SELESAI sahaja urusan Kak Arin di hospital, Aimin kembali ke hotel yang didudukinya sepanjang berada di kota London ini. Setibanya dia di ruangan lobi hotel, dia terserempak dengan Firdaus dan gengnya.
"Eh Aimin, kau datang dari mana ni? Awalnya kau turun?" Tegur Khairul ramah.
Dia mengerling jam tangan Rolexnya."Perlu ke aku bagitau kau?" Soal Aimin tanpa nada.
"Hek eleh, rileks la. Tak habis-habis nak dingin ngan kitorang." Kata Syazwan pula.
"Maaf, aku cepat berubah mood sejak kebelakangan ni. Janganlah terasa sangat." Balas Aimin sambil mengeluh kecil.
"Ada masalah lah tu, kan?" Soal Ad pula.
Aimin hanya menjongketkan bahu.
Kemudian, TGT pula turut menyertai perbualan mereka.
"Aimin! Awalnya kau turun.. Tak tunggu aku pun." Kata Arin dengan nada rajuknya.
Aimin tersenyum nipis. Bahu Arin dipeluk mesra.
"Awh, come on Arin.. Aku ada hal penting tadi. Janganlah merajuk." Pujuknya.
"Hal apa?" Soal Arin polos.
"Err, sorry but I can't tell you. It's my privacy." Balas Aimin.
Arin hanya menganggukkan kepalanya.
"Jomlah breakfast.. Aku lapar." Rengek Aten. Perutnya diusap.
"Aloloo comel je awek aku lapar. Jomlah." Kata Syamid.
"Euww.." Kata Ama dan Wanie.
"Huh, jeles cakap ah." Balas Syamid.
"Takde makna aku nak jeles." Balas Ama pula.
Melihatkan bibit-bibit pergaduhan itu, Aimin segera mencelah.
"Behave guys, we're not in Malaysia. Remember that." Tegurnya membuatkan mereka terus terdiam.
Aku dan Arin membuka langkah ke kafe halal yang berdekatan hotel tersebut.
"Cepatlah sikit!" Laung Aimin lagi.
Mereka yang masih terpinga-pinga di lobi terus menyusuli Aimin dan Arin.
"Fuh, mulut dia makin berbisa sekarang. Scary dowh." Bisik Khairul kepada Firdaus.
Firdaus pula hanya mendiamkan diri. Tidak mempedulikan mereka yang membuka cerita pasal Aimin. Lantaklah perempuan tu nak buat apa. Bukan urusan dia.
"Eh, Faiq. Kau ni senyap je sejak tadi. Apa masalah hah?" Soal Syazwan yang geram dengan Firdaus yang tidak memberi sebarang respons.
"Korang tu yang masalahnya. Lantak dialah dia nak buat apa pun. Berubah ke tak ke, bukan masalah aku. Yang korang sibuk nak bagitau aku apasal?" Kata Firdaus lancang.
"Kau ni betul-betullah. Betul ke kau ni Faiq? Kenapa kau lain sangat sekarang hah? Aku rasa bukan Aimin sorang yang berubah. Kau pun sama. Satu je yang curious tentang korang berdua. Bukan ke korang dah rancang nak tunang ke dulu? Tapi sekarang? Kau kemana, dia ke mana? Apahal duh? Kau jangan nak mainkan hati perempuan sangat. Menyesal kau nanti. Dah ah.." Syazwan membuka ceramah tak bertauliahnya kepada Firdaus yang nampaknya begitu memerlukan. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kafe yang sama dengan TGT.
"Kitorang pun macam Wan jugak." Kata Ad sebelum menyusuli Syazwan.
"Buat masa sekarang, takde siapa pun kat pihak kau." Bahu Firdaus ditepuk perlahan oleh Khairul.
"Kau muhasabah diri la eh? Aku masuk dulu." Kata Syamid pula.
Izzul pula hanya menjongketkan bahu kepada Firdaus sebelum turut menyertai mereka yang lain. Semuanya pergi meninggalkan dia yang terkulat-kulat seorang diri.
