BANGGG!!
"Kau bodoh! Kerja senang macam ni pun tak boleh buat ke hah ?!" Jerkah Putri lantang kepada jasad anak buahnya.
"Memang aku sendiri yang kena buat semua ni. Harapkan korang , memang sampai mampus pun tak jadi. " katanya lagi sambil mendengus marah.
Kemudian , dia mencampakkan pistol yang digunakannya ke lantai.
"Uruskan mayat dia." Arah Putri pada bodyguard nya di luar bilik privasi itu.
※※💐❤💐※※
"Dik , jom beli barang baby." Ajakku sewaktu kami berempat sedang berehat di ruang tamu. Aku dan Alia masing-masing berkepit dengan suami sendiri.
"Haa jom! Abang , jom." Pantas Alia Melissa menjawab.
"Haihlah mak buyung dua orang ni. Perut berisi pun masih larat nak shopping ke ?" Keluh Firdaus.
"Entahlah. Lepas ni , boleh putus kaki aku teman diorang." Balas Tengku Zhariff , menyokong Firdaus.
Mereka ber'high-five' kejap.
"Jahat!" Jeritku dan Alia hampir serentak.
"Kak , jomlah. Kita pergi dua je. Biar diorang jaga rumah." Kata Alia Melissa dengan muka masam mencuka.
"Em jom." Aku turut merajuk dengan suamiku. Cakap macam tu lagi.
"Hei heii! Tunggulah!" Jerit Firdaus dan Tengku Zhariff kalut.
×××××
Melody Mall
"Abang , cantikkan baju ni ?" Tanyaku kepada Firdaus.
"Semuanya cantik , sayang. Sayang pilih je nak yang mana." Balas Firdaus.
Aku memuncungkan mulut.
"Tak nak! Abang pilih lah sendiri untuk baby boy. Aimin pilih yang baby girl." Rungutku sambil tangan ralit mencapai baju demi baju untuk dimasukkan ke dalam bakul.
"Lahhh , macam tu pulak. Berkiranya." Tukas Firdaus sedikit bimbang. Bimbang jika anak yang dikandung isterinya itu lelaki , isterinya akan lepas tangan sahaja nanti.
"Saya letih lah nak cari semua." Rungutku lagi.
"Okey-okey. Satu je abang minta. Tolong adil lepas ni ye ?" Pesan Firdaus lembut.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Al , encik abang kat mana ?" Tanya Firdaus kepada Alia Melissa di sisiku. Dia turut ralit memilih pakaian bayi di situ.
"Dia pergi toilet tadi." Balas Alia Melissa , matanya masih tertumpu pada baju-baju di hadapannya itu.
Firdaus mengeluh kecil. Kakak dengan adik sama je. Haih..
Kemudian , dia berlalu ke bahagian pakaian lelaki. Dia membawa sebuah bakul bersama.
Sedang dia membelek-belek pakaian yang tersangkut kemas di situ , bahunya dicuit oleh seseorang.
"Hah kau. Kena halau jugak ke ?" Tanya Firdaus. Dia menyambung penyariannya yang tergendala tadi.
"Ehhh taklah! Isteri aku baik , tak macam isteri kau." Balas Tengku Zhariff selamba.
Firdaus pantas menyekeh kepala Tengku Zhariff.
"Ambik kau. Suka hati dia je kutuk isteri aku. Huh!" Kata Firdaus , puas.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...