🌹 37 🌹

5.5K 220 10
                                    

Aimin's POV

Aku tersedar apabila terdengar bunyi jeritan seorang perempuan. Apabila dengar dengan lebih teliti, suara tu suara Kak Anna!

Aku nak tolong tak terdaya. Aku sendiri pun terikat anggota badanku. Sekali lagi aku fobia apabila melihat keadaan aku ni. Kedua-dua tanganku diikat pada kepala katil.

Aku benci keadaan aku sekarang. Perut aku pula terasa berdenyut-denyut.

"Maafkan mama sayang. Mama tak dapat jaga kamu dengan baik." Rintihku. Aku telah belajar untuk menyayangi bayi ini dengan pujukan Firdaus.

"Putri.. Kau jaga perempuan ni. Aku nak tengok orang sebelah ni." Suara itu sayup-sayup kedengaran di telingaku.

Aku meneguk air liur kasar. Pahit.

"Ehh sayang dah bangun?" Aku memalingkan mukaku ke tepi. Jijik.

"Apa lagi yang kau tak puas hati Zariff? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat pada aku?!!" Tengkingku.

"Hahahahha.. Garangnya.. I like. " Dia mengambil tempat di sisiku.

"Pandang aku." Arahnya.

"Jijik." Kataku.

Dia memalingkan mukaku menghadapnya dengan kasar. Rahangku dicengkam kuat.

"Berani kau eh? Jangan cabar aku. Kau nak kena lagi ke hah?!" Tengking Zariff pula.

"Se-setan kau Zariff." Kataku perlahan.

"Aku akan pastikan suami kau tak datang sini. Barulah senang aku nak kerjakan kau nanti. Tunggu aku kejap. Aku nak mandi dulu." Suaranya kedengaran seperti seorang psiko.

Aku menghamburkan tangisan aku tatkala dia sudah keluar dari bilik tersebut. Aku takut.. Aku tak nak..

"Awakk.. Tolong saya. Saya takut.. Sakit.." Aku menangis lagi mengenangkan nasib aku selepas ini.

※※💐❤💐※※

Firdaus' POV

Aku merempuh pintu yang menjadi penghadang antara luar dan dalam bangunan terbiar itu. Walaupun dah gelap, maksud aku dah malam, tapi isteri aku dan kakak angkat aku yang aku ambil sebagai pembantu rumah tu lagi penting.

Dan sejak tadi, firasat aku mengatakan ada orang yang memerhatikan gerak-geri aku dari tadi. Takpelah.. Buat derk je.

Aku berjaya merobohkan pintu besi tersebut. Namun aku tak sangka pula ada 'guard' yang berjaga di sebalik pintu ni. Dah lah ramai. Dahlah semua pegang kayu, ada yang pegang bayang besi.

Pengecut! Sebenarnya aku pun takut juga sebab diorang ramai sangat. Dan diorang pun pengecut sebab ada senjata. Muahahahaha..

"Siapa kau hah?!" Tengking salah seorang daripada mereka.

"Tak perlu tahu, nanti semua beratur nak autograf aku." Balasku selamba.

"Elehhh dia ni. Kenal pun tak. Autograf? Haktuih kau." Balas lelaki yang kurang tinggi.

"Kau diam pendek!" Pekikku.

"Woi! Kau panggil aku pendek?!" Dia dah bengang. Tinggi-tinggi ni jangan main.

"Ha'ah.. Budak kecik macam kau patut duduk rumah je. Main lumba-lumba kereta mainan." Otak aku ni dah mereng agaknya kut. Kenapa aku bersembang dengan diorang ni? Gila.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now