🌸 20 🌸

6.1K 258 11
                                    

SEORANG gadis yang berambut ikal dan berpakaian kemeja merah bersama skirt paras paha berjalan dengan penuh angkuhnya ke bilik yang tertera perkataan CEO Syarikat F&F Holdings.

"Cik.. Cik tak boleh masuk, cik." Halang seorang wanita yang merupakan setiausaha CEO itu.

"Hey! Dalam tu buah hati I okey! Dia yang jemput I ke sini.. Apa hak you nak halang I hah?!" Jerkah gadis itu. Tertunduk setiausaha itu dibuatnya.

"Maaf, tapi Encik Faiq tak beritahu apa-apa pun pasal cik." Balas setiausaha itu jujur. Nak kerja ni harus jujur, barulah berkat.

"Urgh! Takkan semua benda nak bagitau u? Dahlahh.. Tepi! I nak masuk!" Tubuh keding si setiausaha yang menghalang laluannya ditolak kasar.

Pintu CEO itu dikuak laju.

"Honey!" Gamit Faiq Firdaus.

Lalu Putri pun berjalan dengan manjanya mendekati meja kerja Firdaus. Kerusi yang ada di hadapan meja kerja itu tidak digunakan. Sebaliknya dia terus melabuhkan punggung ke atas meja itu. Kemudian, kakinya disilangkan. Nak nampak seksi la katakan, haktuih diaa..

"Lahh.. Kenapa tak duduk atas kerusi?" Soal Firdaus hairan.

"Hmmm... Biarlahh.. Tak boleh ke?" Muncung Putri dengan suara manjanya.

"Ha yelah.. Duduklah kat mana pun." Balas Firdaus mengalah.

"Oh ye.. Sayang . Bila sayang nak hantar rombongan meminang? Mama papa saya dah bising tahu? Saya bosanlah." Kata Putri dengan nada menyampah.

Terhenti kerja Firdaus tatkala mendengar rungutan itu. Dia berfikir sejenak.

'Aimin macam mana? Perlu ke aku tanya dia dulu?'

Namun, sisi negatifnya pula bersuara.

'Buat apa? Dia hanya isteri atas kertas kan? Tak perlu bagitau dia. Kahwin je dengan Putri. '

"Sayang?? Sayangg!" Panggil Putri geram. Boleh pulak dia mengelamun masa orang mengomel ni.. Haihh..

"Hahh ye apa?"

"Ishh.. Sayang ni.." Rajuknya sudah keluar.
Dia berpaling membelakangi Firdaus.

Firdaus mengeluh kecil.

-SKIP PART-

Hilang sudah keteguhan iman yang ingin ditegakkan oleh Firdaus.

"Astaghfirullah Faiqqq!!!" Jerkah seseorang.

※※💐❤💐※※


Syazwan bercekak pinggang di hadapan Firdaus yang sedang menunduk. Di sebelah Syazwan, terdapat satu figura yang bermain di fikiran Firdaus sebentar tadi.

"Kau.. Kenapa kau datang sini hah? Siapa yang suruh?!" Jerkah Firdaus kepadanya.

"Erk.. Em.. Sebenarnya.."

"Kitorang yang suruh.. Ada masalah?" Sahut Izzul dan mendapat anggukan daripada Syazwan, Khairul, Ad dan Syamid.

Firdaus mengetap giginya kasar.

"Yang kau ni gila ke apa? Kau sedar tak yang kau buat tadi tu berdosa?!" Marah Syazwan.

"A-aku tak sedar masa tu.. Er aku.. Entahlahh.." Firdaus mengusutkan rambutnya.

"Punyalah kau marah sebab kitorang percaya benda yang kau kata tahyul tu aritu. Kau pun sama je." Sindir Izzul.

"Tch! Diamlahh.. Aku tengah serabut ni!" Marah Firdaus pula.

"Ada isteri bukannya nak peduli. Orang asing peduli pulak. Pelik betul aku." Getus Ad pula.

Firdaus menahan geramnya.

"Dia tu girlfriend aku okey?!" Firdaus masih lagi menyebelahi Putri dalam keadaan genting ini.

Sejujurnya, hati Aimin tercalar sedikit. Rasa nak nangis je bila nampak Firdaus buat benda tu tadi. Hajat di hati nak menumpang di rumah suami kini tinggal abu-abu je. Hancusss!

Dia hanya mendiamkan diri dan memandang lantai pejabat Firdaus itu.

"Girlfriend je.. Still tak halal lagi. Yang depan mata tak nak pulak buat benda tu." Sindir Khairul pula.

Firdaus mendengus.

"Korang yang cabar aku!" Getusnya. Dia menghampiri Aimin membuatkan Aimin mendongak memandangnya yang jauh lebih tinggi berbanding dirinya.

Firdaus terus mengucup rakus bibir mungil Aimin sebelum dia menggigitnya kuat. Perbuatan itu mengejutkan semua yang berada di situ. Aimin yang terkejut dengan situasi itu pantas menampar pipi Firdaus.

Mahu saja dia menghamburkan tangisnya di situ. Namun, dia tidak betah untuk berada di sini. Mukanya merah padam kerana menahan amarah dan tangisnya di lubuk hati.

Dia terus meninggalkan pejabat mewah milik Firdaus itu. Hatinya cukup terluka dengan perbuatan Firdaus itu. Jahat!

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now