"AKAK.. Jom Arin tolong mandikan akak eh?" Pinta Arin sambil mengelus lembut pipi cengkung Kak Arin.
Dia dan Izzul berada di wad Kak Arin pada ketika itu. Manakala Iffah dan Ad pula diarahkan oleh Arin untuk mengawasi Aimin.
"Taknak.. Nak Aimin.. Mana dia?" Jawab Kak Arin perlahan dan lemah. Matanya melilau untuk mencari kelibat adiknya.
"Kita mandi dulu. Barulah akak wangi. Nanti senang hati Aimin tengok akak. Kalau akak tak nak mandi, nanti Aimin susah hati." Pujuk Arin lembut.
"Ye ke? Okey jom mandi." Segera Kak Arin bingkas bangun dari pembaringannya.
Arin tersenyum tawar.
Tuala dan keperluan mandi kak Arin diambil kemudian dia memapah Kak Arin ke bilik air yang terletak di hujung blok aras itu.
"Awak tunggu kat sini kejap." Pesan Arin kepada Izzul yang menunggu mereka di luar wad itu.
Izzul hanya mengangguk faham.
Arin terkedu tatkala tudung di kepala kak Arin ditanggalkan. Kak Arin tersenyum lemah melihat reaksi Arin itu.
"Arin rasa akak sakit apa?" Soal Kak Arin.
"B-barah o-otak?" Terketar-ketar Arin menyatakannya.
"Yes, you're right.." Kata Kak Arin.
"Kenapa.. Akak rahsiakan? Kenapa akak tak berubat di Malaysia?" Soal Arin bertubi-tubi. Sebak menguasai diri. Begitu banyak dugaan mereka sekeluarga.
"Akak tak nak mama dan Alia risau." Kata Kak Arin selamba.
"Tapi.. Diorang akan lebih risau tengok akak macam ni.." Kata Arin tegas. Kak Arin ini sudah dianggapnya seperti kakak kandungnya sendiri.
"Sebab tu, akak tak nak bagitau mereka." Jawab Kak Arin.
"Tapi.."
"Dah la tu Arin. Akak nak mandi." Potong Kak Arin laju.
Arin terpaksa mengalah. Dia tidak mahu fikiran Kak Arin berserabut. Kesian kak Arin nanti.
"Arin janji dengan akak? Jangan bagitau mama dengan Alia pasal ni? Hmm?" Kata Kak Arin setelah selesai memakai baju hospital itu kembali.
Arin mengangguk.
"Arin janji kak." Balas Arin. Tapak tangannya diangkat seperti berikrar.
※※💐❤💐※※
"Oh ya, mana suami Aimin?" Soalan yang terpacul di bibir pucat Kak Arin membuahkan kejutan kepada empat insan yang setia menunggu Aimin.
"Ma-macam mana akak tahu?" Tanya Arin tergagap-gagap. Rasanya mereka TGT dan TF sahaja yang tahu perkara itu.
"Aimin ada bagitau akak." Jawab Kak Arin.
"Err.. Sebenarnya.. Hm, dia dah balik Malaysia kak." Kata Izzul perlahan.
Kak Arin mendengus marah.
"Suami apa macam tu? Sanggup tinggalkan isteri yang koma macam ni?" Marah Kak Arin.
"Sabar kak Arin.. Mungkin salah kitorang. Kitorang yang paksa dia." Kata Arin serba salah.
"Sudahlah. Bukan ke diorang dulu bercinta ke? Kenapa jadi macam ni?" Kata Kak Arin lagi, lemah.
"Diorang dah putus. Banyak kali juga macam tu." Kata Ad selamba.
Kak Arin berkerut kening. Arin, Izzul dan Iffah menepuk dahi mereka perlahan. Ad, ad..
"Siapa yang putuskan? Aimin or lelaki tu?" Soal Kak Arin lagi.
"Lelaki tu." Balas Ad lagi.
