama nama kita. F dan A." Ujar Faiq Firdaus panjang. Dia tersengih.
"Ohhh.. Ha! Kalau macam tu , Farisha Amalin okey?" Cadangku sambil mengerdipkan mata ke arah suamiku.
Firdaus hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia mengusap perutku lagi.
"Sedap nama tu." Pujinya.
Aku tersenyum sambil memejamkan mata yang sudah terasa berat.
"Sayangg ?" Panggil Firdaus.
"Tidur dah ? Hmm , letih sangat ni." Kata Firdaus.
Dia membaringkan tubuh isterinya di atas katil dengan elok. Kemudian , dia mencium dahinya penuh kasih. Ciumannya berkalih pula pada perut boyot isterinya itu. Perut yang mengandungi satu nyawa di dalamnya.
※※💐❤💐※※
Alia Melissa menyisipkan pregnancy test di dalam lipatan baju tidur milik suaminya. Dia membawa pakaian tidur suaminya itu ke katil. Dia meletakkannya di bucu katil bersaiz king itu.
Buat seketika , dia termenung sejenak memikirkan reaksi Tengku Zhariff nanti. Harapnya dia sudah tidak melayan dia sebegitu rupa lagi.
Tiba-tiba dia berasa sakit belakang. Mungkin kerana dia terlalu banyak membongkok hari ni. Yelah , nak kutip baju-baju Tengku Zhariff yang bersepah di atas lantai tu. Nak sapu lantai lagi. Takkan dia nak harapkan kak Aimin yang dah memboyot tu ? Memang taklah.
Alia Melissa berbaring di tempatnya di atas katil itu. Dia memejamkan mata , dengan harapan sakit itu menghilang. Sesekali keningnya bertaut semasa dahinya berkerut.
Tengku Zhariff melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala. Dia menjeling sekilas sekujur tubuh isterinya di atas katil itu. Kemudian , pandangan berkalih pada pakaian tidur miliknya di birai katil itu.
Dia lantas menapak menghampiri katil. Dia mengambil baju tidurnya dan memakainya satu per satu sebelum. Sewaktu dia mengambil baju tidurnya , sesuatu terjatuh ke lantai.
"Ehh ?"
Dia menunduk untuk mengambilnya.
"Apa ni ?" Gumamnya sendiri.
Membulat matanya tatkala melihat dua garisan merah pada alat itu. Perasaan gembira , teruja dan rasa bersalah bercampur baur di dalam hatinya. Dia memandang isterinya yang tidur dalam resah itu. Mungkin kerananya.
"Ya Allah , aku bersyukur kepada-Mu di atas kurniaan ini. Berikan aku kemudahan untuk aku menyatukan kembali hubungan kami suami isteri Ya Allah. Amiiin." Tengku Zhariff meraup mukanya penuh kesyukuran dan harapan.
"Ahh.. Eh , ab-abang dah siap ?" Tanya Alia Melissa yang terjaga dari lelapnya tadi.
Sakit belakangnya masih menjadi-jadi.
"Kenapa tak bagitau abang awal-awal ?" Tanya Tengku Zhariff kembali. Nadanya berbunyi tegas tetapi perlahan.
"I'm sorry. Tapi saya nak buat kejutan untuk abang lusa. Lusakan birthday abang." Jawab Alia Melissa perlahan.
Tengku Zhariff menutup lampu utama. Yang tinggal hanya cahaya dari lampu tidur.
Dia kemudiannya turut berbaring menghadap isterinya itu."Sama je kalau bagitau bila-bila pun. Benda ni tetap surprise kan." Balas Tengku Zhariff lagi.
Alia Melissa terdiam. Tersentap dengan kata-kata Tengku Zhariff yang bagaikan pedang itu.
"Sorry." Ujar Alia Melissa perlahan. Suaranya sudah mula bergetar. Air mata bergenang di dalam kelopak matanya.
Tengku Zhariff bagaikan baru tersedar dari bisikan syaitan yang mahu memisahkan mereka. Dia beristighfar panjang sebelum memujuk isterinya.
"Abang yang nak minta maaf. Sebab abang tak layan sayang sejak hari tu. No wonder sayang selalu mengelak. Rupanya dah ada isi." Kata Tengku Zhariff sambil mengusap pipi gebu Alia Melissa dan beralih kepada perutnya yang sedikit membulat.
"Hm? Takpelah abang. Salah saya juga sebab tak bagitau awal-awal." Balas Alia Melissa bagaikan memulangkan buah paku keras kepada Tengku Zhariff.
"Saya sedih bila abang tak nak dengar penjelasan saya. Waktu tu saya dah cuba untuk bagitau tentang kandungan ni. Saya takut sangat kalau abang terus-terusan layan saya macam tu. S-saya.." Alia Melissa menekup mukanya. Air mata perlahan-lahan menitis di pipinya. Dia mula teresak-esak.
"Sorry sayang. Abang minta maaf sangat -sangat sebab buat sayang macam tu. I'm sorry sayang." Ucap Tengku Zhariff tanpa henti. Dia menarik Alia Melissa ke dalam pelukannya. Ciuman bertubi-tubi diberikan pada ubun-ubun isterinya itu.
Alia Melissa tidak menjawab. Hanya kedengaran sedu-sedannya sahaja di dada suaminya itu. Dia turut membalas pelukan suaminya itu. Kini , barulah dia berasa selamat di dalam jagaan suaminya itu.
Lama-kelamaan kelopak matanya mulai kuyu. Perlahan-lahan dia menutup matanya. Dengkuran halus keluar dari mulutnya.
"I'm sorry sayang atas segala perbuatan abang yang menyakitkan hati sayang. Abang janji , abang akan jaga sayang dengan baik lepas ni. Inshaallah." Ucap Tengku Zhariff sambil membetulkan kedudukan mereka. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi Alia Melissa itu.
"Good night sayang. Good night baby." Tengku Zhariff mengucup dahi Alia Melissa dan perutnya yang mempunyai janin anaknya itu.
Kemudian , dia turut tertidur sambil memeluk isteri yang sudah lama tidak dihiraukannya selama ini. Malam itu , dia berubah untuk menjadi suami dan bakal ayah yang terbaik untuk mereka.
Malam itu juga , syaitan-syaitan berkeluh kesah dan kecewa kerana gagal memisahkan pasangan yang halal itu. Mereka gagal membawa pasangan itu ke mahkamah syariah. Segalanya bergantung kepada tahap keimanan kita kepada Allah. Semoga Allah meredhai dua pasangan di dalam banglo ini.
TO BE CONTINUED
💕PROMOTE 💕
Selamanya Dia flower01_
&
Ling_Ham_Xuan
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...