🌻 41🌻

5.4K 208 16
                                    

"AKHIRNYA, aku bebas!" Jerit Zhariff sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari kawasan balai polis itu.

"Tak payah nak gembira sangat. Aku ada kerja untuk kau." Kata Putri tegas. Wajahnya mempamerkan riak dingin.

Zhariff memandang gadis itu dengan tidak puas hati.

"Kerja apa lagi? Aku dah serik nak masuk lokap lagi." Balasnya malas.

"Hei, kau masuk lokap sebab lembap! Lembik! Kerja tu takkan pernah selesai selagi perempuan tu masih hidup." Kata Putri dengan suara yang sudah naik seoktaf.

Apabila menyedari ramai mata yang memandang mereka, Putri berlalu ke keretanya. Diikuti Zhariff.

"Habis tu, kau nak suruh aku buat apa lagi? Dia dah terseksa punya. Aku dah rosakkan dia. Dua kali. Aku yang pecahkan dara dia. Bukan suami dia. Kau tak puas hati apa lagi?" Kata Zhariff panjang lebar. Terselit perasaan bangga kerana dia lelaki pertama yang menyentuh gadis itu.

Kawan? Tolonglah. Dia yang buang aku. Kawan apa macam tu? Sejak daripada tu, dia dah jadi lawan aku. Bukan lagi kawan. Fullstop.

"Aku tahu. Tapi aku takkan puas selagi dia hidup. Kau ni faham ke tak?!" Tengking Putri. Tak faham bahasa sungguh si Zhariff ni. Huh!

"Dasar perempuan tamak." Kata Zhariff selamba.

"Hei, apa kau kata?!"

"Bagi aku RM 5,000 000."

"Hah?" Putri blur sekejap. Tetiba lah dia ni.
Sekejap tu sekejap ni.

"Upah aku. Lima juta. Baru aku buat kerja tu." Kata Zhariff satu per satu.

"Okey. Aku bagi separuh dulu. Selsruh lagi lepas kau selesaikan kerja tu. Deal?" Balas Putri sambil mula mengukirkan senyuman yang mempunyai maksud tersirat.

"Deal."

Maka termeterailah rundingan antara Putri dan Zhariff. Tujuan rundingan mereka kali ni adalah untuk melenyapkan Aimin Natasha dari dunia ini.

Apa diorang ingat, diorang tu Tuhan? Nak orang tu, orang ni mati macam tu je? Heh.

※※💐❤💐※※

Aimin Natasha's POV

Sudah beberapa hari aku menumpang di rumah mama. Firdaus juga berulang-alik dari tempat kerjanya ke rumah ni. Kalau nak ikutkan hati aku, aku kesiankan dia. Tapi bila aku cakap macam tu kat dia, dia kata dia risaukan keselamatan aku. Hm, caring betul suami aku ni.

"Aku dah balik." Suara Firdaus memecahkan lamunanku.

Aku baru sahaja nak menyambutnya, dia sudah berada di hadapan aku. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

"Awak penat?" Soalku apabila melihat Firdaus yang terus berbaring di sebelahnya di atas katil itu.

Dia tidak membalas sebaliknya hanya menganggukkan kepalanya. Aku mengeluh kecil. Sungguh aku rasa bersalah. Sebab aku, dia sanggup berulang-alik dari Shah Alam ke Klang. Bukannya dekat, jauh.

"Mari saya urut bahu awak." Aku menyandarkan belakangku pada kepala katil. Firdaus akur sahaja.

Dari bahu, aku mengurut ke pelipis kepalanya dengan lembut. Sambil-sambil tu, aku ambil kesempatan ni untuk meneroka wajah suci bersih suamiku itu. Makin kacak.

Tiba-tiba kedua-dua tanganku dipegang. Aku tersentak. Aku terkesima apabila melihat Firdaus memandangku dengan pandangan tajamnya.

Gulp!

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now