"Kalau akak tahulah.. Akak takkan benarkan dia kahwin dengan Aimin. Tapi nak buat macam mana? Demi nyawa Aimin, akak terpaksa terima jelah. Tapi akak naik angin kalau macam ni layanan dia pada adik akak!" Kata Kak Arin penuh ketegasan.
Tak lama kemudian, dia terbatuk-batuk kuat. Sampai terbongkok-bongkok badannya. Batuk kering pulak tu.
"Ya Allah akak! Darahh.." Arin cemas apabila terlihat tompokan darah pada baju Kak Arin.
"S-sikit je ni. Jangan risau." Bantah Kak Arin perlahan.
"Mana boleh macam tu kak. Jom balik wad akak." Ajak Arin.
"Arin.. Akak nak teman Aimin. Selama ni dia je yang setia tunggu akak. Akak pun nak buat macam tu jugak dekat dia." Balas Kak Arin dengan sayu.
Arin tersentuh.
"Okey. Tapi kalau akak rasa sakit, bagitau Arin tau? Arin panggil doktor nanti." Kata Arin lembut. Kak Arin hanya mengangguk perlahan.
"Psst Arin! Tunjukkan aku bilik mandi, aku nak mandi lah. Rasa melekit dah ni." Bisik Iffah di telinga Arin.
Arin memandang Kak Arin sejenak.
"Kak Arin.. Akak duduk la dulu kat sini dengan diorang. Arin nak teman Iffah ke bilik mandi kejap." Kata Arin dan mendapat anggukan daripada Kak Arin.
Setelah kelibat Arin dan Iffah hilang daripada pandangan Kak Arin, dia berpaling pula kepada Ad dan Izzul. Mereka berdua menelan liur gerun.
"Korang ni... Kawan diorang?" Soal Kak Arin.
"Err.. Ha'ahh.. Saya dan Arin tunggu masa nak tunang je." Kata Izzul sedikit berlagak.
Akibathya, dia mendapat tamparan yang agak kuat di belakangnya daripada Ad."Auch!"
Kak Arin tergelak melihat situasi itu. Izzul dan Ad juga senang hati melihat kakak Aimin itu ceria. Sekurang-kurangnya.
"Oh ye, jadi korang mesti kenal dengan suami Aimin tu kan?" Tanya Kak Arin lagi setelah tawanya hilang.
"Err.. Kitorang sahabat baik, kak." Jawab Ad jujur.
"Oh.. Kenapa lah lain sangat perangai korang eh? Kalaulah dia sopan dan prihatin mavam korang ni, senang hati akak." Keluh Kak Arin perlahan.
"Hehe.. Entahlah dia tu kak. Memang selalu macam tu. Acah bagus sangat dia tu!" Kutuk Izzul geram.
"Hmm.. Nanti tolong sampaikan salam akak pada dia ya?" Kata Kak Arin.
"Inshaallah kak." Jawab mereka berdua.
"Oh ya.. Bagi surat ni juga." Kata Kak Arin lagi sambil tangannya menghulurkan sekeping sampul surat yang berwarna putih. Entah bila dia tulis surat tu.
"Ohh okey.." Kata Izzul. Dia menyambut sampul surat itu.
"Err kat sini takde ke katil lebih? Kerusi ke? Akak nak tidur lah kejap. Pening pula kepala ni." Kata Kak Arin sambil tangannya mula mengurut-ngurut pelipisnya.
"Katil tu takde la kak. Bangku ni je yang ada." Ad menunjukkan sebuah bangku besi yang dikhaskan di ruang itu.
"Haa takpe.. Akak nak tidur kejap ye?" Pinta Kak Arin perlahan. Namun mampu didengari Ad dan Izzul.
"Okey kak. Jangan risau. Just believe in us." Kata Izzul.
Lalu, Kak Arin pun melangkah ke bangku tersebut. Ad dan Izzul 'mengawal' di pintu wad sahaja. Kak Arin terus berbaring di atas bangku itu. Walaupun tidak selesa, namun dia paksa dirinya untuk melelapkan mata.
Kemudian, dia betul-betul tidur selepas itu.TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...