"KENAPA datang tak bagitau?!" Aku menyoal mereka sedikit marah.
Kalau datang sorang dua aku boleh tahan lagi. Ni datang semua pasangan, sepuluh orang. Mana aku nak cekau makanan ni? Dahlah barang dapur dah nak habis.
"Hehee. Terlupa." Jawab Izzul.
"Kau tak suka ke kitorang datang melawat?" Tanya Arin pula.
Aku pantas menggeleng.
"Tak. Bukan aku tak suka. Tapi aku takde makanan nak hidang untuk korang. Tak elok kalau aku tak jamu tetamu." Keluhku perlahan.
"Loll.. Small matter lah. Jom kita pergi beli barang basah." Ajak Arin dan Iffah dengan selamba.
"Err habis tu Firdaus?" Aku tanya mereka. Takkan aku nak tinggal dia? Dahlah manja dia makin menjadi-jadi.
"Takpe.. Kitorang ada kan." Balas Syazwan pula.
Aku berfikir sejenak sebelum bersetuju dengan cadangan itu.
"Siapa nak ikut?" Tanyaku.
Arin dan Iffah terlebih dahulu keluar dari rumah.
"Kitorang ikut jugak. For your safety." Kata Khairul. Jawapannya mendapat anggukan semua yang berada di situ.
"Okey."
Maka, aku bersama Arin dan Iffah bergerak ke supermarket yang berdekatan diiringi Izzul, Khairul dan Ad. Manakala yang lain menjaga rumah dan tuan rumah yang sakit. Eceh.
Sebenarnya mereka mempunyai agenda lain.
"Wanie, Ama, Aten.. Cepat buat kerja korang. Aku nak jumpa Faiq kejap." Kata Syazwan sebelum dia berlalu ke tingkat atas.
"Okey boss!" Sahut mereka bertiga. Tangan masing-masing lincah mengeluarkan barangan dari dalam beg kertas yang disembunyikan dari pengetahuan Aimin sejak tadi.
Syamid pula mengambil barangan selebihnya yang berada di dalam keretanya. Kemudian, dia membantu gadis-gadis melakukan kerja yang agak leceh seperti menggantungkan tali, memaku papan tanda dan sebagainya.
"Aku dah agak dah, mesti Tasha lupa hari ni hari jadi dia." Kata Aten memecahkan kesunyian.
"Ha'ahh.. Yelah mesti dia risau gila kat Faiq tu sampaikan birthday sendiri pun tak ingat." Ujar Ama pula.
"Si Faiq tu boleh pulak demam lepas dia merancang nak buat kejutan ni. Adehlaa.." Kata Wanie sambil ketawa kecil.
"Hahahaha.. Kan. Untung kita kawan yang baik dan memahami. Ecewahh.. Hahahahah." Perbualan mereka semakin rancak dan dipenuhi dengan gelak tawa. Sambil itu, tangan mereka tetap setia melakukan kerja masing-masing.
"Erghh.. Perasan." Sampuk Syamid yang sedang menggantung panji-panji yang beraneka warna itu pada siling rumah.
Aten meniup belon yang beraneka warna sebelum mengikat hujungnya dengan benang. Kemudian, belon-belonbyang sudah diikat itu dilepaskan ke siling, terapunglah ia di situ. Belon ditiup sehingga menutupi siling ruang tamu itu.
Manakala Ama menghias meja yang terdapat di ruang tamu itu dengan juraian kain yang berwarna pink. Tak lupa juga di sofa yang mengelilingi meja tersebut.
Wanie pula menghias topping pada kek coklat cheese yang dibeli tadi. Belahan strawberi disusun cukup teliti di atas whipping cream yang telah diputar di atas kek tersebut. Kemudian, dia mencucukkan beberapa batang lilin berwarna-warni pada kek tersebut. Di tengah-tengah kek itu, dipacakkan dua batang lilin yang agak besar dan menyerlah berbanding lilin-lilin yang lain. Sebatang lilin bernombor 2 dan sebatang lagi bernombor 5.
YOU ARE READING
Flowers Of Love ✔
Romance[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 ||...