AIMIN menghantar pesanan ringkas kepada suaminya untuk meminta izin dia berjumpa dengan Zariff. Dia ingin berjumpa dengannya setelah lama menyepikan diri daripada pengetahuannya. Rasa bersalah menguasai dirinya.
Beberapa minit selepas dia menghantar mesej itu, tiba-tiba suaminya itu menghubunginya. Tanpa rasa curiga, Aimin menjawab panggilan itu.
"Zariff? Did you mean, Tengku Zariff Haikal?" Tegas suara Firdaus kedengaran di cuping telinganya.
"Err.. Yup. Kenapa?" Balas Aimin. Keningnya berkerut. Firdaus kenal Zariff?
"Aku tak izinkan kau jumpa dia." Kata Firdaus tanpa nada lalu terus meletakkan panggilan tanpa sempat Aimin menjawab apa-apa.
Aimin melihat skrin telefonnya. Dia mengeluh perlahan.
"Kenapa??" Monolognya sendirian.
Baru sahaja dia mahu meminta maaf kepada sahabat merangkap abangnya itu. Dia mengeluh lagi sambil duduk di atas sofa di ruang tamu.
Teringat lagi perbalahan mulutnya dengan Alia Melissa di kafenya semalam sehingga mereka terpaksa menutup kafe pada hari itu. Daripada perbalahan itu juga dia dapat
mengingati kembali Zariff yang sudah lama pupus di benak fikirannya.Dia berkira-kira untuk meminta nombor Zariff daripada adiknya itu. Setelah berfikir dua tiga kali, dia membatalkan niatnya kerana tidak mahu hubungannya dengan adiknya bertambah keruh. Bukannya dia tidak tahu, sebelum dia bertolak ke London tempoh hari, Alia Melissa ada meluahkan perasaannya terhadap Zariff kepadanya.
Aimin buntu. Rasa bersalah tu masih lagi bersarang di hatinya. Telefon diambil semula dan dia menghantar satu pesanan kepada adiknya. Terpulang adiknya mahu baca atau tidak. Tapi dia berharap agar adiknya menunaikan hasratnya itu.
To : Adik
Assalamualaikum Alia. Maaf kakak mengganggu. Tapi kakak nak minta tolong satu perkara je dengan adik. Adik tolong bagitau Zariff, kakak minta maaf sebab lama tak bagi khabar berita kat dia. Okey? Tu je permintaan kakak. Kakak harap adik sudi tunaikannya. Lepas ni, kakak tak ganggu adik lagi. Terima kasih dan maaf.
Aimin menarik nafas dan menghembusnya. Terasa lega sikit fikirannya itu.
※※💐❤💐※※
Pagi itu Aimin bekerja di kafenya seperti biasa. Cuma terdapat sedikit perubahan. Salah seorang pekerjanya telah berhenti kerja mendadak. Iaitu adiknya sendiri, Alia Melissa.
"Kak Tasha kena kuat tau. Kitorang tahu akak tak salah dalam hal tu." Kata Dahlia untuk menyedapkan hati bosnya yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri, dengan perletakan jawatan Alia Melissa itu.
"Ha'ah kak.. Kitorang akan sentiasa berada di samping akak. " Kata Tasnim pula, menyokong kata-kata Dahlia.
Aimin tersenyum kecil melihat mereka yang bersungguh memujuknya dan memberikan kata-kata semangat kepadanya. Dia amat menghargai perbuatan mereka itu.
Kak Syu yang baru keluar dari stor dapur, mencelah perbualan mereka.
"Kamu jangan nak ikutkan sangat kepala si Alia tu. Dia tu suka ikutkan perasaan. Terlalu manjakan nafsu dia tu." Kata Kak Syu sambil melabuhkan punggung di sebelah Dahlia.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...