※※💐❤💐※※
Selesai sahaja bersarapan, mereka semua bergerak ke sebuah funfair yang dianjurkan di bandar..... Firdaus telah pun menempah tiket masuk untuk dua belas orang. Kemudian, mereka masuk ke dalam funfair itu."Wahhh, bestnya!" Kata Ama teruja.
"Korang nak main yang mana dulu ni?" Soal Khairul kepada TGT.
"Aku nak naik roller coaster tu!" Kata Aten sambil menunjukkan 'laluan' roller coaster yang agak menakutkan itu.
"Aku nak naik Ferris wheel." Kata Wanie pula. Matanya tak lepas daripada memandang tempat Ferris Wheel tersebut.
"Aku nak naik yang cawan tu." Kata Aten pula.
"Aku nak naik Viking tu!" Kata Iffah yang sejak tadi mendiamkan diri.
"Aku nak masuk rumah hantu. Hehe." Tukas Aimin sambil tersengih.
"Aku ikut kau je Aimin." Kata Arin.
Manakala TF dah tepuk dahi.
"Tak sekarang ni, nak pergi yang mana dulu? Aku taknak kita berpecah. Tempat ni besar tau! Bahaya!" Kata Syazwan lagi selaku seorang 'abang' yang penyayang.
"Roller coaster!" Kata Ama.
"Ferris Wheel!" Wanie berteriak kecil.
"Err, benda alah cawan tu." Kata Aten pula terkulat-kulat sebab tak tahu nama permainan tu.
"Viking!" Kata Iffah.
"Rumah hantu!" Tegas Aimin.
"Em, rumah hantu!" Sokong Arin.
"Ha, rumah hantu 2 vote. So, rumah hantu dulu okey?" Kata Khairul.
Berubah raut muka Ama, Aten, Iffah dan Wanie. Muka masing-masing dah macam apa tah. Cemberut je.
"Come on girls?" Kata Izzul pula.
Namun, soalannya dibalas dengan jelingan tajam mereka berempat. Aimin dan Arin hanya memberikan muka kesian kepadanya.
"Okeylah macam ni. Guys korang temankan je diorang ni. Aku takpe, Aku dengan Arin pun dah cukup. Amacam?" Cadangku.
"Boleh jugak!" Balas mereka berempat yang sudah kembali ceria.
"Hmm, baiklah. Tapi kau Aimin kena ada juga lelaki temankan korang. Korang girls je, bahaya nanti." Balas Syazwan pula.
"Tch, fine! " balas Aimin lambat-lambat. Nampaknya dia telah membuat keputusan yang salah. Dia saja-saja je sebenarnya nak mengelat daripada naik permainan yang boleh memeningkan kepala tu. Tapi dia pilih yang lagi extreme. Ni macam diluah mati emak, ditelan mati bapak ni. Parah!
"1:1 eh!" Kata Ad.
Mereka semua mengangguk tanda setuju.
"Eh kejap, jadi kita tambah lagi dua orang? Hisy tak best ah!" Keluh Aimin. Bukan apa, dia sebenarnya bukannya berani sangat. Mahunya dia terpekik dalam tu, tak ke dia dapat malu nanti? Kalau dengan Arin je takpelah. Kitorang dah biasa. Tapi ni? Ergh!
"Aku dengan Faiq join korang." Kata Izzul kepada Aimin dan Arin.
Aku memandang mereka dengan perasaan sedikit kecewa. Alamak, kenapa dia?
"Hmm.. Tapi jangan terkejut kalau kau dengar suara pontianak tambahan eh?" Pesanku awal-awal.
Izzul hanya tergelak mendengar kata-kataku.
"Yelahh." Katanya.
Mereka bergerak ke rumah hantu yang berada di pedalaman funfair itu. Jauh daripada permainan yang lain. Hati Aimin berdegup kencang. Melihat rupa rumah hantu itu saja sudah mampu membuatkan bulu romanya naik.
Aimin memeluk tangan Arin kejap. Takut. Izzul dan Firdaus membeli kupon untuk masuk ke dalam rumah hantu tersebut.
"Jom."
Entah kenapa Aimin rasa tak sedap hati apabila penjaga rumah hantu itu memandangnya dengan pandangan sinis.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...