AKU tersenyum tawar tatkala melihat kembali foto-foto keluarga yang tersimpan kemas di dalam album berkulit pink itu. Gambar tiga orang gadis yang dalam lingkungan belasan tahun itu direnung sayu.
"Kak Arin... Adik.. Aimin rindu korang." Air mataku menitis tanpa isyarat.
Kini, sudah masuk sebulan Alia Melissa hilang. Sampai sekarang aku tidak menjumpai adikku itu. Puas aku menjelajah serata bandaraya Selangor ini bersama suamiku.
Disebabkan berita kehilangan Alia itu juga, keadaan mama bertambah teruk. Mama kerap kali diserang serangan jantung. Lebih-lebih apabila teringatkan Alia, dan ahli keluarga kami yang telah meninggalkan kami di dunia ini.
Oleh sebab itu, aku masih tekad untuk mencari adikku sampai jumpa! No matter what happen. Aku nak kembalikan keluarga aku yang 'dulu'.
"Sayang ? Are you okay ?" Pinggangku dipeluk kemas oleh Firdaus. Kepalanya disandarkan di atas bahuku.
Aku menyeka air mataku perlahan.
"Maybe okay.. Maybe not ?" Jawabku perlahan.
Firdaus memusingkan badanku menghadapnya. Aku terkebil-kebil memandangnya.
"Jangan risau eh? Abang dah jumpa sedikit info pasal Alia." Kata Firdaus sambil tersenyum.
"Hah? Dia kat mana?" Soalku beria. Aku memegang tangan suamiku. Berharap.
"Err.. Mungkin dekat rumah dia tu." Jawab Firdaus sambil tersenyum kelat.
"Siapa dia tu?"
"Zhariff."
Diam.
"Bawak saya pergi kat sana sekarang, please.. Saya nak jumpa Zhariff!" Bentakku tiba-tiba. Adrenaline aku terasa bergerak laju dan panas apabila mendengar nama itu. Sang durjana.
"Ehh.. Tapi ni dah lewat malam lah. Esok lah ye? Awal pagi lagi kita pergi." Pujuk Firdaus. Uiii, pukul 11 malam kut.
"Aimin tak kisah! Kalau abang tak nak bawak Aimin ke sana, biar Aimin pergi sendiri." Kataku lalu bingkas bangun dari dudukku. Seketika kemudian, tanganku dipegang oleh Firdaus.
"Kenapa degil sangat ni?" Tanya Firdaus sedikit tegas.
"Awakkk... Saya nak adik saya!" Rengekku tiba-tiba. Cepat betul mood beralih. Sebak mula menguasai diri apabila teringatkan adikku itu.
"Okey-okey. Jom kita pergi sesama." Ajak Firdaus, mengalah. Nanti, tak pasal-pasal banjir rumah ni.
"Yeayyy! Jom cepat." Gesa Aimin sambil menyarungkan tudung di kepalanya.
※※※
Alia Melissa mengerling sekilas sekujur tubuh yang elok terbaring di sebelahnya itu. Perasaan benci dan marah masih meluap-luap di hati, tapi pada masa yang sama, sekeping hatinya masih tidak menidakkan perasaan itu. Cinta.
Amat susah untuk dia melupakan cinta pertamanya begitu sahaja. Walaupun, Zhariff kadang-kadang melayannya dengan kasar, namun ada kalanya dia berlembut dan bersikap romantik. Perempuan mana je tak suka?
Tapi tulahh.. Disebabkan tu lah, dia bukan gadis lagi, dalam erti yang sebenar, daranya sudah dirampas oleh lelaki itu. Air matanya mengalir tanpa sedar.
'Mama.. Kak Aimin.. Maafkan adik. Adik bersalah. Adik rindu korang.. Maafkan adik.'
"Kau kenapa?" Tiba-tiba suara serak basah itu menegur menyebabkan Alia pantas menyeka air matanya.
"Takde pape." Balas Alia.
"Kenapa kau menangis?" Tanya lelaki itu lagi.
Alia Melissa menyungging senyuman sinis di bibirnya. Soalan apa tu?
"You should ask yourself." Balas Alia tanpa nada.
Alia Melissa mengetap bibirnya. Geram dan sebak pada masa yang sama. Sampai hati lelaki itu berbuat demikian padanya.
"I hate you very much!" Bergetar suara Alia Melissa.
"Kau yang suka sangat cabar aku. Kalau tak, aku akan layan kau elok-elok!" Kata Zhariff berbunyi sinis dan tegas.
Alia Melissa merembeskan air matanya buat kali yang ke berapa di hadapan lelaki jtu.
"Eh siapa yang cabar awak hah?! Salah ke saya defend diri saya?! Kau binatang lah!!" Jerit Alia Melissa, tangannya ligat memukul tubuh sasa lelaki itu dengan menggunakan bantal.
Tanpa apa-apa, bantal itu dirampas lalu dilempar ke atas lantai. Alia terkedu.
"Berapa kali aku cakap.. Aku paling tak suka perempuan naik suara kat aku!" Tengking Zhariff.
Alia Melissa yang sudah ketakutan itu segera turun dari katil, ingin melarikan diri. Namun, lelaki itu lebih pantas menghalang.
"Kau memang mencabar kesabaran aku, Alia Melissa!" Kata Zhariff lagi.
"Lepasslah!" Jerit Alia Melissa.
"Salahkan diri kau sebab buat aku rasa tercabar. Jangan main-main dengan aku!" Jerkah Zhariff lagi.
"Jangan Zhariff! Aku merayu! Tolonglahhh!" Pinta Alia bersama esakan.
Dia menahan dada lelaki itu daripada terus menghimpitnya.Zhariff merengus kasar.
Pangg!
Kepala Alia terteleng ke kiri setelah menerima habuan itu. Tepi bibirnya pecah menyebabkan darah pekat mengalir.
"Kau jangan tambahkan marah aku, Alia. Teruk kau kena nanti!" Ugut Zhariff.
Prakk!
Zhariff mengangkat wajahnya. Dia memandang ke arah pintu apabila mendengar bunyi derapan kaki yang kuat.
Dia kembali memandang Alia Melissa yang terbaring lemah itu. Dapat dia lihat gadis itu menarik nafasnya dengan muka yang berkerut-kerut. Sesak nafas? Ke asma?
"Kau kenapa Alia?" Soal Zhariff sedikit cemaa melihat keadaan gadis itu.
"S-sakit..." Tangannya mencengkam dadanya.
Bamm!
"Jangan bergerak. Anda ditahan."
Zhariff terkejut. Dia yang masih berasa risau akan keadaan Alia itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila tangannya selamat digari oleh dua orang polis itu. Matanya masih memandang Alia.
"I.. L-love you.." Bersama air mata, Alia Melissa menuturkan kalimah itu. Perlahan, tapi disebabkan jarak mereka yang dekat, Zhariff dapat mendengarnya dengan jelas.
Zhariff diam tidak berkutik. Dia dibawa keluar dari biliknya itu.
'Kenapa Al ? Kenapa kau cintakan aku? Aku dah buat kau merana, kenapa kau still lagi cintakan aku? Aku ingatkan kau tipu je cintakan aku. Aku ingatkan kau main-main. Kau buat aku rasa serba-salah, Al. Sangat-sangat.'
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...